Thursday, September 27, 2012

22. Harapan. Impian.

Rasanya macam baru semalam gua bermain gelongsor dekat tadika. Macam baru semalam gua menangis masa mula-mula nak masuk tadika. Habis satu taman dengar gua melalak first time nak masuk tadika. Bile pikir balek buat malu gua je dekat golongan makwe-makwe sebab menangis kalah gaya Uda dan Dara. Ahh, bebudak lagi masa tu, ape nak piker ye dak?

Dan gua jugak rasa macam baru semalam masuk tahun satu sekolah rendah. Belajar gosok gigi dengan nurse dekat sekolah. Gigih bawak berus gigi dengan cawan gambar kartun dragon ball pergi sekolah.

Rasanya jugak macam baru semalam gua amek peperiksaan UPSR. Baru semalam gua rasa gua dapat 5A dalam UPSR. Berlari satu sekolah gua time tu. Mane taknya, sepupu dah janji satu A RM10, so kalau 5A dah dapat RM50. Itu la first dan last time sepupu gua nak buat janji macam tu, lepas tu tak berani nak buat dah.

Seperti baru semalam rasanye daftar masuk SEMESTA dekat Raub. Belajar duduk dekat asrama. Pejam celik pejam celik, 5 tahun dekat sekolah dah habes rupanya. Macam-macam hal berlaku sepanjang masa tu. PMR dan SPM pun dah habes.

Masa berlalu begitu pantas. Teringat lagi masa mula-mula daftar masuk diploma kat KUIS. Tup tup, dah habes diploma, dah selamat bergraduasi dan sekarang sambung pulak degree.

Dan sekarang, sedar tak sedar rupanya sudah berusia 22 tahun sudah diri ini. Baru tetibe terase diri ini tua. Tapi tak mengapa, masih ramai yang mengatakan gua bagai remaja yang baru berusia 16 tahun. Hihi. Gua terima itu sebagai satu pujian dengan penuh kembang kuncup.

Menginjak usia 22 tahun, banyak lagi sebenarnya yang masih belum dapat direalisasikan. Dalam hati banyak lagi benda yang ingin dicapai. Banyak lagi harapan dan impian yang ingin dikejar. Walau tak semua harapan dan impian itu dapat dicapai. Mungkin akan ada impian yang tak mungkin untuk saya capai.

Cita-cita gua dari kecik nak jadi seorang peguam. Tapi sebab encik ayah tak bagi gua sambung dalam bidang undang-undang atas sebab-sebab yang sukar nak dijelaskan di sini, maka nak tak nak gua terpaksa sambung dalam bidang kewangan. Mula-mula gua cuak jugak. Mana taknya, sekolah dulu asyik G9 aje matematik dan add math. Kalau engkorang jadi gua mesti cuak jugak gua rasa.

Tapi betul kata seorang teman, kadang-kadang Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi Allah beri apa yang kita perlu. Dan mungkin jugak berkat ikut pilihan mak ayah, setiap semester gua berjaya dapat dekan, sesuatu yang mungkin sampai sekarang kadang-kadang diri ini susah nak percaya sebab masa jaman sekolah dulu, gua antara muka tetap kelas-kelas tambahan dan pemulihan sebab selalu dapat markah rendah.

Tapi walau apapun, di usia 22 tahun, gua mengharapkan mungkin akan jatuh dari langit sebuah telefon bimbit pintar atau skrin sentuh sebagai sebuah hadiah. Tapi, mungkin itu satu mimpi dan angan-angan yang mungkin hanya tercapai lagi 2 tahun. Mungkin. Kecuali kalau ada yang nak belanja.

Ok, cukup mengarut sampai di sini. Chalo. Assalamualaikum.


Sunday, September 16, 2012

:: Satu Masa ::

Dulu saya pernah terfikir, mungkin satu hari nanti saya akan mula cari jalan untuk kenal apa objektif saya hidup di dunia. mungkin satu hari nanti saya akan mula berasa penat dengan apa yang ada di sekeliling ruang hidup saya ini. mungkin ketika itu, menulis bukan satu lagi keghairahan, menonton tibi bukan lagi sesuatu yang mengujakan. Malah, mungkin satu ketika itu, menonton perlawanan-perlawanan Man United dan Harimau Malaya bukan lagi menginzalkan.

Baru-baru ini seorang sahabat menelefon. bercerita betapa dia benar-benar ingin berubah. Dalam erti kata yang laen hijrah. Dia bercerita kepada saya bagaimana tidak pernah sebelum ini dibuatnya solat di saf paling hadapan sekali di belakang imam. Dia bercerita bagaimana secara tiba-tiba sebaknya diri tatkala mendengar khutbah dari pak imam.

Dia juga menceritakan bagaimana beliau teresak-esak menangis berdoa kepada Allah agar diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu. Bagaimana tatkala beliau sujud di dalam solat, bagaikan slide show, kisah-kisah lampaunya ditunjuk satu persatu. Betapa banyak dosa telah dilakukan kepada yang Maha pemberi nyawa dan nikmat.

Dia insan paling bertuah aku kira. Diberi petunjuk dan hidayah dari Allah. Lebih manis, kesemua itu diberi pada penghulu segala hari. Benarlah kata-kata, "Hati itu Milik Allah. Hati kita, Hati saya, Hati awak, Hati kalian. Hati itu milik Allah". Sahabat itu juga memohon agar membantu dia untuk sama-sama cari jalan menuju Allah. Aku tersenyum. Dalam hati terpanjat rasa syukur dan gembira. Sahabat mana tidak gembira bila melihat sahabat yang rapat mahu berubah.

Melihat akan dia, aku kembali melihat diri ini. persoalan itu kembali terlontar. Bila pula masanya untuk aku? Sejak dari mula membaca sebuah novel dari Hlovate, hati kadang-kadang bertanya kepada diri sendiri, bila masa itu akan tiba? Bila hati ini akan mula mencari jawapan untuk mencari hakikat sebenar hidup di atas muka bumi ini? 

Akan tiba masanya nanti, bila mana semua yang ada di sekeliling ini tidak lagi mengujakan. akan tiba. Akan tiba nanti di mana masa itu, kita semua akan mula cari jalan pulang semula mengenal hakikat diri. Akan tiba nanti masanya kita akan berkata kepada diri, cukup, sudah.

Mungkin, masa menentukan. Moga Hidayah itu juga datang kepadaku.

Saturday, July 28, 2012

:: CaiR ::



ok, sesuai dengan tajuk lagu ni, serius gua memang cair dengan lirik dan susunan muzik lagu ni.
sekali lagi, narmi memang tak menghampakan. sempoi, harmoni dan ringkas, Narmi menunjukkan sebuah muzik yang bagos dan terbaek tidak semestinya kene ada segala macam instrument.
just a little twick on the guitar, powerful lyric and a harmony melody, well said, i'm melted. hihi

after all, a good song is about a good lyrics and melody.
love the lyric. ouh and the melody
ouh, okayh, i love everything about this song. Another 'ghostly' song from Narmi after Whirl.

Sunday, July 15, 2012

:: TenTAng SahaBat ::

Melalui minggu-mingu yang agak mencabar dan sangat sibuk sejak kebelakangan ini, membuatkan gua sendiri tidak perasan bahawa kita sebenarnya telahpun melepasi setengah tahun di tahun 2012 ini. Dan nampaknya, ramalan kalendar kaum Mayan yang mengatakan bumi akan kiamat pada tahun ini makin dilupakan oleh umat manusia seantero dunia.


Tolak ketepi pasal hari kiamat. Kerana Hari Kiamat adalah hak ekslusif yang hanya diketahui oleh Allah yang Maha Agung. Sebagai umat islam, apa yang mampu kita buat hanyalah berdoa semoga hati-hati kita ini ditetapkan untuk terus beriman dan beramal hanya kepada Allah yang Maha Esa.


Sepertinya hari ini, gua terasa mahu membebel sikit dalam blog gua yang sudah agak berhabuk ditinggalkan. Beberapa minggu yang berlalu kebelakangan ini, gua banyak memikirkan tentang kawan-kawan yang berada di sekeliling hidup gua sekarang. Seperkara yang terdetik di akal fikiran gua tatkala ini adalah, macam mana gua nak kenal pasti ini sahabat atau kawan?


Kalau engkorang tahu fesbuk gua, engkorang akan dapati, ade seribu lebih friends gua dekat fesbuk. Tapi mohon jangan tertipu. Bilangan friends yang ramai itu bukan bermakna gua kenal semuanya. Ade yang pesen-pesen add, borak 2,3 hari, pastu bertahun senyap. Ade yang pesen sekejap ade sekejap takde. Ade jugak yang pesen-pesen cube mengorat gua. Kah kah. Dan ada jugak yang setiapkali gua online akan terus berborak dan bercerita dengan gua sampai gua terpaksa offline buat-buat ade hal sebab dah tak larat nak berborak.


Namun begitu, dalam dunia realiti, member-member gua boleh dikategorikan banyak jugak. Tapi, tak semua yang jadi member gua itu akan sentiasa berada di sisi setiap kali gua amat memerlukan. Tak semua. Sebab itu, beberapa menjak ni gua banyak memikir, siape sebenarnya mereka yang betul-betul berada di sisi diri ini, menyokong dan memberi semangat tak kira taufan monsoon timur laut Afrika datang sekalipun, dia tetap di sisi.


Dan mereka ada tatkala gua memerlukan. Mereka ada tidak hanya ketika gua berhati ceria, tapi jugak di masa-masa gua memerlukan bahu dan tisu untuk bercerita. Dan sepertinya, orang-orang ini bukanlah layak untuk gua letakkan title sebagai kawan-kawan atau member-member. Tak layak. Sebab mereka sebenarnya layak untuk mendapat title yang lebih hebat. SAHABAT.


Tepat. Mereka adalah sahabat. Yang sanggup berdiri, duduk, bersila, menangis, ketawa, berlari, berjalan, dan memimpin tatkala gua amat-amat memerlukan. Yang akan duduk dan berkata “rileks ok? Aku tau kau boleh. Ko kan power” sambil tersenyum memberikan kekuatan. Mereka ini adalah harta yang paling tidak ternilai. Kata orang, hilang harta, kekayaan, pangkat sekalipun tak mengapa. Jangan kita hilang sahabat dan keluarga.


Dan untuk mereka-mereka yang terhebat, terima kasih sebab terus dan terus berada di sisi diri ini sehingga sekarang. Engkorang tak ternilai. Buat Zulhelmi, Apiz Mujib, Adilla, Iqtiyani, Acap nizam, Paan Zukri, Ajai, Husaini, Ikhwan, terima kasih sangat-sangat. Anda telah mewarnai hidup saya. Maaf untuk teman-teman lain, sebab tatkala entri ini tertulis, hanya nama-nama ini yang muncul. 


Tapi, untuk yang lain, jangan risau. tak bermakna kalau nama anda tiada anda bukan sahabat. Bukan. Kita semua tetap sahabat. Tetap. Sekali kita bersahabat, walau sekali kita bertegur, kita tetap sahabat. Sampai ke syurga. Insyaallah =)



Sunday, July 1, 2012

:: Akauntabiliti ::

sejak dari bermulanya semester baru awal bulan Jun lepas sampai ke awal Julai ni, ada saja kerja yang menanti untuk dibereskan. Dengan rutin-rutin harian selaku seorang pelajar Kolej Universiti (gua punye tempat belajar belum tahap Unibersiti lagi), dan dengan tambahan kerja-kerja persatuan lagi, fuhhh, kadang-kadang bila gua ade mase nak termenung mesti sangat bersyukur.


Sebut pasal kerja, gua tak nafi ade mase gua rase tak larat sangat dan rase tak mampu untuk menggalas jawatan yang gua sandang sekarang ini. Bukan mudah untuk menjadi seorang ketua. Bukan mudah. Siape-siape yang jadi ketua pesen-pesen tau mengarah je, gua rase baek lah engkorang tampar muka engkorang laju-laju.

Kadang-kadang member baek gua marah kat gua, tapi tak pernah pon nak ambik hati bila dia marah. Sebab orang bila marah ada dua sebab, yang pertama sebab kita ade buat salah, dan yang kedua sebab orang yang marah tu sayang dekat kita. oleh sebab itu, setiap kali kene ceramah, gua diam dan gelak. free kot dapat ceramah. tak payah nak pergi kedai beli kaset-kaset, CD bagai. hihi.

Apa yang gua paling terkesan dari ceramah sahabat baik adalah, setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Apa yang kau pegang sekarang ni bukan untuk dibangga-banggakan. Bukan untuk dijadikan tiket bermegah-megah. Apa yang ada dekat kau sekarang ni adalah ujian. Ingat, Allah nak uji manusia selalu dengan harta, pangkat, wanita dan keluarga.

Dan bila mana Allah menguji, itu tanda dia sayang. Allah uji dengan pangkat, supaya aku sedar akan amanah. Cakap pasal amanah, amanah ni bukan satu benda yang boleh buat main-main macam jaman-jaman kecik dulu. Main masak-masak jadi ayah, jadi mak, jadi bos. bukan. Amanah ni sangat berat. dan kalau engkorang sedar amanah ni berat, mesti setiap hari engkorang akan merendah diri berdoa kepada Allah semoga dipermudahkan dalam memikul amanah.

Dan, itulah dia tonik setiap kali gua rase penat dan tak larat. Kadang-kadang bila gua tengok makcik-makcik cleaner dari indonesia yang dok bersih tandas asrama tiap-tiap hari tanpa jemu, gua jadi malu sendiri. Makcik-makcik tu begitu setia dan amanah buat kerja. Walau kotor macam ladang lembu sekali pon tandas asrama, tanpa geli-geli diorang bersihkan balik nampak macam tandas hotel 5 bintang.

Dan hari itu, gua dapat satu pelajaran baru bukan dari pensyarah, doktor mahupun profesor. tapi dari makcik cleaner. Pelajaran tentang amanah dan istiqamah.

Friday, June 8, 2012

:: WordPlay ::



if you can recite and singing this song fluently
without making any mistakes or damage your tongue
well i supposed

you're awesome dude!
kah kah kah
this song make me crazy all the times. it has been for four years, i think since the first time i heard this song, but still, i barely can't sing this fluently.and the part that i can sing fluently is when jason mraz sing

LALALALA~
chalo.

Tuesday, June 5, 2012

:: Global? ::

Sejak dua menjak ni saya banyak berfikir. Kadang-kadang saya rasa saya punye pemikiran kalah Einstein. Cuma mujurlah saya tidak berupaya untuk mencipta teori-teori baru berkaitan dengan keapungan dan tindak balas. Kalau tidak, saya sendiri tidak tahu apa akan terjadi ke atas alam semulajadi dan jugak alam dunia ini.

Cukup dengan permulaan yang mengarut. Sejak dua menjak ini, saya banyak memikirkan tentang globalisasi.  Ya globalisasi. Disebabkan kadar kemalasan yang tinggi untuk menulis di blog, masa-masa yang malas diisi dengan megintai-ngintai blog-blog yang bersepah di seluruh internet.

Jadi, tetibe terlintas di hati kecik, apa kata kalau aku cuba menglobalisasikan blog aku. Maksud aku di sini, cuba untuk menjadikan blog aku ini bukan takat duduk dalam Malaysia, tapi boleh melangkah keluar dari sini. Ok, blog aku tak ade kaki, tangan, badan. Jadi jangan bangang-bangang cube fikir macam mane blog aku nak melangkah. Aku yang akan bawak blog aku keluar.

Dan macam mana aku nak pergi menjadi globalisasi? Jadi, kalau engkorang semua perasan, medium pertuturan standard yang diterima pakai satu dunia hatta kau berada di Ulanbaatar di Mongolia mahupun di La Paz, Bolivia, adalah bahasa Inggeris. Nak atau tidak, awak dan saya kene terima hakikat bahasa yang boleh jadi perantaraan lebih 7 bilion penduduk bumi sekarang ini adalah Bahasa Inggeris.

Maka, melihat akan situasi macam ini, aku terasa nak buat percubaan untuk letakkan beberapa entri aku ke dalam bahasa inggeris. Seperti yang aku cakapkan, ini percubaan. Percubaan untuk cuba membawa blog aku lebih jauh lagi. Sebab kalau aku lihat pada statistic dekat blogger, kebanyakan pengunjung luar negara datang dari Brunei, Indonesia, Singapura dan Sri Lanka? Okay, Sri Lanka boleh diterima sebab aku ade dengar-dengar djaman British dulu ade penduduk Melayu yang dihantar ke negara-negara koloni British yang laen.

Dan jugak, apa yang aku harapkan bila mana aku membuat percubaan untuk menulis dalam bahasa inggeris nanti adalah, komen balas tentang entri lebih bersifat kepada perbincangan dan pencerahan ilmu. Gua bukan ape, selalu gua tengok kalau meleis-meleis ni kebanyakan komen bersifat kepada emosi dan perasaan, walau ada fakta. Jadi, kalau kita tak bersetuju dengan pendapat seseorang, kadar kemungkinan untuk dimaki dan dicaci agak tinggi jugak.

Berlainan dengan orang dari Barat, apa yang aku perhati, mereka jarang sekali untuk bertikam lidah tentang sesuatu isu. Malahan, perbincangan diorang juga lebih terbuka dan akan menghasilkan sesuatu dan lebih kepada berfikir. Mungkin ada jugak nilai-nilai dari Barat yang baik yang boleh kita ikot dan ambil sebagai contoh.

Terakhir, gua sendiri tak tahu nak habiskan macam mane untuk ayat penutup ni.  Semakin lama kosa kata yang gua pakai sudah makin berkurang. Ini satu perkara yang merisaukan. Kekurangan kosa kata bermakna kurangnya ayat-ayat atau perkataan yang boleh ditulis untuk menjadi sebuah entri berpuaka. Dah, sebelum gua melalut lebih, lebih lagi, lebih baik gua undur diri dan mengharapkan rancangan untuk menjadi global terlaksana.

 Chalo.