Sunday, October 9, 2011

:: Secrets Dan Rahsia ::


Di dalam diri semua manusia yang berakal mesti ade tersimpan berbagai jenis kisah dalam diri die. Dari jaman die sudah boleh menyimpan memori sampai ke tahap die akan hilang kembali memori. Berbagai kisah dan berbagai cerita.

Dan dengan berbagai kisah dan cerita tu dah tentu-tentu ade yang mahu disimpan kemas-kemas sebagai rahsia. Ye rahsia.kisah yang hanya ingin diri kita sendiri tahu. Yang hanya diri kita yang alami. Cerita yang tak mungkin akan kita kisahkan dan hikayatkan kepada orang lain.

Ade berbagai sebab kenapa kita memilih berahsia. Ade yang takut untuk menceritakan sisi gelap dalam diri die. Ade yang takut diprejudiskan dan disisihkan oleh sahabat, keluarga dan masyarakat. Ade yang merasakan adelah lebih baik itu semua tidak diketahui atas sebab hanya diri kita sendiri yang mengetahui.

Mereka memilih menjadi perahsia hanya untuk merasa carthatic atau rasa lega dengan menyimpan sesuatu benda yang taknak orang lain tahu.

Walau apapun alasan, jangan jadikan rahsia sesuatu yang menggugat kedamaian hidup. Dah kalau berhutang dengan along yang mengganggu bukan setakat mental dan fizikal, sile lah jangan berahsia. Mungkin kita rase kadangkala rahsia disimpan sebab tak nak menyusahkan orang lain atau takot orang lain sisihkan kita, tapi percayalah, ramai yang mahu menolong. Ramai lagi mempunyai hati sesuci air jernih di syurga.

Tetapi, itu semua atas pilihan. Rahsia tetap rahsia kan? Hanya dalam diri saje yang tau ape dan kenape kita memilih untuk berahsia.

Chalo.assalamualaikom



Saturday, October 8, 2011

:: JanGaN NaK TuNjuK PaNdai ::

Semenjak dua menjak ini, ada satu perkara yang menjadi bualan ramai baik di peringkat golongan rakyat marhaen sehinggalah kepada pakcik-pakcik yang duduk di dalam sebuah dewan yang dipanggil dewan rakyat tapi kerjanya gadoh mulut, tak puas hati merajok keluar dewan dan jugak kalangan tokoh-tokoh korporat dan figura-figura pujaan ramai.


Isu yang menjadi hangat diperkatakan sekarang ini adalah tak lain tak bukan berkaitan dengan isu perlaksanaan hukuman hudud. Isu ini menarik perhatian ramai mengenai sejauh mana hukuman hudud ini boleh dilaksanakan di dalam negara Malaysia yang berbilang bangsa.



Tetapi apa yang dikesalkan di sini adalah mengenai komen-komen dan jugak pendapat-pendapat yang dikeluarkan dan diutarakan oleh sesetengah pihak. Kalau engkorang perasan, di dunia siber terutama sekali blog ramai sungguh yang mengeluarkan kenyataan berkaitan hukum hudud ini.


Tapi kadang-kadang sesetengah pendapat itu dikeluarkan dari mereka yang bukan betul-betul faham pasal hukum hudud ni. Ye betul, tak semena-mena ramai yang bidan terjun jadi ‘ustaz’ dan ‘mufti’ yang kononnya celik mengenai agama. Engkorang tahu tak bahaye kalau seseorang yang bukan arif dan pakar dalam sesuatu bidang keluar kenyataan terhadap sesuatu bidang yang bukan dia tahu sangat.


Aku bagi contoh dekat sini kalau engkorang sakit perut.perut memulas-mulas tapi bile cube melepas tak nak melepas. Jadi engkorang decide nak jumpe doktor periksa perut yang bermasalah. Tapi doctor yang engkorang jumpe adalah doctor gigi. Jadah? Memang lah pakai title doktor jugak tapi bidang lain, mane nak tau ape ubat mujarab untuk saket perot.dia hanya tahu paling hebat tentang gigi tetapi dalam bidang lain mungkin hanya sedikit saje.


Begitu jugak dalam kes hukum hudud ni.lagi-lagi kita semua maklum hukum hudud ni adalah perintah dan hukum Allah. Tolong jangan maen sembarang cakap dan bagi kenyataan yang bertentangan dengan apa yang Allah telah perintahkan.


Lagi satu implikasi nanti akan jadi kekeliruan berkenaan hukum hudud ni. Benda yang sepatutnya jadi baik akan Nampak buruk bila orang yang tidak ade pengetahuan membuat sebarang pernyataan yang tidak berkaitan atau lain dengan maksud sebenar hukum hudud ni.



Jadi konklusinya, biarlah mereka yang ahli-ahli dalam bidang ini yang membuat kenyataan. Tentang bagaimana dan cara hudud mahu melaksanakan jugak kita biarlah para mufti dan ulama’ ini yang beri kenyataan. Dan mungkin jugak kita yang golongan kebanyakan ni yang ilmunya masih belom penoh tak salah pergi kedai buku carik kitab fiqah imam syafie.dekat situ ade diberikan penerangan pasal hudud.


Atau pergi masok laman web contoh macam ustaz asri punye laman web yang ade memberikan kenyataan berkaitan perlaksanaan hudud. Bace dan paham dulu macam mane nak dilaksanakan hukuman hudud di Malaysia.bace, fahami dan pelajari.



Ingatlah, hukum Allah sentiasa relevan sehingga ke akhir zaman.semoga kita semua dirahmati dan bersatu padu


Assalamualaikomm.

Thursday, October 6, 2011

:: Selamat Hari Jadi Ibuku ::

Dalam mendasari hidup di muka bumi ini, di sebalik wujudnya Na’im Noor’Alim di pentas dunia ni, hadirnya ditanggung seorang insan yang bernama ibu. Ya, ibu yang mengandung selama 9 bulan. Selama 9 bulan itulah ibu ke sana ke sini menjaga kandungan dengan menatang minyak yang penuh.


Kala ini, 21 tahun sejak bermulanya kembara di atas pentas dunia ini, insan yang aku panggil ibu itu masih lagi dengan sikapnya yang penuh penyayang itu, sabar, tegas dan jugak penuh dengan peringatan.


Kata orang biarlah sesedap mana sampai masuk jalan-jalan cari makan sekalipun sesuatu makanan itu, tapi masakan ibu jugak lah tetap di hati. Air tangan ibu jugak lekat di sanubari. Tak nafi kata-kata tersebut, sebab pade diri aku semua masakan ibu sedap-sedap. Namakan ape saje, konfem ibu boleh buat. Kadang-kadang rase ibu ni masterchef pon ade jugak sebab banyak sangat makanan ibu boleh masak baik tempatan atau antarabangsa.


Bukan nama ibu kalau tak marah-marah. Biaselah. Ibu marah sebab ibu tak nak anak dia jadi bukan-bukan. Ibu marah sebab ibu sayang. Ibu marah sebab ibu nak anak dia jadi seseorang, bukan tiada orang.


Garang-garang ibu, tapi ibu jugak lah tempat aku bermanja-manja. Sampai ke hari ni kadang-kadang ibu yang tolong korekkan telinga. Nampak sangat terlebih manja anak ibu yang sorang ni.kan kan?


Kadang-kadang bila tengok ibu penat sorang-sorang, kesian jugak.tapi slalu ibu penat sebab kitorang yang buat sepah. Dah sepah tak reti nak kemas balek. Ibu, mintak maaf. Kitorang adik beradik akan cube belajar untuk lebih mendisiplinkan diri lagi. Tak nak kasi ibu penat-penat sangat.



i love u ibu. i want you to smile always. thanks for all the charming love and happines.for all the moment you have been with.and this heart will forever love you.the greatest woman in my life


Tak nafikan jugak, ibu adalah seorang pendengar yang sangat memahami dan prihatin. Eversince kalau ade ape-ape masalah, semuanya banyak cerita kat ibu. Baik dari siape member, result, pelajaran, perhubungan dan macam-macam lagi, biasenya cerita kat ibu dulu baru lepas tu kasitau abah. Sebab mungkin kadang-kadang rapat dengan ibu kot.


Teringat pulak untuk open house yang baru lepas ni. Cakap dekat ibu buat laksa lepas tu buah-buah sikit lah, yang penting jumpe member sekolah. Sekali ibu pergi masak banyak betol dengan rendang, kuah kacang, hotdog, kentang ape sume lagi.terima kasih ibu =)


Ke hadapan ibu, ketahuilah sesungguhnya, dalam sudah ramai orang yang Naim jumpa sepanjang 21 tahun ni, ada yang datang dan ade yang pergi. Tapi kalau ibu nak tau, ibu tetap selamanya di hati. Ibu dah banyak mencorak diri naim yang hari ini. Berani, tak mudah putus asa, berfikiran positif dan macam-macam lagi.


Mungkin buat masa sekarang ini Naim tak dapat nak hadiahkan ape-ape lagi. Sebab takde lagi kemampuan nak belanja duet macam-macam, tapi Naim boleh menulis. Dan ini yang Naim lakukan.ini hadiah Naim untuk ibu. Sebuah tulisan yang datang nya dari hati. Sebuah tulisan yang menggambarkan betapa Naim sayang dan sangat hargai segala penat lelah dan pengorbanan yang telah ibu curahkan. Tulisan ini datang dari hati.ikhlas buat ibu.



Semoga di hari-hari mendatang, ibu tetap ceria dan bahagia menjalani kehidupan. Naim janji untuk menjadi anak yang terbaik untuk ibu, yang mampu membahagiakan ibu. Naim nak ibu selalu tersenyum bahagia. Kalau ibu bace blog naim ni, ketahuilah ini tulisan ikhlas dari lubuk hati Naim.

Selamat Hari Jadi Ibu. We all love you. Senyuman ibu, ketegasan ibu, kasih sayang ibu, belaian ibu dan semuanya tiada satu pun yang dapat terbalas. Ya Allah, rahmatilah ibuku.peliharalah dirinya Ya Allah.curahkanlah rezeki yang mencurah-curah kepadanya.Amin


I Love you ibu. Selamat Hari Jadi ke 46 buat ibu tercinta Rohaizan Binti Ramli 

:: SoPaNLaH SiKiT ::

Semenjak pembangunan Arpanet yang merintis kepada penciptaan internet yang akhirnya menjadi nadi kepada perhubungan manusia jaman pasca perang dunia kedua, dunia semakin bergerak pantas. Arpanet asalnya dibangunkan oleh Pentagon dalam usaha untuk merisik secara senyap kegiatan musuhnya semasa era perang dingin tak lain tak bukan Soviet Union.


Namun semenjak runtuhnya blok soviet sekitar tahun 1980 sehingga 1990-an, internet akhirnya dikomersialkan. Sementelah dengan dikomersialkan internet, bermacam program dan jugak perkhidmatan terus disediakan, menyahut kata-kata dunia tanpa sempadan.


Dan seiring dengan pesat internet dibangunkan, muncul pulak laman-laman sosial yang digepalai tak lain tak bukan fesbuk yang sekarang ni gua dah tak tau ape cerita sangat sejak syarikat dari Malaysia ambik alih. Lepas tu ade pulak muncul mespes, fesbuk dan twitter.


Baeklah, sekarang ini dua medium sosial paling terkenal adalah fesbuk dan twitter. Apa yang bes adalah di sini engkorang boleh menghadpate dan berkongsi apa saja perkara yang korang lakukan pada hari tersebut. Tak kesahlah lauk masak hangit ke, kentut tak lawas atau apa sahaja engkorang boleh tulis.


Tapi disebabkan dunia siber ni tak ade undang-undang khusus, makanya segala kata-kata tersebut tak perlu ditapis seperti mane hantu bonceng sebelum nak tayang kena tapis dulu dengan Finas. Tak perlu wahai gadis-gadis dan brader-brader sekalian.


Tapi apa yang menjengkelkan gua di sini adalah gaya bahasa yang diguna pakai di dalam menghapdate status tersebut. Bukan gua cakap gaya bahasa kena skema ibarat menulis esei spm, tapi nada bahasa yang dipakai kalau boleh tu kene lah berhemah sikit.


Ini kalau dah marah tu gua tengok kadang-kadang gaya bahasa yang agak kesat dan tidak kena dengan norma dan dogma yang diamalkan masyarakat negara Malaysia ni. Mencarut bukan maen sampai kadang-kadang gua pun naek tensen tengok. Asal gua online je status mesti nak mencarut dan memaki. Gampang betoi la awok ni.kih kih


Akibatnya ade yang gua remove sebab stress sangat tiap-tiap hari tengok ade je yang tak kene. Macam dia aje perfect. Dan apa yang gua perasan selalunya status begini banyak di hapdate oleh golongan feminin dan KADANG-KADANG golongan maskulin.


Terutama yang feminin, engkorang tak malu ke kalau-kalau bakal mak mertua, pakmentua, ipar duai ade fesbuk Nampak status maki-makian engkorang. Kalau sekali dua tak kesah lah mungkin stress sangat, tapi kalau dah selalu gua rase mesti bakal mak mentua pon piker banyak kali nak buat jadi menantu. Hilang gaye lemah lembut dan ayu yang simbolik dengan seorang wanita kalau suka sangat mencarut dan memaki. Hihi


Gamoknye kalau cikgu pendidikan islam dan moral nampak, hancur luluh hati dia. Sia-sia dia mengajar pasal akhlak dan nilai murni kalau bahasa yang ditunjukkan tak menampakkan yang kita semua ni satu ketika dulu pernah ambik matapelajaran pendidikan islam dan moral pade yang bukan islam.


Jadi gua jugak berpesan dekat diri sendiri dan jugak engkorang semua, lepas ni kalau nak hapdate status tu berhati-hati dengan kata-kata dan gaya bahasa yang digunakan. Mungkin nak lebih menusuk ape kata kita belajar bahasa sinis yang kalau dibaca memang sedap tapi yang terkena memang menusuk. Lebih inzal kan mencarut dengan gaya sopan dari gaya kasar? Hihi.


Chalo.assalamualaikomm