Saturday, March 12, 2011

:: PeNulIsAn ILmiAH,BeRfAkTa Ke DaLaM BLoG ::

Assalamualaikum
Pertama dan terutamanya izinkan aku untuk menulis ucapan maaf dahulu disebabkan ketidakkerapan menghapdate entri2 di dalam blog
Mungkin sifat-sifat malas yang menguasai serta alasan keterbatasan masa dan kekangan idea menyebabkan entri tidak berupdate

Haha, tapi sebenarnya  dalam diam-diam aku sempat menyergah
Menterjah dan juga membaca beberapa blog yang menarik perhatian aku sejak kebelakangan ni

Ternyata angkatan-angkatan para blogger ini membuatkan aku sering takjub, terkesima, terlongo dan ternganga dengan kehebatan penulisan ekstrem serta menarek perhatian untuk diri aku.

Kupasan-kupasan, ideologi serta sinis kritikan yang dilemparkan membuatkan aku sering tertanya-tanya
Apekah mereka ini merupakan genius atau cendekiawan yang tidak disedari
Yaa, dan aku rasa mungkin tanpa mereka sedari mereka berhasil membawa para pembaca mereka berfikir dan meneroka satu perspektif baru dalam ruang lingkup kehidupan ini.

Siapa mereka ini nanti mungkin aku akan ceritakan dalam entri yang seterusnya
Tapi sekarang ini bukan masanya untuk bercerita mengenai mereka-mereka
Sekarang ini untuk melontarkan satu pandangan tentang bagaimana mereka-mereka ini mampu berbicara dan mengupas sesuatu perkara dengan begitu mendalam sekali serta melontarkan idealism yang begitu kritis sekali

Dan satu jawapan yang aku dapat tanpa ragu-ragu
Betapa untuk mencapai ke tahap seperti itu
Ada satu saje cara yang boleh dilakukan iaitu dengan membaca,membaca,membaca dan terus membaca

Aku tertarik dengan satu entri yang ditulis oleh salah seorang angkatan itu
Betapa pentingnya penitipan ilmiah ke dalam penulisan blog
Itulah sebenarnye titik utama yang merubah terus pemikiran aku di dalam berbloging

Kita ini seorang insan, hamba yang sering melakukan kesilapan
Dan begitu jugak aku, mungkin di dalam entri-entri sebelom ini aku banyak mengarot-mengarot, ntah hape2 yang aku tulis
Dan sekarang aku tersedar, ilmu itu penting, ilmu merubah segala-galanya
Bangsa yang Berjaya adalah bangsa yang berilmu

Dan sekarang dengan cabaran yang semakin menggila buat para bloggers
Ternyata hanya mereka yang berilmu dan berfikiran yang kritis sahaja yang mampu menangkis segala asakan-asakan dari para anarkis

Tanpa ilmu, boleh kau nak lawan musuh?
Tanpa ilmu, boleh kau nak berhujah?
Tanpa ilmu, boleh kau mengajar?
Tanpa ilmu, boleh kau memberikan fakta? Auta adalah
Tanpa ilmu, boleh kau dihormati?

Sudah tentu lah jawapannya semua tidak
Ibarat yang senang, seumpama kita mahu berenang di lautan
Tanpa ada sebarang pengetahuan atau kaedah untuk berenang
Lalu kita terjun di laut yang dalam
Okey, kau boleh bayangkan apa yang akan terjadi

Begitu jugak kita sebagai bloggers
Hanya dengan pembacaan yang banyak dari majalah-majalah, jurnal, suratkhabar, tabloid, sumber dari intenet, blog mungkin juga
kepekaan dengan isu yang diputar di radio mahupun televisyen
rancangan bual bicara yang ternyata malas untuk ditonton walhal rancangan seperti itulah gedung ilmu yang tidak disedari serta lain-lain lagi
maka melalui kepekaan untuk melakukan perkara-perkara sedemikian yang akan menambahkan lagi ilmu di dada lantas melahirkan satu penulisan yang berkualiti

aku tahu bukan senang nak memupuk budaya membaca
lagi-lagi di kalangan malais.cuba kau bukak buku Tun Mahathir dalam The Malay Dilemma, salah satu sebab melayu sukar untuk bersaing adalah kerana kurangnya ilmu akibat sifat malas membaca

entri kali ni bukan lah nak membahan siape-siape
aku pon malais jugak, aku mengaku aku pon kurang jugak membaca
kalau komik doraemon, sinchan dan dragon ball tu memang lajulah
tapi sebab tu aku menulis entri yang begini rupa kali ni
sekadar untuk mengajak diri aku berubah serta juga para pembaca

ilmu saje mampu mengubah kita
ape salahnya sesekali kita membaca buku Karim Raslan, dalam satu buku yang bertajuk Ceritalah Malaysia in Transition, baca apa yang dia dapat kupas berkaitan dengan Malaysia dari perspektif dirinya sendiri
takpun buku Donald Trump, Think Like A Billionair, nah mana tau kot jumpe tips mcam mane nak jadi jutawan, senang hidup

haa, itu saje ngarutan kali ni
dan yes silalah bagi tegoran kalau ade kesilapan aku lakukan
takdehal la, dan itu membantu sebenarnya untuk aku teros memperbaik penulisan ini agar menjadi lebih berkualiti dan berilmiah
sekian.


::Footnote: tak salah berusaha menjadi cendekiawan ::

Wednesday, March 9, 2011

:: MaGiKa ItU MuZiK ::


Wahh, dah lama dah rasenye tak menghapdate blog nih
Mintak map ye encek-blog-kesayangan
Sekarang ni sedang dalam mood kebizian menolong encek abah membuat modul.haha.pening pale berfikir
Bukan senang rupenye nak buat modul
Kene banyak berfikir dan membuat kajian.patotlah golongan pemikir seperti Aristotle, ibnu khaldun, ibnu taymiyyah dan Plato mendapat reputasi yang tinggi dalam hierarki

Haa, hari ni aku nak story mory siket pasal satu mende yang akan aku buat
Tatkala otakku sudah mencecah tahap maksima darjah kepenggunaan
Hahaha
So, nak tau ape aku buat? Senang je
DENGAR MUZIK

Yaa, itu die mende yang paling simple sekali
Dengar muzik tatkala stress, tertekan, sedih, busan yang teramat
Magis kan muzik ni?

Aku tak tahulah kaedah yang orang laen pakai kalau dye punye perasaan, tekanan di tahap-tahap yang menggile
Tapi pade aku bile aku memerlukan sesuatu sebagai pembakar semangat, penenang jiwa, i choose music

Jom kite bercerita lagi dengan lebih best pasal muzik
Aku dapat rasakan sesuatu perasaan yang payah digambarkan dengan kata-kata bile mane aq mendengar muzik
Lirik-lirik dan melodinye dengan mudah akan dapat menceritakan ape yang ingin aku luahkan pada masa tu

Dan bercerita lagi pasal muzik ni
Selalunya nak habaq kat sume
Naim noor alim ni x retilah nak bermadah-pujangga-berdrama-swasta
 Jadi selalunya bila nak beromantik-romantik siket ngan cinta hati kesayangan
Maka aku akan share link lagu yang menggambarkan perasaan aku kat dye
Yang terbaru aku nak bagitau die begitu bermakna dan aku sayang die sangat2
Maka aku mendedikasikan lagu Plain White T’s – 1234
Lirik dan melodi dye, marbeles lah! Hihi

Itulah kekuatan sebenar muzik ni
Kite boleh mengekspresikan sesuatu yang kite payah nak luahkan hanya dengan menggunakan muzik
Sebagai contoh, Laila’s Lounge nak menceritakan naseb sedih yang menimpa anak-anak palestin dengan lagu Wajah
Bunkface bercerita berkenaan hala tuju dan perubahan dalam Revolusi
Berfikir sikit tentang niat dan tujuan itu yang OAG nak crite dalam Nowwhy2

See? Nampak kan?
Magiknya muzik ni mampu membantu pengekspresian yang tak terluah dengan kata bicara
Dan mampu mengubah hati dan membuka pemikiran orang yang mendengar muzik-muzik serta lirik-lirik yang disampaikan

Ahh, ape la aku ngarot-ngarot ni
Sorilah kalau ape aku tulis ni mungkin agak rase karutan sikit
Tapi penulisan ni lahir dari hati
Perkongsian keindahan dan kemagisan muzik
Chalo. Salam
^_^

::Footnote: Melayan lagu adinda dari Lah Ahmad.coolio =) ::

Monday, March 7, 2011

:: AnTare GeNiUs DaN BiAsE-BiAsE ::

Ade seorang member pernah cakap kat aq
“ala naim, ko rileks la.ko tak payah stadi pon boleh dapat dekan.ko kan genius”
*puff.aku terkedu sekejap
Sebab ape?

Kalau korang nak tau, aku tak suke orang cakap kat aku macam tu
Sebab yang sebenarnye aku bukanlah seorang genius
Apatah lagi seorang yang perfectus.jauh sekali bukan

Dan pade aku, istilah seorang genius adalah mereka yang biase tetapi berjaya melakukan sesuatu yang luar biasa
Inilah genius yang sebenar.mereka dilahirkan dengan keupayaan yang biase-biase, tetapi hasil usaha yang LUAR BIASE mereka berupaya mencipta sesuatu yang di luar lingkup kemampuan biase mereka

Ape yang aku nak terangkan ni sebenarnye?
Baeklah, sebenarnye aku nak cakap
Nak jadi seorang yang genius sebenarnye memerlukan hasil usaha yang jitu
Sebab tu aku cakap kalau orang kate macam tu kat aku salah sebenarnya

Kalau betol la aku seorang yang genius
Mesti aku dah jadi macam Adiputra, umur 5 tahun dah mampu menjawab soalan matematik peringkat university
Padahal kalau ikotkan logik la, kanak-kanak yang sebaye dengan Adiputra
Di waktu usia mcam tu baru je kenal 1,2,3.... dan seterosnya
Itu baru namenye seorang genius.satu anugerah yang hanya ade beberapa insan yang terpilih sahaja yang memiliki anugerah tersebut

Tapi buat kite yang biase-biase ni
Tak boleh ke nak jadi macam tu?
BOLEH
Boleh sangat-sangat
Macam yang aku cakap tadi lah
Seseorang yang biase kalau dia berusaha dengan usaha yang luar biase akan boleh menjadikan dirinya seorang genius

Ambil sahaja contoh termudah, Thomas Alva Edison dalam mencipta mentol
999 kali dye mencube tanpa jemu walaupon 999 kali jugak die gagal
Tapi hasilnye? Percubaan ke 1000, die Berjaya mengubah bukan sahaja stigma serta skeptikal manusia terhadap die, malah berjaya mengubah cara kehidupan manusia
Kalau lah pada usaha kali ke 999 tu dye mengalah, smpai sekarang kite maseh lagi duduk bertemankan lilin dan jamung di waktu malam

  Dan begitu jugak pada diri aku
Aku hanyalah seorang yang biase-biase
Zaman sekolah aku dulu,kalau result exam tu
Bawah-bwah, kelas pertengahan je aku duduk
Heh, ape aku nak malu. Exam lek je
Orang laen maen A1, A2. Aku lak dok dapat E8, G9.haa. hambek, baek punye result * (=_=’)

Aku pon tak tau la apsal macam tu sangat result aku.hahaha
Tapi bile aku masok je U, aku dah tekad, somethings need to be change
So aku mulakan cara baru, semangat baru
Mase dalam kelas ape yang lecturer ajar aku dengar paham betol2, selagi x paham selagi tu aku akan teros bertanya, tanya dan tanya sampai aku paham

Dan bile mase stadi pulak, ni nak bgtau
Carik mase yang bile korang belajar mase tu, senang gile nak masok
Dan yang penting kene ade mood
Takde gunenye kalau bace buku 2 jam tapi kalau xde mood dan payah nak masok, so it wasted.rugi je mase

Dan ini yang terakhir sekali
Enjoy with life
Jangan pressure-pressure
Sebab bile pressure lagilah susah bebeno kome sume nak belajar
Dan jangan putus asa
Beb, biaselah kegagalan tu.tapi bile kite dah gagal, mesti akan timbul keazaman yang jitu untuk bangkit dan buktikan

AKU PUN BOLEH JUGAK LAH!

Itu saje carutan dan ngarutan kali ni.tata

Thursday, March 3, 2011

:: EveResT TErTaWan, Eh, BroGa Je.SoRi ::

Assalamualaikum
Haa, aku rase dah macam kewajipan pulak pade aku
Untuk ape2 entri aku mula dengan salam
Takpe, mende baek kite buat ye dok?

Kali ni tak banyak ayat untuk ditulis
Sebab entri kali ni nak letak gambar banyak-banyak
Mungkin jugak kekangan idealisme dan ilham untuk mengarang
Maka entri kali ni kite tengok gambar sampai lebam

Okeyh, semua gambar ni mase pegi melepas tension dah abes exam
Dekat mane???
BUKIT BROGA
Haa, selalu dengar je orang cite pasal Broga
Bes lah, apelah, tapi aku yang dok dekat2 ni pon tak pernah pon menjejak kaki
Tahu pon tak kat mane tempat tu.nampak seperti tak up-to-date betol

Maka, setelah diajak oleh membe-baek-tibe-tibe-sampai-mati
Adilla Azlan dan Ayu (Hidayah)
Dan bersama berbondong-bondong lagi rakan antarenya Acap, Ajai, Kecik
Dalam 15 orang kalau x silap
So, kitorang pon memulekan misi menawan Bukit Broga
Sampai sane dalam lebih kurang 5.20 pagi
Pess, dah ramai dah orang.faymes tak faymes Broga ni






Kecik Keriangan





7.30 pagi, ko tengok ramai x ramai manusia




Yeahh, Everest Broga Berjaya ditawan





Adila bersama Azrainye.haha.bahagia





Acap ke ni? Apekah?? =_=’




Jangan piker laen.aksi selamat




Haa, dah puas melepak bergambar-layan-perasaan jap kat atas
Kitorang turun dari puncak dalam pukol 8.40
Sampai kat bawah dalam pukol 9.15
Dila ngan Ajai ajak aku g bantai Mekdi brekpes, diorang belanja
Hahaha, aku laju je, rezeki tu

So, thanks to Ayu and Dila invite aku join misi menawan Broga
Ade mase kite tawan lagi sekali
Readers, try lah pegi.memang best
Ouh, btw sori lah sket je gmbar dapat.hee~
Aku ni pemalas sket nak upload2 gambo nih

Okeyh, itu je carutan untuk kali ni.chalo
^_^

:: Footnote: bolehla nak tawan Everest lepas ni.amcam, konfiden kan? ::

Wednesday, March 2, 2011

:: MaTaNG DaN MaTuReD, Eh, ApE Tu? ::

Yo, wazzup, eh silap, Assalamualaikum
Hari ni dah nak dekat seminggu aku dok bercuti kat umah
So, otak agak beku sedikit untuk bergerak
Naseb la ade encek blog ni, ade gak mende aku nak ngarot mase-mase kebosanan

So keje tetap aku mase cuti nih
Tak laen tak bukan kene jadi driver amek adek perempuan kesayangan-yang-kadangkala-menyakitkan-hati.
Hahaha, biaselah kan? Gadoh2 pon sayang die jugak bak kate pepatah
“air yang dicincang takkan putuihh”

Dah, bermadah swasta pulak, kang menyimpang dari perkara yang nak diperkatakan
Jadinye, mase aku tengah dok tunggu adek pompuan aku ni
Bosan-bosan aku bukak lah radio
Dan-dan aku bukak, ces, lagu faveret aku buat mase ni, Gelap dari band Statik baru saje habes berkumandang.melepas

Takpe, balek boleh dengar
Habes je lagu tu, ade satu segmen pasal masalah cinta pulak
Haihh, tak abes-abes masalah betol.aku pulak stress dengar masalah diorang ni
Lame-lame aku jugak yang jadi PR kat Tampoi tu kang

Baeklah, kali ni isunye si gades mengadu kepada dokter cinta
Jejakanya tidak melayan die
Maka dokter cinta ni menelepon si jejaka tadi

 DL :“helo, ni **** ke?”

Jejaka: Ye, saye.kenape? ni sape ea?

DL: saye DL dari ****.ko kenal tak dengan si Gades ***?

Jejaka: ha, ye kenal.makwe aku.asal?

DL: takdela, macam ni.makwe ko ni bagitau, ko ni semenjak due menjak ni dah kurang bagi perhatian kat die.kol pon jarang2.message pon x balas sangat

Jejake: aku tengah busy sekarang ni.banyak projek, asigment

Gades: kalau pon busy awak, tak boleh ke reply msg cakap busy? Ni x reply pon


Jejake: awak.saye memang tengah busy.banyak asigment, projek nak kene siapkan.lagi satu, perlu ke telefon radio, bagitau satu negara masalah ni?

Haa, itu antare perbualan mereka-mereka di dalam segmen itu tadi
Aku rase siape2 yang paham mesti tau stesen radio mane yang aku slalu bukak ade segmen2 macam tu
Pedulikkan, bukan stesen radio yang aku nak ceritakan

Persoalan di sini
Bak kate jejake tadi, perlu ke sampai satu negare nak dihebahkan pasal masalah tu?
Problemnya kecik aje, kurang diberi perhatian
Eh, itu boleh setel sesame sendiri la beb
Tak payah la sampai nak telefon radio, nak dok cerita2 kat satu Malaysia, kau dengan jejake kau sedang ade masalah
Masalahnye ape? Si jejake kurang bagi perhatian sebab busy belajar

=_=’ WHAT THE TTTTUUUTTTT
Be matured, owh, bahasa jiwa bangsa, jadilah matang
Tak semua bende kite boleh hebahkan kat orang ramai
Ade batasannya dalam bercerita, berbincang
Hal-hal peribadi, yang hanya engkau, dia dan kamu sahaja yang tau
Takkan nak gonyong bagi satu negara tahu
Aku tak tau lah ape jadi kat si jejake dan gades tadi
Harap-harap berbahagialah mereka berdua

Ingat, fikir dulu sebelom bertindak
Jangan buat sesuatu mende yang akhirnye kite akan menyesal, rase macam bodoh la plak wat mende2 macam tu
Taknak sampai orang cop kite label yang bukan-bukan disebabkan ketidakmatangan kite dalam berfikir

THINK
Dah, itu je kot nak ngarot.tata

^_^

::Footnote: berfikir dengan kate lain berfikir. (-_-‘) erk.ape aku ngarot nih ::