Thursday, March 22, 2012

::NeGaRa 'Paling' SelamAt::

 

 

Baru-baru ini aku ada mendengar laporan yang mengatakan negara Malaysia negara ke 19 paling selamat di dunia dan yang paling selamat di Asia Tenggara. Berbalik kepada gambar-gambar yang dipaparkan di atas, somehow aku rase pelik yang amat sangat macam mana definisi negara selamat ni diukur.

Di jaman aku kecik-kecik dulu dengan rambut panjang ala2 the beatles sebab takot dengan pak cik india tukang gunting rambut dulu, zaman kanak-kanak aku adalah zaman paling mengujakan. Masa tu sekitar pertengahan 1990-an. Sebagai kanak-kanak, apa yang korang boleh expect aku buat adelah bermain dan bergembira.

Dan memang betol kalau korang fikir macam tu. Di masa itu, hatta aku nak pergi pam basikal dekat kedai depan rumah aku tak ade masalah. Mak Bapak aku takde risau. Kalau aku rase nak makan aiskrim potong beli dekat kedai Lee Son Ming depan sekolah naik basikal sorang-sorang, takde jugak Mak Bapak aku nak risau. Even kalau mak aku suruh pegi kedai beli telur dan gula sambil tu duit baki aku pakai beli air pepsi pon takde masalah.

Di masa tu memang cukup selamat. Jarang sekali nak dengar kes budak kene culik dan bakar, atau budak bawah umur dirogol oleh phedophil. Bukan nak kata tak ade, tapi peratusan jauh lebih rendah dari sekarang. Tapi masa tu Malaysia tak pulak dilabel sebagai negara paling selamat di dunia.

Kalau kita tengok balik situasi dan kondisi negara Malaysia ni, kalau aku jadi mak bapak konfem aku tak senang duduk. Depan rumah pon boleh kene culik. Nak lagi terok, even ko duduk dalam rumah pon boleh jadi mangsa culik. 

Aku ade terbaca pengalaman seseorang yang ditulis dalam blog. Di New Zealand, berjalan sorang2 di Wellington pada waktu malam tak ade ape yang nak risau. Cume kau kene risau kalau dapat demam sebab New Zealand suhu sejuk. Lebih sejuk dari peti sejuk. Even kalau kau seorang perempuan yang terpaksa balek lambat dari office sebab kene wat OT, tak ade ape yang nak dirisaukan.

Sebagai negara yang ‘paling’ selamat di Asia Tenggara, engkorang masih boleh jadi mangsa ragut even duduk dalam perkarangan rumah sendiri. Sedangkan rumah sepatutnya jadi tempat paling selamat seseorang individu. Jangan cerita malam-malam macam mane kalau di hari siang yang jelas-jelas orang boleh nampak apa yang kita buat pon orang berani lagi nak buat jenayah.

Jadi, sebagai seorang warga yang prihatin, aku rase elok lah kirenya kalau kita dapat fikir mekanisme yang terbaik dalam merialisasikan Malaysia sebagai negara yang paling selamat dengan maksud lain memang betol-betol selamat di Asia Tenggara mahupun dunia.chalo.assalamualaikom.

Monday, March 19, 2012

:: MaNuSia SiStEm ::

Tatkala entri ini ditaip, aku baru memulakan cuti semester yang agak panjang pada kali ini. 2 bulan setengah. Jadi, di masa-masa yang masih lagi segar dengan maklumat-maklumat terkini sebelom otak menjadi malas untuk berfikir, jadi eloklah rasenye untuk aku mencoret sedikit karutan di dalam blog yang dah sepurnama kene tinggal.

Esok hampir beratus ribu pelajar akan menerima keputusan SPM. Untuk negara seperti Malaysia yang cenderung kea rah exam-oriented, maka yang akan ditonjolkan esok adalah mereka yang Berjaya menggapai keputusan yang paling cemerlang. Itu lumrah. Mereka yang Berjaya di sanjung, yang kurang berjaya sedikit dilupai.


Aku dulu mengakulah yang aku ni antara manusia yang lebih memandang kepada pencapaian akademik dalam menilai kehebatan seseorang. Tapi, bila masa berlalu, dan setelah banyak benda yang aku pelajari dan perhati, maka aku terfikir, adakah semua yang pencapaian akademik yang hebat menentukan cemerlang atau gelap mase depannya?
Kita menghafal buku-buku, formula dan sebagainya untuk kita dapat menjawab segala soalan yang termaktub di dalam kertas periksa. Kita dituntut untuk cemerlang dalam akademik. Mendapatkan markah yang bagos, markah yang tinggi. Ibubapa menekan anak-anak untuk mendapat result yang bagos. Kalau tak bagos nanti malu dengan saudara-saudara lain yang anak diorang keputusan bagos-bagos.

Guru menekan murid-murid untuk berjaya dalam peperiksaan. Kalau tak, mereka akan ditekan oleh pihak atasan, mintak tunjuk sebab kenapa keputusan yang tidak cemerlang tidak terhasil.

Dan hasilnya, hari ini kita dapat menyaksikan kelahiran generasi yang berjaya dari akademik tetapi dari segi skil, komunikasi, pengurusan dan sebagainya entah ke mana. Kita tidak berkeyakinan untuk menyampaikan apa yang terbuku di dalam hati, persoalan yang berlegar di minda. Ruang ilmu kita hanya terbatas dari apa yang kita dapat dalam buku.


Kita sebenarnya melahirkan manusia sistem. Sesuatu yang ditakuti di Malaysia ialah pada suatu hari nanti, kita akan melahirkan generasi yang rakus dalam mengejar kejayaan tanpa menghiraukan aspek sosial kehidupan.

Kita memuja mereka yang berjaya. Kita melupakan mereka yang kurang berjaya. Kita pinggirkan mereka. Mereka yang dianggap tak berjaya sebab tak dapat keputusan yang cemerlang dalam sistem ni akan terus terpinggir. Di akhirnya, jangan salahkan mereka kalau mereka ada membuat silap. Sebab kita jugak bersalah sebenarnya dalam menilai mereka.

Eh, aku pun dah tak tahu ape aku karotkan ni.chalo.assalamualaikom.renung-renungkan



 

Monday, February 6, 2012

:: AssiGnmenT dan Masa KecEdeRaan ::

Rasenye dah lame aku tak menulis apa-apa dalam blog yang cukup picisan ni.bukan ape, sebulan kebelakangan ni dari bulan satu non-stop sampai bulan dua kerja bertalu-talu menyerang. Mungkin ada silap aku jugak menangguh-nangguhkan kerja. Tapi bak kata falsafah, assignment teragong adalah assignment yang terhasil pada minit-minit terakhir.


Manusia bila berada dalam satu masa di mana dia rase selesa or kelapangan, kadar kecenderungan otak dan akal dia untuk berfikir adalah di bawah kadar 50 peratus aku rasa. Ini berdasarkan kajian yang aku lakukan sendiri. Apa, lu ingat Meleis tak boleh buat kajian ke? Mungkin gua ada baka Newton tanpa sedar.kih kih


Dan itu yang terjadi. Di awal-awal sem dulu, masa aku banyak je. And everytime ada masa terluang memang kaki akan melangkah ke library. Tapi aku tak faham, masa-masa macam ni tiap kali aku cuba carik bahan je, memang semedang tak jumpa-jumpa. Makanya, setelah beberapa waktu, buku lain yang akan aku baca sambil mengatakan, takpe, esok ade lagi.


Dan seterusnya sampai ke saat-saat kecederaan sebelum assignment di hantar. Dan di saat-saat ini biasanya terhasil moment of miracle.


Ajaib bila mana buku-buku yang aku dok carik dari awal sem tiba-tiba ada di rak buku. Walhal setiap kali aku carik dekat rak yang sama mesti takde je buku. Mungkin bunian ambik pinjam baca kot?


Dan satu lagi, tiba-tiba otak gua akan jadi ligat untuk berfikir. Tanpa sedar, kalau sebelum ni yang menghasilkan sepatah perkataan, agak susah jugak. Duduk depan laptop setengah jam gua jamin belom tentu sepatah huruf pun mampu gua taipkan. Tapi tidak pulak untuk chat di fesbuk. Kih kih.


Dan sebab itu gua cakap di masa kecederaan ini otak berada di tahap maksimum. Ibarat pemain bola yang akan menggunakan pendekatan ‘pump the ball into the penalty area’, dengan keeper sekali join masok kotak penalty, macam tu jugak otak gua bergerak.


Ada je point-point penting yang akan dijumpai. Kalau search dekat google, terus tau nak taip keywords ape untuk carik bahan-bahan yang diperlukan. Ouh, btw, google is the best lecturer aku rase. Tak caya engkorang tanye para pelajar unibersiti, bahan mana paling digunakan dalam mencari sesuatu perkara. Konfem diorang jawab, GOOGLE JE.


Tapi bagaimanapun, kadang-kadang gua rase assignment di minit-minit akhir lebih lejen intipati kalau nak dibandingkan dengan assignment yang siap di awal waktu. Tahap lejen boleh diukur dengan tebalnya assgment hampir menyamai sebuah penghasilan thesis.


Eh dah lah, gua nak sambung buat assignment dulu.esok kene hantar woi! Chalo, assalamualaikum.

Saturday, January 7, 2012

Penceritaan Budaya dari Filem dan Drama

Salam 2012. Sedar tak sedar dah masok tahun 2012. Bile makin meningkatnya tahun masihi ni, maka haruslah jugak gua ingat kan diri gua betapa semakin dekatnya diri ini dengan kematian. Kerana setiap umur yang bertambah hanyalah peringatan betapa mati itu sudah semakin dekat.


Tapi hari ini gua bukan lah mahu bercerita tentang kisah mati.karang ada yang paranoid pulak. Hari ni gua mahu bercerita tentang budaya masyarakat yang  diperhati melalui filem atau drama.


Semenjak dua menjak ni, gua rase macam sudah banyak sedikit melayan drama-drama dari Korea dan jugak Jepun. Apa yang gua perhatikan, di dalam setiap drama-drama yang gua layan, mereka akan menjual budaya mereka di dalam drama-drama ini.


Contohnya dalam drama jepun, jarang sekali gua nampak watak-watak utama bile berlakon bawak kereta. Walaupun watak-watak utamanya telah bekerja, namun begitu jarang sekali kita akan nampak mereka ini membawa kenderaan. Tapi lebih selesa berjalan kaki. Hatta jaraknya mungkin jauh berkilo, tapi steady je jalan kaki.


Namun begitu, promosi budaya berjalan kaki tidak ditonjolkan dalam drama melayu. Dalam drama melayu, walau kau baru habis sekolah dan baru stakat belajar kolej, kita akan dapati watal-watak utama kalau berlakon, konfem pakai kereta. Baru kolej, belom kerja lagi. Ini secara tak langsung mempengaruhi anak-anak muda yang lain untuk mendesak mak bapak beli kereta bile dah masok university atau kolej.


Lagi satu, kalau dalam drama korea pulak, ape yang gua perhatikan, walau sesamseng dan seganas mana pun watak yang dilakonkan, mereka akan tetap menghormati seseorang yang lebih tua seperti guru, makbapak, pakcik jual surat khabar dan sebagainya. Cara mereka hormat itu mungkin lain lah, tapi mereka tetap tunjuk.


Tapi sekarang ini dalam drama melayu, susah sekali. Cakap pon dah tak ade nilai-nilai ketimuran dan adab sopan. Itu belom masok lagi bab-bab seperti anak lawan mak bapak, murid lawan cikgu dan sebagainya.


Aku bukan lah mahu membebel atau ape, tapi kadang-kadang kita hairan macam mane drama-drama seperti korea dan jepun boleh mendapat sambutan. Ini kerana, mereka membawa sekali budaya hidup mereka dalam filem.



Dan itu jugak sebenarnya intipati yang diguna pakai oleh P.Ramlee dengan membawa sekali budaya dan adat di dalam setiap filem-filem yang beliau arahkan. Sebab itu lah filem-filem P.Ramlee masih relevan dan cukup inzal ditonton sampai sekarang.


Chalo.assalamualaikomm

Sunday, December 4, 2011

SoCRaTes, TriBuTe unTuk SeoRaNg Lejen



Mula-mula sekali aku mendengar nama Socrates adalah semasa aku dihadiahkan oleh bos kepada ibu sebuah buku panduan mengenai piala dunia 2002 yang pade mase tu pertama kali dianjurkan oleh negara asia.

Jujur sebelum ni aku hanya mengenali Socrates yang merupakan seorang ahli falsafah dalam tamadun masa lampau. Tapi tidak aku sangka rupanya Socrates jugak merupakan nama seorang lagi pemain yang boleh dianggap lagenda dan genius dalam arena bola sepak dunia ni.

Socrates ni bole kita anggap sebagai genius sebab dia ni merupakan lulusan universiti dalam bidang perubatan. Same macam seorang lagi lejen bola dunia, Garrincha. Tak ramai pemain-pemain bola yang ade kelulusan tinggi di masa yang sama mempunyai skill kemahiran tinggi.

Apepun, nasib tidak menyebelahi Socrates dalam piala dunia. Dikhabarkan dalam buku tersebut, piala Dunia 1982 merupakan satu piala dunia yang paling diingati disebabkan kegagalan Les Selecao memenangi Piala Dunia tersebut walaupun dibarisi pemain sehandal Zico, Socrates, Falcao. Ni ibarat team Sepanyol alaf ini yang dibarisi Iniesta, Xavi dan David Villa.

Laju, tegap dan berjambang ala2 syeikh tabligh, kelincahan Socrates akan terus diingati. Enjin tengah Brazil masa tersebut, mungkin Nazmi Faiz Mansor boleh belajar cara-cara Socrates menggelek player-player lawan dari bahagian tengah.

Dunia Bola akan sentiasa merindui kelibat Socrates selepas ini.

Saturday, December 3, 2011

PeNiLaiAn TeRhAdAp PoLiTiK MaLaYsiA KaLa Ini

Sejak kebelakangan ini, jikalau diselak-selak akhbar  baik dari di sebelah pihak yang memerintah mahupun di sebelah yang membangkang, ade satu perkara hangat yang sentiasa dilaporkan lewat hari ini. Kirenye boleh aku rase sekarang ini itulah keutamaan setiap parti-parti politik di Malaysia ini.


Bukan kisah sedih keluarga pak samad yang tidak dapat makan hari ini, bukan kisah si ibu muda kalsom yang tidak ade duit mahu membeli susu untuk bayinya, malah bukan cerita tentang si abu yang tercicir sekolahnya.tetapi semuanya berkisar tentang bagaimana mahu memenangi pilihanraya yang akan datang ini.


Sejujurnya, semenjak 2008 lagi, aku semakin lame tengok scenario politik Malaysia ni makin jelak.jelak.aku tak Nampak ape perubahan yang berlaku. Barang tetap jugak naik harganya. Pendidikan nak dikatakan murah masih lagu berpeluh-peluh aku nak keluarkan duit untuk membayar buku.


Jujur kalau aku cakap ahli politik kat Malaysia semenjak akhir-akhir ini sudah seperti tidak tahu ape peranannya dilantik dan diundi di dalam pilihanraya. Alih-alih yang aku tengok cakap berdekah-dekah, pumpang gaduh mulut macam budak kecik umor 5 tahun dalam parlimen, seterusnya tak puas hati keluar dewan beramai-ramai.


Ape ni? Ape semua ni? Hey ahli politik, jelak tau aku tengok perangai sebegitu. Itu sikap yang kau mahu tonjolkan kepada kami golongan-golongan muda ini? Fitnah memfitnah, caci memaki, berperangai kebudak-budakan.


Rakyat tidak peduli itu semua.kau nak bertekak, bergaduh, bertinju dan bertomoi sekali pon, kau buatlah, janji ape yang kau janjikan kepada pengundi engkau tunaikan. Tapi masalahnya aku masih lagi rase tiada ape yang berubah melainkan unsur propaganda dan provokasi yang diutamakan.



Belajar lah wahai ahli politik.belajar.mahukah kalian lihat negara kita ini seperti di Mesir? Tunisia? Syria? Kucar kacir

Tidak.kalau ditanyakan kepada aku tidak mahu. Berubahlah wahai ahli politik sekalian. Tidak kira dari pihak mane sekalipon kalian, ingat, amanah yang dipikul kelak disoal di akhirat. Disoal oleh si empunya pemilik segala alam. Ruang dan masa masih ade. Mungkin kita dapat mengimpikan ke arah Malaysia yang lebih aman?


Aku tidak tahu.berharap mungkin.berdoa dan memohon.amin

Wednesday, November 2, 2011

:: BaHaSA Dan iLMu ::

Sejak dari mula bile mane Tun Dr Mahathir nak melaksanakan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, sudah banyak suara-suara sumbang yang lebih berbaur kepada negatif dan penolakan kepada saranan ini. Mereka membantah dengan alas an bahasa penjajah selain takut identiti bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda akan terjejas.

Mereka yang membantah ini pada dasarnya gua rase macam pemikiran yang terlalu konservatif. Dalam spectrum yang laen, mereka tidak cuba untuk memahami atas dasar ape Tun melaksanakan dasar pembelajaran PPSMI ni.

dahulu kala tatkala Islam menjadi kuasa besar, Bahasa Arab menjadi tanda aras

Mari kita belajar Sejarah kembali. Satu ketika dahulu, Empayar Islam pernah melalui zaman Keemasan di bawah pemerintahan kepimpinan khalifah-khalifah Umayyah, Abassiyah dan jugak Uthmaniyah. Dijaman ini, Empayar Islam berkembang sehingga ke Eropah, sebahagian Afrika Utara dan jugak sehingga ke Asia yang merangkumi sebahagian China.

Semasa zaman Emas ni, ilmu sains, perubatan, matematik, astronomi dan sebagainya banyak dipelopori oleh umat Islam.pendek kata, segala cabang ilmu dikuasai para intelek Islam. Dan sudah tentu ilmunya akan ditulis dan dikitabkan dengan bahasa Arab akan dijadikan sebagai bahasa pengantar utama atau lingua franca.

Makanya, para ahlul dari barat yang mahu mempelajari ilmu-ilmu ni kene belajar bahasa Arab bagi nak mudahkan diri mereka untuk memahami dan menguasai ilmu-ilmu yang rata-rata dipelopori oleh intelek-intelek islam. Dari situ kalau mereka ni dah kuasai bahasa Arab baru depa boleh paham ape ilmu yang terkandung dalam kitab-kitab penulisan.

Para ilmuwan barat ni pun lepas dah dapat menguasai ilmu pengetahuan tersebut barulah diorang balik semula ke Eropah dan tulis terjemahan sebelum  disebarkan kepada masyarakat.

Beberapa ratus tahun berlalu. Sekarang kita lihat di mana letaknya negara-negara maju di dunia. Negara mana yang teknologi perubatannya, ekonominya, kajiannya jauh ke depan. Negara-negara barat bukan? Yang satu ketika dahulu mengalami jaman gelap sehingga kan mereka juga terpaksa mempelajari bahasa Arab demi mendapatkan ilmu.

Jikalau kita selak surat khabar hari ini, penemuan terbaru ilmu ubat-ubat, siape yang menemukannya? Kajian di angkasa lepas, siapa yang mendahului? Dan bahasa apa yang mereka guna dan pertutur kan?

Jikalau dahulu mereka dari barat datang ke jajahan-jajahan Islam mendalami bahasa Arab bagi memahami kitab-kitab yang dikarang ibnu sina, ibnu taymiyyah, ibnu khaldun, menyelak catatan kembara ibnu batutta. Semata-mata kerana ilmu mereka cube untuk menguasai sesuatu bahasa yang jarang-jarang mereka pertuturkan.

Dan kita lihat hari ini bagaimana mereka. Dan Umat islam? Mintak maap kalau gua salah mengatakan tiada satu pun negara islam di kalangan negara-negara maju. Malah kita bukan merupakan kuasa ekonomi dunia, walhal ilmu muamalat itu jikalau kita kuasai tidak mustahil ekonomi dunia ini dalam genggaman kita.

Sebab itulah Tun Mahathir menggerakkan dasar PPSMI. Bukannya dilaksanakan dasar ini bagi melenyapkan identiti melayu. Bukannya belajar dalam bahasa inggeris mahu menghapuskan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tapi untuk kita cuba mengaut ilmu-ilmu yang sekarang ini banyak terhasil dalam tulisan bahasa inggeris.

Kalau dulu barat merangkak ke timur mencari ilmu, ape salahnya sekarang ini kita pula cuba mengaut ilmu mereka? Hidup ni ibarat roda, satu hari nanti mane tau kita di atas kembali. Semoga itu jadi kenyataan.amin. cube pandang sesuatu dari perspektif yang meluas.

Chalo.assalamualaikum.