Monday, April 2, 2012

:: You're So Fine ::


It feels like December
The Birds flew across my bedroom window
and the spiral staircase
That we used to hang around 'til 3 in the afternoon

I remember that day
The purple hoodie that you're wearing
And the smile up on your face
Your hair was flowing in the air
As you were sitting by my side
You moved me with your tides

You're so fine
And I wouldn't do anything
To deny you
And I would die for you

Oh Baby don't despair
 You're not alone I'm always there
I wish I was the one who's scared
Of the sickness that you bear
For as long as I could stay
I'll be happy just to see you smile for another day

But you're gone now
Oh so far gone now
Where the trees are green and cloudy grounds it seems
But my time will come
Oh so let it come
Where we'll meet again
Until the end of time

Kata Gua: first time dengar lagu ni gua terus tertarik dengar composition muzik dia. such a beauty. ala2 jazz sikit but it so, so so harmony. and the lyrics also have a deep meaning. okey tak tau siape yang tulis. ade kata Guba yang tulis, dan Yuna just diorang invite.Ade kata Yuna yang tulis, tapi tak kisahlah. Baca lirik tu macam membaca sebuah cerita.Enjoy

:: CerKon: MeNdaki Tangga Impian ::

Hembusan angin petang nyaman meniup ke pipi. Damai. Terasa angin seolah-olah mahu memberi ketenangan kepada jiwa. Menambah rasa tatkala sedang duduk-duduk bersahaja di atas rumput di taman sebelah KLCC ni.

Kelihatan budak-budak kecil seronok bermain di satu kawasan kolam permainan yang disediakan. Jangan kata budak kecil, dengan orang dewasa sekali pun ada je terselit mandi sekali dekat situ. Mungkin masa kecik-kecik dulu tak merasa. Hipotesis yang serkap jarang tapi ade unsur khusnus zhon dibuat di situ.

“Kau ada impian tak Karl?”. Huh? I’m what?. “ Aku tanya ni ko ade impian tak? Huh, menung sampai mane la kau ni. Krgyzstan ke ape dah?”.

Khairul Syafiq atau member-member lebih suka panggil dia Karl tersenyum. Di pandang balik sahabat-baik-saudara-sehidup-semati-lain-mak-lain-bapak sejak dari kecil. Mirul a.k.a Amirul Solehin. “mestilah ada Mirul. Kenapa?”

“Tell me your dream”. Karl senyum nipis lagi. Ni dah kenapa la pulak sahabat terbaik aku ni mode ala-ala macam ahli falsafah jaman renaissance ni?. “Aku nak jadi peguam”.

“Kenapa kau nak jadi peguam?”. Datar Mirul bertanya.

“Sebab aku nak tegakkan kebenaran. Aku nak jadi peguam yang meletakkan kebenaran di tempat yang betul. Aku nak bela orang-orang yang teraniaya. Aku tak nak undang-undang tu bukan hanya termaktub dalam buku atau atas kertas. Hanya setakat tersimpan dalam arkib. Undang-undang perlu diimplementasi. Ke atas semua, tak kira la kau homeless sekalipun, atau kau Perdana Menteri sekalipun. Kau langgar undang-undang, kau tetap kena.”

 Mirul senyum nipis dengar cita-cita Karl.

“Kau nak tau Karl apa cita-cita aku?”. Tanpa menoleh Karl senyum memandang ke hadapan. “Kau nak jadi apa?”. Mirul diam sejenak. Esh, nak bagitau ke taknak ni? Agak-agak kalau dia cakap Karl boleh nak percaye ke? Eh peduli lah, Karl gelak aku humban dia masuk dalam kolam KLCC ni. Hahaha.

“ Aku nak jadi penulis. Yang boleh mengubah dunia dengan tulisan. Yang bagi semangat dekat siape-siape yang baca hasil tulisan aku. Yang membakar jiwa-jiwa anak muda yang dah lesu. Aku nak jadi penulis.”

Karl memandang muka Mirul. Jarang Mirul nak bercakap pasal benda-benda yang macam ni. Pasal impian dan cita-cita. Pasal masa depan.

“Tapi.. kau tak rasa macam aku terlampau sarkastik ke? Impian tinggi sangat nak ubah dunia hanya melalui penulisan. Kadang-kadang aku tergelak dengan diri aku sendiri. Cita-cita nak tinggi je. Nak yang bintang-bintang je pergi. Haha” tutur Mirul.

Eh? Ah sudah, ni la masalah Mirul ni. Semangat dah ade tapi fikir tak boleh. Haishh, tak boleh, tak boleh. Selaku teman merangkap motivator tak bertauliah, aku kene tiup semangat kat dia. Eh okay ape jadi penulis. Tak semua orang mampu menulis. Cuba tengok Allahyarham Pak Sako, A.Samad Said, Adibah Amin, arwah Rejabhad, tu tak kira lagi yang penulis-penulis bebas.

“ Aku tak rasa macam tu. Sekurang-kurangya kau ada impian. Kau ada cita-cita. Kau tau tak, orang yang tak ada impian dan cita-cita umpama jasad tanpa roh. Kata orang, hidup ni berhantu kalau tak ade cita-cita. Sebab kau hidup tanpa matlamat, tanpa hala tuju. Cuba kau tengok KLCC ni sendiri, asalnya dari sebuah impian jugak. Masa Tun Mahathir bagi cadangan nak buat, ramai kata mustahil, lagi-lagi status Malaysia sebuah negara Membangun masa tu, yang jauh ketinggalan dari segi teknologi. Tapi dia tak mengalah, dia teruskan jugak. Kau tengok sekarang, dari sebuah impian, jadi realiti. Dah terbina pun KLCC.”

Karl diam sejenak. Mengumpul kata-kata yang mampu untuk menaikkan semangat. Sayang kalau tak ada yang nak bagi dorongan kat Mirul ni. Dia ada potensi. Bakat dia besar. Tulisan dia, unik. Tulisan dari jiwa. Tulisan dari hati. Tulisan dari rasa yang dalam. Hidup. Penuh falsafah.

“ Kau tau Mirul, even dalam islam sendiri pun menggalakkan umat dia untuk bercita-cita tinggi. Dari riwayat sahih Imam Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda: jika kalian meminta kepada Allah, maka mintalah syurga firdaus, sebab ia syurga paling tertinggi.”

Hening sekejap. Mata Mirul jauh melontar ke depan. Memerhati kanak-kanak yang riang bermain sambil minda mencerna apa yang di katakana oleh Karl. Karl ni jangan buat main-main, nampak je macam budak grunge dressup dia, tapi hadis-hadis, doa dan panduan banyak yang dia tau. Sungguhlah orang kata, jangan tengok buku tu dari luar. Jangan nilai orang dari penampilan.

Dia ingat lagi masa mula-mula dia baca secara serius buku Karim Raslan, Ceritalah. Buku yang buat dia bercita-cita nak jadi penulis. Masa tu satu word yang terlintas dalam diri, Inspiring. Sungguh. Dia rasa macam ada satu semangat lain lepas baca buku tu. Padahal buku tu kalau nak ikut cuma cerita tentang isu-isu semasa dan jugak pasal masalah masyarakat.

Tapi dia tertarik pada satu tajuk dalam buku tu yang menyentuh pasal pendidikan, dan macam mana hormatnya orang zaman dulu dengan cikgu diorang. Kalau ikot skema dia lah, Karim Raslan dah boleh menang Pullitzer punye award dah.

 Tapi masyarakat hari ini memandang mudah tugas seorang penulis. Pada diorang menulis ni senang je. Tulis je apa yang ada. Hish. Betul lah payah kalau orang-orang yang jenis sastera ni nak hidup kat Malaysia ni. Padahal kalau nak ikut ramai je penulis yang dah berjaya buat sebuah negara merdeka, yang membangkitkan semangat juang anak muda.
 
“Karl, aku nak jadi penulis. Aku janji hari ini dengan kau, aku akan jadi penulis. Aku akan bermimpi dan bercita-cita. Menara KLCC jadi saksi satu hari nanti seorang penulis yang bernama Amirul Solehin akan menggegar dunia dengan tulisan dia.Tulisan aku adalah tulisan yang akan ubah dunia.Wait till that time come bro.”

“ I will. Insyaallah.” Syukurlah. Karl memandang dada langit. Moga langit mendengar. Moga sinar petang ini akan terus membakar jiwa teman baiknya tu. Moga segala yang mereka impikan, akan dapat dicapai.

Hidup Tanpa Cita-Cita Ni Berhantu, Ibarat Sebuah Kehidupan Tanpa Arah Tuju

Sunday, April 1, 2012

:: Kosong ::

Kata orang tulisan lebih terasa kalau ditulis dari jiwa. Kate orang lagi, tulisan dari hati adalah tulisan yang paling berisi. Kata orang lagi, tulisan dari rasa memberi seribu makna untuk yang membaca. Kata orang lagi, tulisan dengan jiwa mampu mengetuk diri yang membaca.


Itu kata orang. Tapi ada satu benda yang nak kena tau. Tak setiap masa idea itu akan datang macam air sungai yang terus dan setia mengalir setiap hari. Tak macam ombak yang saban masa tetap jugak akan menghempas pantai. Idea tu sesuatu yang subjektif. Datang tanpa dipaksa.

Idea tu umpama buah mangga yang masak di pokok. Mangga yang dipetik sebelum masanya akan jadi masam. Idea bila terdetik dan mencurah, memang terasa nikmatnya kalau nak menulis. Hatta, nikmatnya tu kalau ibu dok masak sambal goreng daging yang lengkap dengan rempah tumis sampai bau boleh dihidu satu kilometer pun tak kan boleh mengganggu bila datangnya idea nak menulis tu.

Untuk mendapatkan tulisan yang baik itu perlukan banyak kesabaran. Kesabaran menunggu idea untuk datang. Idea tu pulak boleh datang tanpa diduga. Kadang-kadang masa tengah bawak kereta, tengah lepak tengok bola dekat kedai mamak, jalan kaki nak beli makanan kucing atau tengah mandi dalam bilik air pun idea boleh datang.

Aku cerita pasal idea ni sebab sekarang ni aku tengah mengalami satu situasi di mana aku tak mampu nak melahirkan sedikit tentang penulisan. Jadi, dalam masa beberapa hari ni habis segala buku yang ada kat dalam rumah yang elok terletak dekat rak aku selongkar baca. Nak cari idea, nak carik ilham.tak jumpa-jumpa jugak.

 Haihh.

Mungkin lepas ni aku kena bawak sebuah buku catatan kecik macam buku 555 kat mane-mane aku pergi hatta masuk jamban sekalipun. Mane tau idea masuk, terus aku boleh tulis.

Thursday, March 29, 2012

:: Tidak Bertajuk ::


Fikir dulu sebelum buat. Aku yakin kita selalu dijamu dengan peringatan begini. Tapi masalahnya, berapa ramai yang faham apa itu fikir dulu sebelum buat. Hidup ini bukan untuk disia-sia. Kau boleh nak buat gila, nak jadi sesuatu yang unik, mungkin jadi seorang yang rebel, atau yang lain dari kebiasaan. Boleh. Tapi fikir dulu sebelum buat.

No I can’t, erase the things that i’ve done

Jangan sampai engkorang menyesal di kemudian hari

Tuesday, March 27, 2012

:: Perihal Etika di Malaysia ::

Baru-baru ni gua terbaca dalam blog obefiend perihal dia bercuti di Singapore dan bagaimana Perdana Menteri Singapura yang masa tu sedang diescort oleh anggota keselamatan berhenti memberi laluan kepada pejalan kaki untuk melintas jalan. Itu situasi yang berlaku di Singapura. Kalau di Malaysia, jangan harap boleh dapat macam tu. Even itu jalan kau sekali pon, bile VIP lalu nak tak nak kau kene bagi dia jalan dulu.

Perihal PM Singapore ni mencerminkan sebuah etika. Etika patuh kepada undang-undang. Undang-undang tercipta untuk semua. Tak kira sama ada engkorang ni seorang Menteri sekalipun atau seorang homeless di jalanan, undang-undang tetap sama ke atas setiap individu. Kita hairan kenapa masyarakat Malaysia susah sangat nak patuhi undang-undang, tapi rakyat negara jiran kita ni boleh. Sebabnya, pemimpin mereka sendiri menunjukkan contoh.

Macam ni lah. Setiap kali ada kempen keselamatan jalan raya atau masa-masa cuti perayaan, ramai betul VIP dan Yang Berhormat masuk TV, surat khabar, buat kain rentang suruh rakyat Malaysia pandu cermat dan berhemah.

Tapi kadang-kadang diorang sendiri yang bawak laju tak ikot undang-undang. Dengan title VIP atau YB dan diiringi konvoi keselamatan dan van-van mewah, mereka-mereka ni laju je memecut dekat lebuhraya. Dah lah bawak tak ikot had laju, lepas tu nak tak nak kita pon terpaksa ketepi untuk bagi laluan dekat diorang ni sume lalu.

Itu satu contoh. Banyak lagi contoh pasal etika tapi gua bagi contoh yang selalu kita boleh nampak. Rasional yang kita boleh Nampak dekat sini adalah kepimpinan melaui teladan. Kalau nak suruh rakyat jadi warganegara yang baik, yang mematuhi undang-undang, sebagai pemimpin anda jugak patut menjadi contoh dengan mematuhi sendiri peraturan yang sedia ada. Kalau pemimpin sendiri gagal nak patuhi peraturan, maka mohon jangan berharap rakyat untuk mematuhi peraturan.

Jangan sibuk nak pum pang pum pang dekat parlimen bincang pasal kadar kemalangan jalan raya Malaysia antara yang tertinggi di dunia dan cara mengatasinya kalau engkorang sendiri atas alas an kerja sambil diiringi konvoi pecut laju nak haram tak ikot had laju.

Even Perdana Menteri Britain pon dalam nak ajak rakyat Britain kurangkan penggunaan kereta dan membudayakan hidup sihat sanggup berbasikal untuk pergi ke pejabat.


source: Malaysia-today.net


Don’t Say about ethics when you also don’t have an ethics.


Chalo.assalamualaikom

Monday, March 26, 2012

:: JiKaku SeOrang Robot ::


jikaku seorang robot
nombor-nombor darahku
jasadku import export
besi logam dagingku
sinar matahari solar
nyawaku tenaga letrik

otakku macam peluru
bernafas pon tak perlu
meneliti lebuhraya
mengawasi pasaraya
mata-mata dari angkasa

jikaku seorang robot
tak perlu ada komplot
kawan-kawan semua robot
25 jam sehari
8 hari seminggu

jikaku seorang robot
nombor-nombor darahku
tak perlu ada komplot
besi logam dagingku
jasadku import export
meneliti lebuhraya
mengelilingi angkasa
jikaku seorang robot

Monoloque memang tak pernah berhenti buat aku kagum. kalau engkorang teliti balik lirik-lirik dekat atas ni, banyak unsur sinis dan perli yang dia bagi. paling sinis gua rase adelah
Jikaku seorang robot, tak perlu ade komplot
PADU.chalo

Sunday, March 25, 2012

:: CURIOSITA DaN SeBuah JaWapaN ::

Tatkala aku tengah-tengah dalam mood cuti sem ni, maka masa-masa macam ni amatlah tervaek untuk aku menyelami seberapa banyak mungkin pembacaan dan mengasah gaya penulisan yang dah makin berkarat sebab kurangnya sifat membudayakan aktiviti membaca di unibersiti.okay bukan gua tak membaca, cuma aku akan bukak buku bile nak buat assignment.

Setiap dari kita mempunyai pelbagai persoalan yang berlegar-legar dalam akal fikiran. Ade beribu macam persoalan dan pertanyaan yang sering kita rase nak tau ape jawapan untuk setiap yang terlintas dalam hati kita. Kalau ikot buku yang sedang aku baca sekarang, perasaan curiga dan tertanya ni adalah curiosita.

Kalau kita imbau balek mereka yang ternama menurut sejarah seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Al-Khawarizmi, Leonardo da Vinnci dan sebagainya nama tokoh, engkorang pegi baca sendiri, jangan nak malas sangat, kebanyakan dari mereka ade sifat curiosita yang tinggi dalam diri sendiri. Sebagai contoh, Leonardo da Vincci rase hairan macam mane burung boleh terbang dan dia teros kaji cara burung terbang dan lakarkan dalam buku yang mana prinsip ni kemudian dipakai dalam penciptaan kapal terbang dan paying terjun

Itu contoh dari tokoh. Kalau aku, aku pun ade beberapa rase pertanyaan. Salah satu yang aku rase hairan ialah, kenapa kalau orang islam bina masjid besar-besar tak ade pulak orang india dan cina nak bising-bising, buat demonstrasi, memorandum bagai. Tapi bila je agama hindu contohnya nak besarkan kuil, beratur berbagai NGO yang kadang-kadang aku pun tak pernah tau wujud ke tak NGO tu.

Sedangkan kalau nak ikot logik, kebebasan agama itu hak individu. Keimanan letak pada hati, bukan letak pada besar mana masjid terbina, atau mewah mana masjid itu dihias. Kita kata nak jaga agama islam tapi bile kita wat demonstrasi macam tu tak ke mencerminkan sedkit perspektif buruk dari kalangan penganut agama lain yang tiada sifat bertoleransi dalam agama islam.

Itu persoalan yang ada dalam diri aku. Tapi aku tak pernah terdetik nak bertanya dekat siapa-siapa sebab yang pertama isu agama ni sensitif dan yang kedua aku berani jamin silap haribulan aku kena maki balik dengan macam-macam kata walhal aku hanya memerlukan jawapan. Ini satu lagi masalah. Orang bertanya sebab tak tahu, in the end kene marah sebab bertanya. Maka makin lagi malas untuk kita teros bertanya. Hanya ikot apa yang terbentang depan mata.

Dan macam tu jugak yang terjadi dalam system pendidikan negara kita hari ini. Sebagai pelajar, dah konfem-konfem sifat curiosita ni membuak-buak dalam diri pelajar. Tapi sistem pembelajaran kita yang ada hari ini menuntut pelajar untuk menghafal apa yang dah dibagi dalam buku sebab apa yang dihafal dalam buku adalah apa yang akan keluar dalam soalan periksa. 


Dan sampai ke sudahnya kita tidak melahirkan manusia, sebaliknya berterusan memproses mesin photostat dan robot-robot sistem. sebab kita tidak diberi peluang untuk bersifat ingin tahu dan bertanya tentang sesuatu jawapan dan persoalan.
Chalo.assalamualaikum