Tuesday, April 24, 2012

:: Berhiatus Sementara ::

Semenjak dua menjak ni, life aku rasa amat menekan aku. Dengan berbagai-bagai isu dan perkara yang berlaku dekat sekeliling aku, dari benda-benda yang melibatkan perhubungan, isu pendidikan, keselamatan, alam sekitar dan lebih memeningkan kepala politik yang tidak sudah-sudah. Di sana sini, masing-masing mendabik dada cuba memberitahu golongan marhaen seperti aku, kamilah juara, kamilah pejuang, kamilah pembela.

Ada masa aku jadi jelak. Badan aku bukan robot yang boleh dipaksa untuk bekerja sepenuh masa. Even kalau aku jadi Buzz Lightyear pon, ada masa yang terluang pasti aku akan mintak rehat sekejap untuk badan aku dicas semula mejadi lebih bertenaga.


Pokok utama di sini, tatkala ini aku memerlukan masa sebentar untuk berhiatus. Dengan kata lain mungkin aku boleh rumuskan ini adalah masa untuk bertenang dari segala jenis perasaan yang tak keruan. Aku tak pasti kenapa sejak akhir-akhir ni mudah sikit untuk aku letih. Perkhabaran dari doctor tadi hari yang kata mungkin aku kene buat satu lagi test, cukup untuk buat aku terus lagi rasa letih. Aku rasa dah macam jadi tikus makmal kene buat itu ini, diuji itu ini.

Jadi, aku ambil keputusan untuk berhiatus ini untuk menilai kembali diri aku. Memperbaiki diri lebih tepat dalam prosa di sini. Mungkin masa-masa menyepi macam ni boleh aku guna untuk perbanyakkan lagi bahan bacaan. Sejak seminggu ni, tak banyak benda yang aku baca. Mungkin itu penghalang untuk menghasilkan tulisan yang berkualiti dan berpuaka. Mungkin.

Dan untuk ini, kali ini nak undur diri sebentar. Woi, bagi aku rehat sikit lah. Heh, aku yakin tak seorang pun yang akan perasan pengunduran diri sebentar dari dunia penulisan ni. Tak mengapa. Bukan tahap dewata pun penulisan aku.monolog dalaman nak sedapkan hati sendiri.

 Eh tadi aku ada terbaca peraduan membuat warkah buat bonda di dada akhbar. mungkin tempoh bertenang begini aku boleh cuba asah kembali pensel 2B yang tumpul di balik bekas cawan?

p/s: jaga diri. Kali ini aku betul-betul maksudkan. Jaga diri naim

Thursday, April 19, 2012

:: Kita Jugak Hebat Sebenarnya ::

Masa gua kecik-kecik dulu, antara makanan yang suka dimakan adalah megi. Ok, magi itu adalah nama produk. Mee segera adalah produk yang terhasil di bawah jenama Maggi. Powernye pengaruh Maggi ni sampai Ruski, Cintan dan Mamee pun akan dipanggil Maggi. Padahal sepatutnya kita kene cakap, “ibu, saye nak makan Mee segera jenama Maggi”.

Baik, ketepikan dahulu isu jenama dan populariti. Saya nak bagitau, masa kecik-kecik dulu, kalau nak makan maggi mesti suruh cik ibu masakkan. Sebab saye tak reti masak. Jadi kekurangannya adalah setiap kali nak makan, ibu akan cakap, nanti tak pandai kalau asyik makan MSG. Saya nak makan tapi sebab tak reti masak maka terpaksa ditahan aje keinginan yang membuak-buak.

Tapi sejak masuk asrama, saya secara tiba-tiba reti masak Maggi. Maka saya boleh buat maggi sendiri tanpa perlu mintak bantuan cik ibu lagi.haa, itu satu kemajuan nampaknya.

Itu cerita yang pertama. Cerita seterusnya, semasa kecik jugak, saye suka berangan-angan bawak kereta sambil duduk dekat tempat pemandu dan pusing-pusing stereng. Paling best bile encek abah ajak pusing dalam taman duduk atas pangku dye sambil tangan control stering. Tapi pedal encik abah la yang tekan. Gua pendek mane nak sampai. Rase macam dah bawak kereta betul-betul je.

Lepas saya habes spm, terus buat lesen kereta. Tak payah nak ulang-ulang, cukup sebulan amek test jpj, dan tu dia, lessen P dapat. Dan sampai sekarang kalau saya rasa nak bawak kereta saya akan amek kunci kereta cik ibu atau encik abah, dan bawak sendiri. Haha. Heh, itu satu lagi tanda saya sudah ade satu lagi pencapaian.

Apa lagi perubahan yang berlaku sepanjang saya meniti usia nak masuk 22 tahun ni? Ouh ye, saya berjaya melepasi tahap demi tahap pendidikan dari tadika, UPSR, PMR, SPM dan diploma. Dan sekarang saya sedang cuba menghabiskan pengajian dalam peringkat ijazah. Kalau tarapapa, tahun depan sudah habis. Hey, cepat betol masa berlalu.

Apa yang saya cuba cerita ni sebenarnya? Saya Cuma nak cakap dekat engkorang semua yang diri kita ni sebenarnya adalah terbaek. Macam saya, mungkin pencapaian-pencapaian yang saya dah lepas tu adalah yang biasa-biasa, tapi saya tetap menganggap itu sesuatu yang hebat kepada diri saya.

Berhenti dari kita membezakan diri kita dengan orang lain. Orang lain mampu ke bulan, kita pun mahu ke bulan jugak. Itu hanya memberi tekanan kepada diri kita sendiri. Kita berjaya nanti bukan atas sebab kita mahu berjaya, tapi sebab kita nak atasi orang lain. Ini sama sahaja macam kita belajar sebab nak dapat pointer yang bagus, bukan sebab nak belajar ilmu itu sendiri.

Mungkin la kejayaan kita tu biasa-biasa sahaje. Tapi kalau kita kira-kira balik, kalau dicantum-cantum semua kejayaan kecik tu, akan nampak besar ye dak? Simple math u’oll.hihi

Jadi letak dalam minda, kita sebenarnya adalah yang terbaik jugak. Orang tak boleh memaksa anda untuk menjadi seperti orang lain, tapi anda boleh menjadi kan diri anda sesuatu yang mungkin boleh dijadikan ikutan oleh orang lain. 

Monday, April 16, 2012

:: Vanilla Twilight ::



The stars lean down to kiss you
And I lie awake and miss you
Pour me a heavy dose of atmosphere

'Cause I'll doze off safe and soundly
But I'll miss your arms around me
I'd send a postcard to you dear
'Cause i wish you were here

I'll watch the night turn light blue
But it's not the same without you
Because it takes two to whisper quietly

The silence isn't so bad
'Till I look at my hands and feel sad
'Cause the spaces between my fingers are right where yours fits perfectly

I'll find repose in new ways
Though I haven't sleep in two days
'Cause cold nostalgia chills me to the bone

But drenched in vanilla twilight
i'll sit on the front porch all night
Waist deep in thought because when i'm think of you
I don't feel so alone

I don't feel so alone, I don't feel so alone

As many times as I blink
I'll think of you tonight
I'll think of you tonight

When violet eyes get brighter
And heavy wings grow lighter
I'll taste the sky and feel alive again

And I'll forget the world that i knew
but I swear I won't forget you
Ouh if my voices could reach back through the past
I'd whisper in your ears

Oh darling I wish you were here

currently i'm working out my brains to brainstorm some of ideas for the upcoming entry. And there is some moment where you'll find yourself stuck in thinking of the words that suitable to put in your writing. And when you find yourself in a situation like i mention, the best way is to stop for a while and listen to a harmonious music and melody.

Better believe me. It's work!
chalo. 






:: SejeNak ::

Tiba-tiba teringatkan pantai dan laut. Ya pantai dan laut. Bangun dari tidor sesudah subuh tadi perut memekak mintak diisi. Tengok atas meja, ada sup ayam. Rezeki. Alhamdulilah. Ini semua terima kasih kepada yang Maha Esa atas rezeki dan jugak kepada puan ibu yang masak dengan kasih dan sayang kepada keluarga.

Berbalik kepada pantai dan laut. Kalau kalian pernah pergi ke pantai-pantai sebelah pasir barat, kalian akan dapati pasirnya berlumpur dan berbatu. Andai laut sedang surut, menarik air jauh dari pantai, nah satu pemandangan yang berlumpur, berbatu dan mungkin terselit-selit cebisan plastik dan botol di pantai.

Tapi, kira laut sedang memasang, air datang menutup pantai yang berlumpur dan berbatu. Masa itu, kita hanya akan nampak air sahaja yang memenuhi. Tiada pantai yang berlumpur, berbatu dan bersampah. Hanya air yang mengilau kalau terkena pancaran matahari yang panas. Air yang membiru. Heh, tapi kalau belah-belah Selat Melaka ni gamaknya laut yang menghitam dengan tumpahan minyak kapal kapitalis.

Batuan dan air itu ibarat turun naiknya hidup manusia. Bila kalian di atas, di saat yang gemilang, air laut yang memasang akan menutup batuan, lumpur dan sampah di pantai. Manusia hanya akan melihat kita yang hebat, tiada kelemahan. Mereka akan duduk merapat dengan kita, serapat yang boleh.konon mereka sahabat sejati sepanjang zaman.

Tapi cuba bila kita jatuh. Gemilang yang kita raih hilang. Dugaan pulak yang berlaku. Segala yang buruk selama ini terlindung dengan kehebatan sudah teserlah. Mereka konon sahabat sejati mula menjauh. Macam laut yang menyurut, menjauh dari pantai. Meninggalkan batuan, sampah dan lumpur di daratan.

 haihh. Manusia.

Saturday, April 14, 2012

:: Oldies: Knocked Silly and Spastic Youth ::



hari ni gua tak tau kenape, tapi sejak dari lepas gua setel tolong kemas-kemas rumah, hati tergerak nak layan balik group otai yang gua boleh describe sebagai one of the best band ever. Dengan composition muzik yang tak terikat dengan mane-mane peraturan dan lirik yang coolio, jom layan bersama hujung minggu ni. 

:: Positif Tatkala Negatif ::

Dua tiga menjak ni agak jarang jugak gua menghapdate blog. Kekeringan idea merupakan faktor utama punca ketidak’hapdatetan’ blog. Tapi yang bagosnya, masa-masa yang kering dengan idea ni berjaya aku manfaatkan dengan menonton drama bersiri Korea dan jugak membaca buku yang sudah tentu ada penitipan ilmiah di dalamnya.

Berkaitan dengan drama Korea yang gua tonton (mohon jangan fikir golongan makwe-makwe sahaje yang mampu layan Korea), Gu Dong Baek merupakan seorang yang berpemikiran setiap yang berlaku ade sebab di sebaliknya. Sebagai contoh, dalam satu episod, tangan dia patah sebab kena pukul dengan seorang gila. Makwe dia dah menangis berlagu tengok dia terlantar masuk ke hospital. Sambil menyuapkan buah ke Gu Dong Baek, Dong Baek cakap dekat makwe dia jangan menangis, dia sakit kena pukul sampai patah tangan, tapi yang bagosnya sebab tangan dia dah patah dan dia tak boleh nak suap sendiri, merasa dia nak makan suap-suap dari makwe dia.

Hari ini, berapa kali gua melihat orang merungut bila ditimpa sesuatu masalah. Sebagai satu contoh, ade orang merungut terpaksa naek bas sebab mak bapak dia tak dapat nak ambil dekat kolej or universiti. Merungut sebab terpaksa bersusah payah membeli tiket bas, menunggu bas dan mencari jalan untuk ke stesen bas. Tetapi kalau difikir dari sudut yang positif, secara tidak langsung kita sudah belajar cara menaiki bas. Mungkin satu masa nanti bila berlaku hal kecemasan yang memaksa kita balik menaiki bas kita tak rase menggelabah sangat.

Perkara yang paling susah bila kita berdepan masalah ialah untuk cuba mencari nilai murni dan kebaikan dari kesusahan yang menimpa. Bahasa lain, pemikiran positif, seperti Gu Dong Baek dalam drama Korea tadi. Realiti yang terjadi adalah setiap kali kita ditimpa kesusahan, kita akan menjadi seorang yang cepat naik angin, kelam kabut tak tentu hala dan mungkin bersikap membabi buta tak memasal.

Kita lebih cenderung bertindak ikot emosi dari berhenti sejenak cuba berpemikiran rasional. Dalam hal sebegini, gua merasakan adalah lebih baik kalau tarik nafas dalam-dalam sebelum hembus perlahan-lahan bila mendapat sesuatu musibah. Dalam masa sama cuba berselawat dan beristighfar. Dapat jugak pahala ye dak? Dari memaki tak tentu hala.

Oleh itu gua merasakan adalah tidak salah sekiranya kita cuba latih diri bersikap positif dengan berkata ada kebaikan di setiap kesusahan.


Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (2:155)

Wednesday, April 4, 2012

:: Stigma ::

Bila kita tengok brader jual burger tepi jalan mungkin akan ade terdetik, kesian, dulu mesti malas belajar, las-las jual burger. Hakikatnya entah-entah brader tu ade lagi 5 gerai burger tapi orang lain tolong jagekan.

Bila kita masuk shoping complex yang ternama Nampak orang pakai baju yang tak seberapa, mungkin akan terdetik di hati kesian tak mampu pakai baju berjenama. Hakikatnya, dia mampu kalau nak beli satu shoping complex tu sekalipun.

Bila kita nampak seorang yang berbadan gemok, kita mungkin terdetik, ni mesti kuat sangat makan ni. Tapi hakikatnya mungkin kita tak tahu dia jadi gemok sebab masalah kesihatan, genetik atau faktor-faktor lain bukan dari sebab tabiat pemakanan.

Bila kita tengok ada orang lain tak perform dalam peperiksaan, dengan erti lain dapat result yang teruk, kita akan terdetik untuk cakap, mesti kuat ponteng kelas atau jenis stadi main-main. Tapi hakikatnya dia tak perform sebab terpaksa kerja part-time untuk bantu keluarga dia yang ada masalah kewangan yang akhirnya sedikit menjejaskan pencapaian akademik dia.

Bila kita tengok orang pakai baju tee dan seluar jeans datang bersolat dekat masjid, mesti akan terdetik di hati, ni mesti jenis solat kadang-kadang ataupun lambat-lambat solat. Tapi hakikatnya dia seorang yang hafaz quran dan seorang imam muda di kawasan taman perumahan dia. Dia datang solat sebab singgah masjid baru balik kenduri kawan dia.

Sedar tak sedar kadang-kadang kita meletakkan seseorang itu begitu dan begini dengan sekali pandang sahaje. Ok satu contoh lagi yang agak biasa jugak adalah, kalau kita tengok orang tu bawak kereta kancil 650 ex. Mungkin terdetik di hati kita orang ni tak mampu nak pakai kereta besar-besar. Tapi hakikat sebenar entah-entah beliau seorang pengurus besar sebuah syarikat minyak terkemuka di dunia.

Mungkin kita tak perasan. Tapi kenyataan yang sebenar ialah sebenarnya masih ramai lagi yang menghukum seseorang itu dengan sekali pandang tanpa menyelidik dengan lebih mendalam. Atau senang cerita kita membuat spekulatif tanpa mengetahui spekulatif yang kita buat tu betul atau salah.

Aku pun kadang-kadang macam tu jugak. Bila first time jumpa seorang member yang muka agak ketat aku cakap, mamat ni mesti kerek. Tapi siapa sangka, sekali tegor cakap tak berhenti-henti macam bertih jagung. Las-las gua pulak jadi penat nak layan dia bercakap.

 Jadi kesimpulan, engkorang jangan lah cepat sangat buat penilaian untuk sesuatu benda yang baru kita kenal atau baru kita kenal. Pergi selidik dulu baru boleh andaian. Jangan nak main serkap-serkap jarang sangat.hihi

Chalo.assalamualaikom