Sunday, February 23, 2014

:: 1 ::



Di penghujung malam selepas hari berganti.

Dia berbaring di atas rumput di padang permainan yang terletak di hadapan rumah. Sambil melihat langit di atas yang terang dihias bintang-bintang bersinar. Bagai di hujan dengan sang kelip-kelip. Perlahan-lahan dia melihat bintang bagai bergerak melakar wajah seseorang yang buat hati sering tidak keruan.

Dia tahu dia rindu.

Tuesday, February 18, 2014

:: Kemarau ::


Seperti mana kala ini kemarau melanda.
Seperti itu juga idea di dalam kepala.
Perahlah sekuat mana.
Satu abjad tidak tersurat juga.

Kering.
Ah, moga musim hujan cepat tiba.

Sunday, January 26, 2014

:: Sarang ::



Terbanglah tinggi mana
Hatta di penghujung galaksi angkasa
Jalanlah sejauh mana
Hatta ke benua Antartika di sebelah sana
Berenanglah sedalam mana
Sehingga ke lantai lautan yang gelita

Di satu masa
Di satu ketika

Pasti

Ya pasti
Kau akan rindu untuk kembali
Ke daerah ini

Mecanting pelangi
Meniti mimpi.
Melakar memori.

p/s: ini bukan 'Saranghae'

Saturday, January 25, 2014

:: Si Buta Di Tengah Kota ::



Di satu hari.

Terlihat seorang buta sedang menunggu keretapi. Ke mana arah destinasi tidak terketahui. Hanya berbekal tongkat buat panduan arah, segalas beg dan juga sebekas besar tisu untuk dijual. Yang di sekeliling tidak ada yang endah. 

Seorang wanita sedang ralit bermain telefon pintar. Disyaki sedang cuba meng’unlock’ level 101 Candy Crush. Kelihatan seorang lelaki pula yang beradius satu meter dari si buta sedang mengetap bibir sambil menggeleng kepala melihat Ipad. Kemungkinan beliau diremove oleh ramai friends akibat kerap menghantar tiket Candy Crush.

Star-Putra tiba di stesen. Si lelaki dengan pantas terus masuk ke dalam sambil mata masih melekap di Ipad. Si wanita pula sedang sibuk menekan-nekan butang kekunci sambil berjalan masuk ke dalam gerabak. Tinggal si buta terkapai-kapai mencari arah menuju ke dalam gerabak.

Tiba-tiba, tongkat si buta diambil. Tangan si buta dipegang. Dipimpin.
 
Ke mana?

Friday, January 24, 2014

:: Terus ::


Dan tetap juga aku akan menulis walau satu baris.
Kau kena tahu.
Aku akan tetap terus.
Tetap terus.