Friday, March 18, 2011

:: PeRJaLaNaN HiDup SeuMpAMa BeRMaiN FooTBaLL MaNagER ::

Korang semua pernah main football manager tak?
Untuk lelaki mungkinlah ade yang dah main
Perempuan, err, xpe dimaafkan
Haa, ape tu football manager?

Football manager adalah satu permainan di mana kita sebagai seorang pengurus, harus merangka strategi serta taktik yang hebat
Yang boleh membawa kepada kemenangan sesuatu pasukan
Berbeza dengan permainan bola laen yang mana kalau korang maen korang susun taktik lepastu korang sendiri control player waktu game berjalan
Dalam football manager laen sekali.korang akan diberi satu bajet untuk membeli pemain, bajet gaji mingguan dan seterusnya korang bertanggungjawab menyusun strategi dan taktik pasukan

Semasa perlawanan berlangsung, macam mane taktik serta latihan yang disusun mcam tu lah pemain akan main.sebagai pengurus, dok diam2 tepi padang, just boleh bagi arahan je.ala-ala K Rajagobal memberi arahan, korang x boleh maen.hanya bagi semangat serta perhatikan saje perlawanan berlangsung.pritt, wisel penamat.menang dijulang kalah siap lah kene bantai dengan penyokong dan pengurusan.

Haa, ape kaitan sebenarnya perjalanan hidup dengan football manager?
Okeyh, meh sini dok rapat2.aku mau beralkisah sama korang
Di dalam football manager, ade beriban kelab yang boleh dipilih
Kalau korang memilih kelab yang kaya, kukuh, kewangan tiptop, takde hal lah
Tetapi cabaran jika korang mengambil kelab liga terbawah, kewangan yang biasa ataupun nak dekat muflis, stadium cenonet serta sumber kewangan terhad.

Haa, macam tu lah hidup kita sebenarnya
Bermula dengan kecik, apapun takde, haruslah menapak perlahan-lahan
Baeklah, dalam permulaan permainan,aku pilih Southport.bajet diberi hanya 6K saje nak beli player, serta bajet gaji mingguan, 10k saje.duhh
Nak banding dengan Gergasi di EPL? 10juta bajet transfer.haremm

Di situlah kepakaran korang diperlukan
Strategi perlu digunakan, sumber terhad, tetapi keinginan yang besar
Cube tengok balek dari sisi kehidupan
Di permulaan hidup, sudah tentu kemampuan, pengetahuan kau dan aku terhad kan? Melaenkan kau adalah genius
Sumber yang ada, guru, rakan-rakan, ibu bapa dan alam sekitar kau&aku
Kite akan sentiasa ade keinginan untuk mengetahui sesuatu di luar lingkup pengetahuan, tapi macam mane? Nah, mereka-mereka yang menjadi sumber itu akan memberikan pengetahuan dan maklumat

Seterusnya, di dalam football manager, untuk mendapatkan pasukan yang berkualiti, maka hendaklah mantap latihan yang diberikan
Sama juga dalam hakikat kehidupan.dalam usaha mencapai kejayaan, kejayaan tak akan datang macam tu je tanpa penat dan lelah.Usaha yang berterusan akan memangkin kejayaan yang cemerlang

Dalam musim pertama aku menguruskan Southport, tidak ramai yang memberikan harapan untuk berjaya naik ke peringkat seterusnya.tapi anasir-anasir dengki dan tidak percaya itu terhapus bila mana aku berjaya mengemudi Southport menjuarai liga Blue Square North dan layak ke Blue Square Premier (BSQ) dan sekali lagi menjuarai BSQ untuk naik ke League 2 Coca Cola

Haa, dalam hidup, akan sentiasa ade unsur-unsur yang cuba menjatuhkan kita
Terpulang macam mana kita menangkis unsur-unsur negative tersebut dan seterusnya melakar kejayaan di dalam kehidupan dengan mendakinya sedikit demi sedikit.ingat, tiada jalan pintas di dalam kejayaan

Ouh, berbalik pada Football manager, dalam League 2, pasukan aku sedikit goyah.musim tu kitorang gagal menjuarai liga dan hanya duduk di tangga pertengahan.satu kekecewaan sebenarnya sebab aku harap kitorang akan terus buat kejutan untuk lagi cepat naik ke League 1.

Hakikatnya, di dalam kehidupan, tak semuanya indah.tak semestinya setiap kali kita berjaya, kita akan terus berjaya,berjaya dan berjaya
There will be a time di mana semuanya bertukar menjadi serabot dan seakan-akan serba tak kena.orang kata zaman kejatuhan
Eh, rileks lah, Man U sekarang ni pon krisis jugak.tapi setelah berlaku siri kekalahan, mereka bangkit semula membedil arsenal.hail Fergie!
Sebenarnya, dari situ kite semua akan sedar, hidup tak selalunya indah

Then, musim seterusnya aku berjaya menjadi naib juara League 2 dan dinaikkan ke League 1.ho yeah, League 1 aku jadi champion.bagos
Dan sekarang aku di Championship league, di kedudukan pertengahan.beb, kalau gua menang wa naik Premier League, duduk same elitis England yakni Chelsea, Manchester United, Liverpool, Arsenal dan Tottenham

Nah, korang Nampak tak siket kaitan cara permainan football manager dengan hidup?
Ahah, ayat aku mungkin merapu.maaflah, dulu sekolah aku sains fizikal, bukan sastera.analogi metafora dan abstrak aku x reti nak pakai.aku menulis ikut hati dan ape yang aku reti.haha

Tapi satu peringatan
Untuk aku naik dan boleh bermain smpai ke Liga sekarang, banyak yang perlu aku lakukan.ade pemain yang perlu aku korbankan untuk menambahkan dana
Hidup akan sentiasa begitu, akan sentiasa berkisar mengenai pengorbanan
Kadangkala, kita kene menjadi realistic
Ade peluang yang perlu kita lepaskan untuk menggapai satu lagi peluang yang lain.opportunis akan sentiasa mengejar yang terbaek

Haa, itu saje celoteh dan ngarutan aku kali ni
Hehe, sorilah panjang lebar kome sume nak membace
Jadi macam biase
Renung2kan dan selamat beramal ^_^

::footnote:hidup adalah sentiasa berkaitan cabaran.ouh, Blue Square North adalah Liga Kelas 6 di England ::

Thursday, March 17, 2011

:: AkU PuNyE PeMbEri InsPirAsi BerBLoGinG, KorANg SaPE? ::

Assalamualaikum
Dan selamat sejahtera semua
Haha, yeahh, lame sudah tarak mengadap ini blog
Entah kenape, mood untuk berblog sedikit suram, he~
Adekah mau berhenti berblog?
Teetttt, takdelah.biaselah tu kadang-kadang mood down siket

Dah, tak nak cerita sadis-sadis
Hari ni aku nak berceloteh, bercerita, berbicara
Tentang mereka-mereka yang aku boleh anggap sebagai
Pemberi inspirasi aku di alam blogging

Haa, itulah sebabnya aku lame menyepi
Aku dok sebuk singgah-singgah blog mereka-mereka ini yang agak best
Memang best, superb sekali
Dan aku secara tak langsung menganggap mereka ni ibarat mentor lah kepada aku
Yelah, sedangkan kita pon belajar berguru, nak amek PhD pon berguru
Inikan pulak berblog
Seperti yang diketahui alam blog ni banyak cabaran dan pancaroba
Maka haruslah dan mungkin wajibul untuk kita menimba seberapa banyak ilmu dari mereka-mereka yang agak berkaliber jugak lah

Haa, nak tau kenapa aku tertarik dengan mereka?
Baeklah, firstly bile aku mule-mule bace ayat-ayat diorang
Halamak, aku telah jatuh cinta
Membaca ayat mereka umpama membaca karya-karya slapstick lagi sinis Shahnon Ahmad, gaya bahasa yang sempoi lagi selamber umpame mendengar bait-bait lirik OAG serta bagaikan membaca karya-karya dari novelist yang aku minat H.Lovate

Itu yang pertama
Yang kedua, idealism yang mereka ketengahkan
Kadang-kadang ade sesetengah isu yang sebenarnya berkait rapat dengan diri kita baek dari segi kehidupan, percintaan, kewangan mahupun masalah-masalah semasa yang melanda.
Dan mereka mengupas serta memberikan pendapat yang agak dinamik jugak pada pandangan aku berkaitan dengan permasalahan terbabit.
Hihi

Satu lagi bile membaca blog-blog mereka ini
Satu yang korang-korang semua kene buat
Baca dan faham serta serta berfikir
Pergh, serius tarak tipu same korang sume
Membace blog-blog mereka membuatkan otak aku kene sentiasa berfikir ape sebenarnye point yang diorang ni nak sampaikan
Sebab tu aku cakap bile baca kene baca dan paham
Bukan takat membaca, memang korang akan salah faham kalau just bace je
Sebab ayat-ayat diorang ni tersangat la bombastic, metafora dan artistic yang memerlukan penjustifikasi yang penuh lagi teliti.hu~

Okeyh ini yang paling penting
Bile aku baca blog-blog mereka ni
Aku rase aku dah tau dah tujuan sebenar berblog
Ye, tatkala aku membaca penulisan mereka, baru aku sedar
Ape sebenarnye dan kenape sebenarnye aku berblog
Ape sebabnya, biarlah aku sahaja tau, hehe.tapi yang pasti aku terpukul tatkala membaca entri-entri mereka

Haa, jom sekarang aku nak kasitau siape mereka-mereka ni
Baeklah, kebanyakan mereka yang aku minat ni merupakan para blogger yang menggelar diri mereka anggota Terfaktab
Tapi i choose the best lah
Dan korang lihat kat sebelah kiri blog aku ni ade aku letak link blog diorang yang aku tulis sumber inspirasi

Yang pertama,
Lord Zara yang merupakan pakar cinta
Penulis blog Dunia sebelah Zara ni slalu bercerita berkaitan dengan permasalahan hati dan perasaan serta merungkaikan semuanya dengan begitu baek sekali
Membaca penulisan Lord Zara membuatkan aku turut terjebak membawa diri kedalam situasi yang dinyatakan
Ape yang menarik Lord Zara selalu menggunakan situasi serta dialog dalam menerangkan idea dan prinsip die.sangat bes

Seterusnya blog Terfaktab
Satu blog yang dipenuhi oleh angkatan blogger yang mempunyai idea dan penulisan yang kritis lagi kreatif
Setiap mereka akan menulis sesuatu isu dengan padu dan mantap sekali
Siap boleh bagi contoh jurnal penulisan, buku-buku, serta kadang2 hadis dan surah pon diberikan dalam untuk menerangkan pro dan kontra sesuatu perkara.ayat diorang, x payah cakap.kene baca dan faham.haha

Penulisnya aku x tau ape name ID yang betol dye pakai
Kadang orang panggil die Nami, tapi ID die pakai Cobb Nobbler.haha.x kesah janji entri dye tervaek
Haa, ni die punye kisah2 cinta dye, fuyyo, mantap
Siap boleh buat novel online lagi tu.haa, x caye korang bukak blog dye.sudah ade due novel online die
Dan die bukanlah dok tulis kisah cinta je.pengalaman2 hidup die akan ceritakan dan olah dengan penceritaan yang amat puitis sekali
And he’s read a lot tu.especially the philosopher.banyak betol buku2 yang die bace.satu lagi yang wat aku tertarik, die ni pandai bersajak beb.haa, tu yang wat aku agak terkezut jugak di sebalik bahasa yang gile-gile die.he~

Wahh, panjang lak, ni ade lagi ni.haha
Next is haa, ni sekali lah
Haha, sebab isi blog diorang lebih kurang same je
Akutakpeduli tapi author dye sape eh aku lupe
Ngan made from vinegar and ice yang dikarang oleh magenta.blog ni banyak story die pasal isu-isu semase.tapi cara diorang cerita tu, haii, harem betol.kelakar kot but kadang-kadang entri laen quiet stunning pulak bhase diorang.haha.tapi diorang due dah lame x menghapdate

Baeklah ni last sekali
Haa, ni kalau aku cerita aku x tau ape orang nak judge
Tapi serius aku minat lensarosak punye blog
Bhai, ayat gile puitis.kau baying ade some jargon yang dye pakai boleh buat aku tergelak, suke-suke je letak jargon-jargon baru
And i like his idea.isi mantap.hujah die ade sumber yang die pakai.kire die buat entri bukan pakai maen hentam je
Penulisan die akan buat ramai orang terpukul dengan diri sendiri termasuk lah aku.haha.siot sumpah tervaek
Aku tak peduli lah kontrovesi yang die buat tapi aku pegang satu mende, kalau korang betol, tak perlu nak terase.haha.ayat memang giles.sumpah kene bace banyak kali smpai paham baru boleh paham

Haa, hamek kau berjela aku cerita
Tapi korang jangan salah paham
Bukan aku nak menjadi seperti mereka-mereka ni, nak meniru mereka semua tadi bukan ye.sile jangan salah paham
Cume aku meanggap mereka ni seperti mentor untuk aku memperkasakan lagi diri aku dalam dunia blogging nih

Ibarat yang senang, kau ade bakat untuk berlari, tapi tanpa jurulatih yang boleh mengajar teknik yang betol, tak kan boleh mencatat lebih kejayaan
Macam pasukan bola Malaysia.semua boleh main bola.tapi tanpa bimbingan jurulatih seperti K.Rajagopal, belom tentu Piala AFF dan pingat emas sukan SEA digapai.
Haip, renung-renungkan dan selamat beramal

::Footnote: hehe.sori entri kali ni panjang berjela.haha ::

Monday, March 14, 2011

:: MeNtAFsiR LiRiK ::


TWICKHEAD-GURIS


Ku percaya padamu..
Menghulurkan,ohhtanganmu..
ku percaya padamu..
ku turuti mu,ohhh hendakmu..

kau menghianati aku,
kau mempermainkan perasaanku..
kau menikam dan meludahku..
kau dedahkan,warnamu..
sendiri ku menangis..
menangis dalam kekecewaan.
ku sendiri..
menangisku menangis menangis dalam keseorangan,
ohh...
sendiriku belajar erti pengalaman hidup sendiri,
ku sendiri..
bebaskan,bebaskan..
agarku mampu berdiri sendirian..
DENGARLAH



STATIK-BINTANG

Di sudut mataku
Kau yang teragung
Bintang...
Tiada secantik seindah misteri
Bintang...

Ku kan terus berlari
Meniti pelangi menggapai mimpi
Menembusi langit
Walaupun mustahil tapi ku percaya

Ku merenung kembali
Memohon ilahi menyinari hari
Kerna ku tak pasti jalan ku lalui untuk selamanya..

Bintang terus berkerlip
Seolah memanggil
Bintang...
Dan menarik sekali
Permata di langit
Bintang...



Haa, kali ni aku nak kite same2 menafsir lirik lagu ni
Untuk informasi
Kalau aku mendengar lagu aku akan hayati lirik sekali
Dan aku akan cube reveal ape sebenarnye isi lirik
Haha, metarmophorsis betul aku nih
Lirik je kot.hihi
Takpe, orang seni bahasa die laen
Maybe ideologi die ade terkandung di dalam lirik
Diorang cube nak sampaikan dan kite kene salami lah.haha
Dan ni antara lagu2 faveret aku gak sebenarnye

::Footnote: selamat mendengar dan mentafsir.hihi::

Sunday, March 13, 2011

:: CaRa-CaRa MeGurAnGkAn RisiKo MaTi ::

Assalamualaikum
Haa, korang dah tengok tajuk entri kan?
Amacam? Cuak x dengar
Ye lah tetibe lak aku g cerita pasal mati-mati ni
Haha

Rileks semua, tajuk je gempak
Tapi sebenarnya nak bagi tips
Macam mane nak panjang umor siket
Tips je lah, sebab kematian tu tetap akan tibe
Kite tak tau bile, itu ketentuan dari yang Maha Esa

Tips-tips ni aku dapat x sengaje masa aq mengusha-usha artikel berkaitan dengan kesihatan
Haha, agak pelik2 jugak lah tips2 yang dye bagi
Tapi lengkap bagai dengan kajian dari sudut sains
Perghh, memang mantap.jom tengok jap tips dye


DUDUK/MENETAP DI TEMPAT YANG TINGGI
Haa, tips pertama.satu kajian yang dijalankan pada tahun 2009 terhadap sebilangan penduduk di Switzerland mendapati mereka yang duduk di altitude yang lebih tinggi 22% lebih rendah risiko menghidap penyakit jantung.
Saintis mengatakan ia mungkin disebabkan lebih pendedahan terhadap sinaran UV yang memberikan lebih vitamin D.


Melakukan perhubungan yang berpanjangan
Aha, apekah maksudnye?
Maksudnya di sini, mempunyai hubungan samaada dengan rakan-rakan atau komuniti dan percintaan yang banyak dan berpanjangan
Satu tinjauan yang dijalankan oleh para pengkaji di Brigham Young University menunjukkan mereka yang mempunyai hubungan persahabatan yang kukuh serta banyak melibatkan diri di dalam komuniti mempunyai jangka hayat 3.7 tahun lebih dari purata jangka hayat rakyat Amerika.
Haa, rajin2 lah korang sume berkawan ye.jangan dok nak sorang2 je.hihi



Memberus gigi
Jangan gelak.haa, korang mungkin anggap bende remeh camni xde pape efek.ade sebenarnya
Mungkin lepas ni korang kene rajen2 gosok gigi.hehe
Berdasarkan kepada penelitian yang dilakukan di UK pada 2010, mereka yang memberus gigi 2 kali sehari adalah berisiko sebanyak 70% untuk diserang penyakit jantung kalau nak dibandingkan dengan orang yang goshok gigi 3 kali sehari
Apesal? Menurut sains, bacteria oral yang yang memasuki salur darah berkemungkinan menghasilkan plaque di dalam arteri yang menyebabkan darah tidak dapat dipam akibat berlaku sekatan



Menghirup udara segar
Haa, ni konfem2 lah semua tau.
Sape2 yang duduk di kawasan yang mempunyai udara bersih mampu untuk hidup lebih lama berbanding insane yang terdedah kepada udara yang kotor.
Udara yang kotor membawa bersama kekotoran mikro yang memberikan inflammatory reactions.aku nak terang banyak2 ape tu inflammatory reactions pon aku x paham.korang klik sini senang.bace
Haha.pemalas sungguh aku.



Terima Umur anda seadanya
Haa, ini yang terbaek.terima je lah umur korang tu bape
Kalau dah 40 buat cara 40.20 buat care 20.haha
Takdelah, maksudnye kat sini terima dan jalani kehidupan korang dengan gembira.
Dalam satu stadi yang dijalankan di Jerman pada 2009, mereka yang gembira dengan usia diorang akan hidup 2 tahun lebih lame dari yang stress sebab piker dah tue.kuikui
Penerimaan terhadap proses penuaan, lebih baek dari menafikan penuaan, merupakan satu amalan kesihatan yang baek menurut seorang psychology dari University of North Carolina, Dana Kotter-Gruhn.

Jadi, itu saje 5 tips nak berusaha mengelakkan kematian.
Ingat, ini hanya tips dan usaha kita untuk memanjangkan umur, tapi segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya.
Jadi, renung2kan dan selamat beramal
Haha.chalo
Itu saje carutan dan ngarutan untuk kali ni.tata

::footnote: ape yang penting kite hepi.ketawa penawar duka ::