Tuesday, September 6, 2011

:: SaLah, MeNyaLaH. MeMaNG SeNaNg ::

Semenjak kebelakangan ni, mood aku untuk membaca suratkhabar agak berkurangan. Oleh sebab itu mungkin kadang-kadang bile aku balek rumah dengar ibu dan abah cerita pasal isu itu, isu ini aku hanya mampu menganga mulut. Tapi jangan risau, dah kumur-kumur pakai colgate plax. Sure tak berbau.hihi


Ade sebab kenapa aku sudah menjadi semakin malas untuk membaca surat khabar. Dan jugak bahan-bahan bacaan lain macam blog, online punye news and so on. Ini sebab di akhir-akhir ni aku tengok dari sudut pandangan aku, aktiviti salah menyalah semakin menjadi-jadi.




Atau ini memang budaya Malaysian? Bile sesuatu terjadi, dok tunjuk ni salah die, tu salah die sampai diorang terlupa bile satu jari menuding dekat orang lain, 4 jari akan berbalik kepada diri sendiri.


Selalunya atau kebiasaannya, aktiviti menyalahkan orang lain ni adalah untuk mengelak dari diri sendiri turut dipersalahkan. Kalau ikot kate Jerry Waxler, seorang pakar kesihatan mental, salah menyalah ni terjadi untuk mengurangkan rase bersalah atau tekanan akibat dari sesuatu yang berlaku.


Mungkin dah lama, contoh isu penerimaan bantuan gereja kepada seorang wanita islam. Bila isu tersebut dibangkitkan, pergh, mule lah. Tuduh zakat tak jalankan tugas, salahkan pihak-pihak yang berkenaan tak tunaikan tanggungjawab dan sebagainya.


Mudah kan bercakap? Memang lah. Tapi kenapa ea? aku amek contoh lah, jiran-jiran sekeliling. Tak kan lah tak amek tau perihal jiran tetangga? Mane pergi semangat kejiranan? Marahkan zakat? Dalam masyarakat ada komuniti. Masjid kan ade? Mungkin sebelum isu ni timbul mane-mane yang tau tu, takkan tak pergi berjumpa dengan imam masjid or surau berdekatan. Buat dulu perbincangan.ceritakan masalah wanita terbabit.


Ini tidak terus menerus hentam satu pihak sahaja. Pusat Zakat jadi mangsa. Badan-badan kebajikan yang tidak berkenaan pun tibe-tibe ade jugak pihak lain nak heret. Kenape tak bantu wanita terbabit.


Pengalaman aku pernah praktikal di pusat zakat (untuk elak sebarang masalah, gua tak bagitau dekat mane) jaman diploma dulu, bukan zakat tak pergi pantau. Tapi korang bayang lah, kadang-kadang zakat mintak tolong ketua kampong atau imam masjid bagi borang mane-mane fakir atau miskin dekat qaryah depa ni, tibe-tibe diorang sendiri datang ke pejabat zakat. Bile tanye nape tak jumpe dengan si polan mintak borang? Diorang cakap tak diberitahu. So ini salah pihak zakat jugak ke?


Pade aku lah, dari diorang dok bising-bising, takde masalah pon kalau pergi dekat wanita terbabit hulur sumbangan peribadi. Atau tolong bawak masalah terbabit kepada ketua taman ke, kampong ke, tok imam ke, tok bilal ke. Bercakap memang mudah.tapi melaksana memang payah.


Satu yang timbul dekat sini mane pergi semangat bantu membantu dan bermasyarakatnye kalau semua salah menyalah?


Baek, itu baru satu. Ade lagi banyak hal-hal salah menyalah yang berlaku sejak akhir-akhir ni. Jadi satu isu, pihak ni salahkan pihak lain. Pihak ni taknak mengaku cakap itu bukan tanggungjawab die, pihak satu lagi punye hal.


Sudahlah, memang sampai kiamat pon isu ni takkan selesai. Ade baeknya kalau aku duduk dalam bilik, pasang lagu, layan contengan jalanan. Banyak hikmah woo itu buku.



Eh, nanti tak bercampur dengan masyarakat. Jadi katak bawah tempurung. (=_=’)
Ah.sudahlah.mengarot sajer tulisan ni.assalamualaikom.

Monday, September 5, 2011

:: MeMori, MaSa LaLu DaN PeNgHidUPaN ::

Tatkala nak menaip ni, mood aku still lagi tak sampai seru untuk berblog.tapi apekan daya, keinginan nak bermain kata-kata tu begitu kuat. Korang imajin, bile aku dok sorang-sorang dalam bilik nanti aku akan bermonolog dengan diri aku berkaitan sesuatu isu.

Maka, dari aku dok biar isi-isi bernas aku hilang, baeklah aku bukak words, tulis ape-ape.nanti ade mase edit baru post.senang gitu kan?



Dulu aku pernah terbaca dalam satu novel. Ade sifat sesetengah orang ni yang susah nak melupakan sesuatu yang dah lepas. Dalam erti kate yang laen memori.

Korang semua mesti ade punye kan memori jaman2 purba dinosaurus taranturus *fap2, istilah sains suke-hati-mak-bapak-ko-je-kan*. Konfem ade.tak kire same ade pahit, manis, masam mahupun masin.semua orang pernah ade mase lalu dan memori.

Tapi ade sesuatu yang menjadi masalah bila memori itu sukar dilepaskan.ya sukar.dan di akhirnye seseorang itu memilih untuk hidup di dalam memori itu. Sebab tu adenye orang waras jadi gile.yang ni sebab dye yang memilih untuk teros hidup di dalam kehidupan lalu.

Ye aku tau.payah sebenarnye nak melupakan memori yang dah lalu.macam aku, ade memori yang hebat yang kalau boleh aku nak selamanya ade. Tapi realistic lah. Hidup ini tak seperti di alam fantasi. Kalau di alam fantasi, kau nak jadi raja sekali pon jadilah. Kau nak bawak Lamborghini murciallago, bawaklah.tiada orang akan kesah.sebab itu alam kau.

Tapi tidak adil untuk mase sekarang kau. Susah sangat ke nak lepaskan mase lalu? Pada aku, yang jadi susah sebab kite sendiri yang pilih untuk hidup dalam rangka mase tu. Macam nilah, dulu kau jaguh sukan, ape acara masok konfem takde tandingan. Tapi sesuatu berlaku, kau mengalami kecederaan. Doctor nasihat sudahlah.berhentilah dari bersukan.

Tapi kau dah biasa jadi juare.biase dikagumi.bile doctor cakap macam tu kau taknak terime.kau yakin satu hari nanti kau akan pulih dan kembali menjadi jaguh.susah nak terime kenyataan. Dan akhirnya, kau menyeksa diri sendiri.perasaan sendiri.disebabkan mase lepas kau yang gemilang, kau tak mahu mencube mase depan yang mungkin lebih terbilang.

Mane tau, bile kau terime kenyataan, sedar dari ruang memori, mungkin ade bidang yang lebih sesuai untuk kau.mane tau kau berbakat buat cupcakes.puff, sedap plak tu.hah, untung2 jadi usahawan Berjaya.

Satu yang paling aku tak suke, bile sesuatu jadi, salahkan tuhan.Tuhan tak adil.tapi mase penoh suka, ade cakap syukur? Ade ingat Die? Kalau ade syukur. Kadangkala sesuatu yang jadi ni ade sebab. Dan itu tande Die sayang hambanya. Jangan risau, aku pernah terbaca, Allah tidak akan menguji sesuatu yang hambanya itu tidak mampu.

Jadi kepada korang semua, memori itu tidak salah. Mengingati masa lalu tu tak salah. Cume jangan hidup selalu di masa yang lampau. Kau cerdik genius macam adiputra sekalipon, kau tak kan dapat mase yang lepas.

Itu gunanya muhasabah.mase lepas jadikan panduan. Untuk jadikan mase yang di hadapan lebih baek dari mase yang lepas.so, do you understand? Hihi.gua baru dapat English education.rasenye takdelah bersepah sangat English gua.fap fap.

Chalo.assalamualaikum

Sunday, August 21, 2011

:: LaGu HaRi iNi ::


tak kira siapa kita, di mana kita berada, apa yang kita lakukan, untuk apa kita melakukan itu
tapi yang gua tau, yang gua agak, yang gua rasa
semua nak mencari sebuah penghidupan yang baik
GOOD LIFE
tak salah, malah itu patut dijadikan impian. kehidupan yang baik untuk semua

Chalo. have a Good, Good, Good Life

:: KaLa HeNiNg PaGi iTu ::


Tiba-tiba mataku terbuka tanpa disuruh. Secara separa sedar, aku terjaga dari tidur. Badan aku tanpa dipaksa bangun dengan sendirinya. Dah rase macam seekers pulak.

Bangun sahaja badan, aku terpinga. Dah rase macam orang baru lepas bebas dari penjara Alcatraz. Kabur, tak tau ape-ape. Aku lihat di sekeliling aku. Gelap sahaja. Cume sedikit berbalam-balam. Naseb baek. Ade jugak petunjuk di dalam kegelapan ni. 

Dalam kebalaman itu, aku cuba perhati keadaan sekeliling. Di mana aku ni? Rasanya tempat ini memang sangat tidak asing lagi pada aku. Susun atur dan darjah kekemasan tempat ini memang dah jadi kebiasaan pada aku. Lama aku amati. Owh, bilik aku sendiri rupanya.

Aku melangkah keluar dari bilik. Haus. Tekak aku meminta diisi. Di atas meja ade air mangga lebihan dari bukak pause tadi. Boleh lah. Janji tekak aku tak haus. Secawan aku teguk. Sungguh nikmat.

Usai minum, aku duduk sebentar. Jam di dinding aku tenung. Ah, baru pukul 3.30 pagi. Ini bukan kali pertama. Sudah berkali-kali jugak aku terjaga di kala waktu-waktu yang penuh dengan keheningan begini. Gangguan biologi. Mungkin lah. Itu sahaja yang aku mampu agak berdasarkan dari keadaan aku sering terjaga di masa-masa macam ni.

Sudah 5 minit. 5 minit aku duduk di situ. Entah kenapa, secara tiba-tiba fikiran aku memikir. Perlahan-perlahan aku imbas sedikit segala dosa-dosa lampau yang telah terlaku. Banyak sekali. Tak terkira

Beautiful landscape

Tapi aku kira, Yang Maha Esa masih lagi Maha Mengasihani. Aku masih lagi bernafas, masih lagi bernyawa, masih lagi mampu tersenyum gembira. Walhal assignment yang diberi, kefardhuan yang disuruhi aku masih lagi tak mampu laksana. Ni kalau dekat kolej, dah konfem kene barred teros. No mercy pals.

Teringat aku satu rangkap ayat “ Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia” . ayat itu, diulang-ulang dalam kotak fikiran.

3.40 sudah 10 minit aku duduk terlanga. Dah macam orang gile di bawah jambatan di pinggir Sungai Kelang. Hidup dalam dunia ciptaan sendiri. Tapi aku bukan sebegitu.

3.45 aku lihat jam di dinding. Aku toleh sekeliling. Terlihat naskhah alquran resam uthmani tersusun rapi di atas rak di tepi dinding. Bagai ade tarikan, aku bangun lalu aku ambil al quran itu. Tidak kubaca, tapi tafsir diaamati.

Ah, ape aku tunggu lagi. Segera aku berlari. Pintu bilik air ku tolak. Pili air kupulas. Mengikut rukun segera aku ambil wuduk. Usai itu, sejadah yang elok terlipat aku bentangkan. Tangan diangkat. Takbir diucap.

Pulanglah. Kembali kepada fitrah Tuhanmu. Yang Maha mengasihani, maha pemurah lagi Maha Penyayang. 10 malam terakhir, 1000 bulan cuba aku genggami.

Dan tidaklah aku menciptakan Jin Dan Manusia melainkan supaya mereka mengabdi (menyembah) kepada-Ku “ (51:56)


Saturday, August 20, 2011

:: UcApAn TeRiMa KaSiH uNtUk 500 ::

500. aku ingat lagi, mase mule-mule Sahabat Blogger diasaskan, angka 500 ahli dicapai di dalam masa tak sampai 2 bulan. Masa tu untuk mencapai permulaan ke arah 500 pada mulanya agak mustahil. Gua ingat lagi, pengasas bersama Sahabat Blogger, Acap ngan Amal, mule-mule sekali diorang due ni cakap kalau boleh dapat 200 orang dalam setahun pon dah kire tervaek.



Tak sangke dalam mase 3 bulan angka keahlian meningkat mendadak menjadi 1000. Sebagai sahabat, gua bangge dengan membe2 gua. Sekarang sudah lebis 12 ribu ahli, antara grup blogger terfemes di Malaysia.

500. kalau dikira, aku agak same banyaknye dengan jumlah soalan latihan dalam buku undang-undang keselamatan jalan raya yang korang sume distandardkan untuk mencube menjawab semua 500 soalan berkaitan undang-undang dan etika di jalan raya.

500, itu jumlah Beruang Gizzly yang diancam kepupusan. Korang boleh imajin betapa terancam sepsis beruang ni bile populasi untuk seluruh dunia cume 500 ekor aje. Aku syak penduduk Kampung Pisang jauh lebih ramai dari ni.

Aku agak mesti korang berfikir-fikir ape yang aku cuba sampaikan. Ape kaitan angka 500 pertama keahlian Sahabat Blogger, 500 soalan JPJ dan jugak 500 ekor beruang Gizzly di serata dunia.

untuk semua, ini, angka ini, buat aku terharu. terima kaseh, itu sahaje aku mampu lafazkan

Aku pon malas nak pusing-pusing. Terima kaseh. Untuk follower aku. Ye, untuk mereka yang sudi untuk follow aku. Tak aku sangka, tak aku duga, sudah 500 orang. Satu angka yang tak terduga. Sementelah blog ini juga belom cukup haulnya. Belom setahun lagi. Kalau ikut kitaran manusia, belom tentu mampu berjalan lagi.sekadar merangkak-rangkak.

Dan aku kira juga, mungkin nilai 500 ini hanya biase-biase. Di kala mereka-mereka yang seangkatan dengan aku sudah pon ade yang lebih dari 1000. Kalau tak sampai seribu pun kire dah lame lepas 500 ni.

Tapi itu rejeki masing-masing. Dan gua bersyukur. Even aku malas-malas untuk update, nak kate sebulan sekali boleh update pon dah cukup bermakna. Faktor kemalasan dan jugak keghairahan sedikit sebanyak mempengaruhi. Itu tak dinafikan.

Tapi percayalah, bukan kuantiti yang aku kejar. Tapi kualiti yang aku sasar. Tak ade gune kalau aku update tetapi isi tiada, penyampaian tak bermakna dan paling aku takut, menimbulkan fitnah dan jugak umpatan. Tidak, aku tak nak menjadi seperti itu.


Biarlah sedikit, biarlah tidak selalu update. Tapi ini azam aku. Sedaya upaya setiap kali aku update, entri-entri berkualiti akan aku sajikan. Akan aku limpahkan buat para pembaca.

Untuk si empunye pemilik blog ini merangkap follower ke 500, terima kaseh aku ucapkan. Maaf, aku tak mampu untuk memberikan hadiah mahupun ape-ape ganjaran seperti yang lazim dilakukan oleh blogger lain untuk follower yang mencapai angka yang disasarkan. Maaf, hanya ucapan terima kaseh dan berbesar hati mampu aku berikan.

Untuk ini, aku rasa cukup dulu sampai di sini. Dengan ini aku menggulung ucapan terima kaseh untuk 500 ini. Terima kaseh kepada mereka yang sudi untuk follow blog picisan ni. Terima kaseh tidak terhingga. Kerana korang, semangat ini teros membara. Terima kaseh sekali lagi

Arigato.chalo.assalamualaikum


:: PeRaSaaN iNi ::


Setiap kali aku meneliti skrin komputer aku yang berukuran 14 inci, dalam ingatan aku akan teros ke blog-blog yang menjadi perhatian diriku. Menanti setiap perkara-perkara yang baru diceritakan, menunggu setiap permasalahan yang diperkatakan, meniti setiap buah fikiran yang dilontarkan dan mengamati setiap bait-bait kata yang diungkapkan.


Hakikatnya, aku harus akui, ayat-ayat yang depa semua yang aku tunggu-tunggu setiap kali laptop dell inspiron gua ini diONkan dan di ONLINEkan, memang tervaek, terganas dan terhebat sekali. Ini bukan ayat kasi kipas.ini memang tulisan tulus dari hati.



Ape lagi aku boleh cakap? Penulisan diorang-diorang ni ibarat Leonardo da vincci sedang menumpu seluruh jiwa ke atas lukisan, ibarat Shakespeare menyawakan Sonnet2 yang dikarang serta ibarat Red Baron menjarah ruang angkasa bagi memberikan Jerman cengkaman kukuh di dalam WW1.


Dan setiap kali itu juga, hadirnya perasaan-perasaan yang berbagai.perasaan ini kalau gua nak cerita macam suara bisikan halus yang mengarah aku untuk mengupdate blog dengan menggunakan idea-idea dan ayat-ayat yang striking lagi klitoris. Dah rase macam aq ade satu lagi diri yang lain, macam dr Jekyl dan Mr Hyde.satu sisi aku ni setiap hari akan memaksa aku untuk update blog.



Tapi satu sisi yang lain pulak akan cakap, ko nak update ayat nak kene power.tapi kalau dah tak dapat nak create ayat yang hebat-hebat buat tak tau je lah.jangan update.nanti ko jugak yang rase tak best bile nak bace balek entri-entri ko sendiri.


Perasaan ini, bisikan-bisikan ini yang sebenarnya membunuh diri aku. Nak kate tak ade mase, assignment sume sudah setel, ape lagi gua mahu buat? Baca buku? Rasenye dah naek tepu asik nak membaca buku-buku pasal ekonomi. Well, kalau kau orang sume nak tau, untuk semester kali ni hanya satu sahaja subjek pengiraan, yang laen sume pasal ekonomi.baek dari ekonomi islam mahupun yang bersifat kapitalis, komunis dan sosial apatah lagi campuran.



Akibat dari terlalu mengharap mencapai tahap seperti lensarosak dan tehtarikgelasbesar, itu lah yang terjadi. Perasaan ini, rasa terlalu ingin mencapai sifat kesempurnaan, perasaan ini yang membunuh diri aku.


Bile mane aku tak dapat untuk memberikan yang SEMPURNA itu, sudahnya aku sendiri yang membunuh niat untuk berblog. Aku sendiri yang menguburkan blog aku sendiri. Padahal aku lupa, tagline blog aku, ruangku.hidupku.nyawaku.ceritaku.


jalan menuju kesempurnaan tak akan pernah tamat



Sepatotnya aku hadirkan ruang untuk diri aku sendiri. Blog ini sudah menjadi seperti sebahagian dari hidup aku sendiri.cerita yang berkisarkan ape yang aku alami dalam hidup ini, pengalaman dan pelajaran dari hidup ini yang patot aku ceritakan. Sebab cerita-cerita aku itu sendiri adalah ibarat sebahagian daripada nyawa diri aku.

Tapi aku lupe. Aku alpa.aku sendiri yang mereka garis panduan, kata-kata panduan itu.tapi aku sendiri yang mengingkarinya.

Perasaan ini.ya perasaan ini. Pergilah kau menjauh dari hidupku.semangat, datang lah kepada aku. Tiupkan kembali perasaan ini. Kepada blog, maaf. Di atas sikap aku yang terlalu ingin kepada kesempurnaan, kau terabai. Map, mari kite buka semula cerita baru.

Chalo.assalamualaikum!