Wednesday, May 22, 2013

:: ToLoNg JaDi ::

Tolong jadi
Seseorang yang aku boleh banggakan.
Seseorang yang boleh aku kisahkan.
Seseorang yang boleh aku ceritakan.

Tolong jadi.
Seseorang yang aku hormatkan
Seseorang yang aku sayangkan
Seseorang yang aku senang.

Sebab
Hati aku sudah mula untuk berhenti
Untuk mengimpi
Untuk bermimpi
Kau jadi seseorang yang aku mahu jadi.

Tapi
Hati sabar memahami.
Mungkin kau tidak mengerti.
Cuma diri
Cuba belajar untuk tidak membenci.

Sebab
Aku cuba yakinkan diri.
Satu hari nanti
Kau kembali
Jadi seseorang yang aku mahu jadi.

Wednesday, May 15, 2013

:: ThAnk You Sir ::




Thank you.
For the wonderful years.
your legacies
remain.

The Greatest Manchester United Manager
forever.
your name will be written
in the history.

Monday, May 13, 2013

:: KonSpiRasi BiSinG InteRnaSioNaL ::


Panik dunia.
Panik Semesta.


Sekadar memori.
Melihat Radhi yang berwajah baru di Masterchef.
Hati rasa sebak.
Melihat bagaimana dia cuba atasi segala kekhilafan di masa lepas.
Dan muzik mereka dahulu yang mewarnai zaman-zaman remaja.

Sunday, May 12, 2013

:: PeLiK ::


Sebenarnya hairan. Ya hairan. Suatu kepelikan yang mungkin tidaklah pelik kelihatan di mata orang lain, tapi cukup saja andai diri ini yang merasakan satu kepelikan. Dan mungkin anda sedang merasa jelik melihat saya sikit-sikit mengguna pakai perkataan pelik.

Sesuatu yang pelik kerana sejak dua tiga menjak ini, semakin sedikit penulisan yang dicurah. Ayatnya pula semakin meringkas. Hanya sekadar beberapa baris dan bahasa juga rasanya ada sedikit puitis. Rasanya lah. Mungkin sudah masuk fasa kematangan dalam berbicara? Sedikit bicara asal isi ada.

Dan mungkin jugak atas dasar pengaruh. Kebelakangan ini masa terhabis dengan menggeledah segala buku puisi dan blog yang ayat lebih ikhlas dan puitis. Yang pendek kata mereka menulis bukan kerana mahu terkenal semata-mata, tapi lebih terarah sebenarnya kepada kepuasan. Dan keikhlasan yang terzahir di atas kepingan kertas yang menghasil bait-bait cantuman aksara yang cukup indah menyentuh hati.

Sebenarnya, ada rasa sedikit sesal tidak membeli Kamus Dewan semasa di Pesta Buku tempoh hari. Ah, itu lagi pelik. Eh, pelik-pelik lah aku ni. Ringkasnya, mungkin kepelikan ini sementara. Atau mungkin jugak selamanya.

Friday, May 10, 2013

:: BeSaR ::



Saat kita mula berbicara
Segala perihal masalah Negara
Masalah demokrasi Negara
Pasukan bola kita yang masih tak kemana
Cerita juga pasaran kewangan dunia
Dan masa depan juga cita-cita


Saat itu aku tersedar.
Kita sebenar.
Sudah besar.

Sunday, May 5, 2013

:: Pelangi Origami ::



Dulu kita pernah sama-sama
Di masa pendidikan seni
Dengan sebuah kreativiti
Dan cikgu yang sabar mengajari
Reka cipta sebuah origami.


Dan kau cipta origami itu
Dengan satu kertas warna putih
Dan aku pula
Cipta origami yang aku reka sendiri
Dengan warna merah
Dan teman kita yang lain
Pelbagai warna yang cukup meriah.


Lantas kita gabung
Umpama di bawah satu bumbung
membentuk origami yang bersambung
Semua warna bertembung.


Dan kini
Ternyata di setiap laluan yang ditempuhi
Ada masa rindu bertamu di hati
Kenangan itu mengusik kembali
Teringat zaman kita masih mengejar mimpi
Di dalam dunia yang riang tidak dicemari
Umpama gabungan bentuk origami
Yang kita bentuk jadi warna pelangi 

:: Aksara yang Hilang ::



Memandang dada langit yang terbentang
Jari yang runcing ku tunjuk terlentang
Sambil mata memandang
Ku cuba garis aksara yang terbayang


Tapi sayang
Umpama garis bayang-bayang
Tiada aksara yang dapat ku pasang
Di dada langit yang kelam tanpa bintang


Ku cuba cari kamu yang tersayang
Agar dapat kiranya ku terbang
Mencari sebuah aksara yang hilang


Mungkin kamu yang pegang
Kunci baris yang cuba dipandang


Sebuah aksara yang hilang
Adakah mungkin dapat ketemu jalan pulang?