Friday, March 22, 2013

:: Mereka. Pelangi ::

Sejujur. Kita sendiri tak tahu bila masanya kita semua jadi rapat. Bina satu ikatan yang lebih kukuh dari tembok besar cina. Lebih padu dari tembok Berlin.

Kalian tanpa sedar telah jadi satu perkara yang cukup teristimewa dalam hidup saya. Mungkin kita tak sedar, tapi dalam diam persahabatan kita telah mendevelope menjadi lebih dari sebuah ikatan yang takat anggap sahabat. Dalam tak sedar, kita umpama adik beradik, yang kalau cubit peha kiri, peha kanan rasa.

Wonderwall.

Senyum sekejap. Kalau ikut definisi wonderwall dari oasis, wonderwall satu tembok yang tercipta untuk bagi kebahagian dekat orang-orang yang duduk dalam tembok tu. Bagi sebuah rasa perlindungan. Selamat.

Perasan atau tak, kita saling jadi wonderwall untuk satu sama lain kan? Kongsi ketawa saat suka. Teman menangis di kala duka. Bercerita kisah rahsia. Bagi semangat di kala hiba. Kita saling jadi satu bahu yang sedia untuk disandar antara satu sama lain. Jadi tangan yang mengusap memberi semangat di kala perlu.

Dan jujur lagi, saya jadi kuat bila ada kalian di sisi saya. Sebab saya tahu, kalau ada Taufan Andrew atau Tsunami yang sekuat 10.0 skala richter sekalipun datang membadai saya, saya tahu, kalian akan sentiasa ada di sekeliling. Sebab kita semua wonderwall untuk satu sama lain kan?

Kalau emas, permata dan berlian paling mahal sekalipun masih ada harganya, tapi kalian tidak ternilai. Sahabat seperti anda berdua tidak ternilai dengan emas yang paling mahal di dunia, berlian yang paling bersinar mahupun permata yang paling berkilau di dunia. Sebab sahabat seperti kalian adalah satu anugerah dari Dia yang paling bermakna pernah saya ada dalam hidup.

Tuhan. Jagakan mereka buat saya. Mereka wonderwall saya. =)


Friday, March 15, 2013

:: Simpang ::


Dulu saya merasakan bahawa saya telah jumpa jalan yang saya akan tempuh untuk sepanjang hidup ni. Dulu. Was. Dan cerita dulu itu telah berlalu.

Awak semua pernah jumpa simpang? Mesti dalam hidup awak semua pernah jumpa simpang kan? Tak kira lah simpang tu simpang tiga, empat, lima, bersimpang siur sekalipun, mesti pernah jumpa. Cuba bayangkan dalam satu perjalanan. Katakan kita mahu pergi ke Larkin. Kenapa Larkin? Kampong saya, saje nak bagitau.

Okey. Dan awak semua tiba di satu simpang empat. Kalau ke kanan awak ke Larkin. Terus pergi ke Singapura. Kiri awak akan ke Kota Tinggi. Dan ke belakang awak akan berpatah pulang ke destinasi. Jadi mana satu yang awak akan pilih untuk ke Larkin? Mesti ke kanan bukan? Dan awak dengan yakin belok ke kanan.

Tapi andai tak ade papan tanda di situ. Dan awak pilih untuk terus. Mesti awak akan ke Singapura. Itupun kalau dapat lepas dengan imgresen dan kastam.

Semester depan adalah semester terakhir saya bergelar pelajar sarjana muda. Dan kalau dulu lepas diploma, saya cukup yakin bidang yang saya pilih ini bakal saya bawak dan teruskan sampai menempuh ke alam pekerjaan hatta ke peringkat doktor falsafah.

Tapi sejak dua menjak, saya mula rasa tidak pasti. Ragu. Tak yakin. Sebab dari mula lagi, bidang ini bukan satu bidang yang saya minat sebenarnya. Hati lebih memberontak mahu belajar undang-undang. Sebab saya bukan pelajar yang ahlul dalam bidang nombor-nombor sebenarnya.

Ibarat berada di sebuah simpang. Itu yang saya rasa sekarang. Tapi kali ini bukan simpang tiga atau empat. Simpang ini berselirat. Bersimpang siur. Dan saya mula tidak pasti ke mana mahu melangkah. Sebab saya takut, saya akan buat satu pilihan jalan yang mungkin akan saya kesal sampai bila-bila.

Dan kadang-kadang, tatkala ini hati berbisik:

“bahagia jadi kanak-kanak. Tak perlu fikir pasal tanggungjawab pilihan bagai. Hidup senang walau tak ade duit. Hati gembira walau main depan rumah”

Tuhan. Mudahkan jalan yang akan saya pilih.

Sunday, January 27, 2013

:: Espresiasi ::

Mula perasan kebelakangan ini sangat sedikit masa yang diperuntukkan untuk membaca buku-buku kategori separa ilmiah yang isi bahasa tidak terlalu bermadah tetapi isi padu dan bahasa sempoi. Sebab saya bukan jenis seorang yang boleh menangkap isi melalui buku yang disertakan dengan gaya bahasa yang serius kerana saya ini bukan seorang yang serius.

Dan dengan kurangnya saya membaca buku-buku akhir ini, saya dapati ada sedikit penurunan dari segi kosa kata dan tatabahasa apatah lagi dari segi ilmu. Sebenarnya saya amat risau dengan keadaan ini sebab ini memungkinkan saya semakin malas untuk mengupdate di belog yang dah lama sangat usang ni.

Dengan secara tiba-tiba dilantik menjadi ahli majlis perwakilan pelajar atau nama glamor yang lebih inzal didengar, MPP, tanggungjawab yang harus dipikul membuatkan masa membaca lebih terbatas. Kenape saya kate secara tiba-tiba? Ahah, sebab gua dilantik atas cadangan pensyarah, bukan sebab gua gatal-gatal tangan isi borang pergi masuk bertanding.

Menjadi MPP tak pernah terlintas di fikiran saya. Terus terang, saya tak pernah terbayang duduk di atas hierarki kepimpinan mahasiswa di dalam kolej saya ini. Dan sejak dari awal semester ini, saya sudah membayangkan untuk duduk bersenang-senang dan terus tumpu pada pelajaran lepas turun sahaja jawatan selaku timbalan bendahari dan jugak pengerusi persatuan perbankan dan kewangan Islam.

Dan secara tiba-tiba dilantik membuat saya tertanya-tanya kadangkala. Sama seperti mula-mula dilantik menjadi pengerusi persatuan melalui lantikan atas cadangan pensyarah, saya mula terfikir kenapa saya? Kenapa mesti saya? Kenapa bukan si dia, si fulan mahupun si beliau?

Hati mula-mula berat untuk menerima. Sebab saya tak berasa saya cukup bersedia untuk menjadi seorang ahli majlis MPP. Tanggungjawab yang hendak digalas bukan macam jaman-jaman sekolah dulu jadi ketua kelas, ketua keceriaan, ketua kebersihan mahupun ketua dorm. Dah bukan macam tu. Dua tiga hari macam jasad tanpa roh. Melayang sampai Bangkahulu.

Tapi kata-kata seorang yang gua sudah anggap macam seorang abang, lebih lagi seperti seorang saudara buat gua kembali berpijak atas tanah. Dia kata, Allah telah merancang. Redhalah dengan perancangan ini. Allah tak kan bebankan hambanya dengan sesuatu yang dia tidak mampu. Dan ada sebab kenapa kau dipilih, bukan dia, bukan si fulan mahupun beliau.

Atas dasar itu, gua kembali semangat. Hati yang mulanya berat, kini sedikit demi sedikit mula berubah menjadi ikhlas. Tetiba saje rase seronok menuai bakti untuk membantu dan bersama membantu mahasiswa di sini. Mungkin agak lambat di permulaan, tapi saya yakin, masa yang berlalu, pengalaman yang diraih akan membantu di kemudian hari.

Dan satu sahaja yang saya berharap. Semoga diri ini terus tabah menggalas tanggungjawab yang kini dah seberat gunung Everest di bahu ini.

Chalo. Assalamualaikum

Monday, November 12, 2012

:: KriTis dan kReaTif ::

Semasa saya belom lagi memulakan cuti semester, saya sering memikirkan mungkin semasa cuti nanti saya akan berpeluang untuk menulis kembali perkara-perkara yang saya suka di dalam blog. Kerana ketika itu saya berfikir, faktor utama terencatnya penulisan di blog adalah di sebabkan faktor masa dan jugak kekangan dari segi beban tugas yang agak berat sebagai seorang pelajar universiti.

Dan cuti juga telah bermula. Dan saya mula untuk cuba mencari kembali mood menulis dengan membuka beberapa blog yang sememangnya saya suka akan gaya penulisan dan jugak cara pemikiran yang orang selalu kata di luar kotak atau bahasa yang lebih internasionalenya adalah “think out of the box”.

Tapi sebaliknya yang berlaku. Kalau dulu sekurang-kurangnya sehari sekali akan ada sedikit coretan dalam blog, tapi kali ini sebulan sekali pon belom tentu lagi blog ini akan tertulis. Jadi saya cuba mencari jawapan di sebalik apa yang menyebabkan blog saya ini telah bersawang.

Saya cuba menyelami diri sendiri. Tapi bukan dengan cara menyelam di dasar Sungai Kelang yang sampai sekarang saya tidak tahu bilakah mampu untuk dilihat di dasarnya. Projek penjernihan Sungai Klang yang begitu heboh dulu pun sudah hilang. Mungkin tiada peruntukan dari kerajaan atau penaja merasakan menjernihkan sungai Klang adalah satu pelaburan yang sia-sia dengan mengambil kira sikap orang Malaysia yang masih seperti Dunia ketiga.

Berbalik kepada persoalan. Okay, saya merasakan semakin lama saya sudah semakin kurang untuk berfikir. Atau dalam erti kata lain, saya tidak mampu untuk mengecas pemikiran yang bersifat kritis dan kreatif ke dalam otak. Pemikiran kritis adalah satu element yang sangat penting dalam dunia penulisan kreatif.

Kalau engkorang perasan, contoh penulisan kreatif dan kritis adalah seperti yang terdapat di dalam buku-buku novel keluaran Fixi dan Lejen press, yang mana melanggar mungkin bukan sedikit tetapi tidak terlalu banyak tatabahasa yang tradisional di mata ahli akademik sampai terkeluar kenyataan buku fixi perosak bahasa yang mana aku cakapini adalah kenyataan paling pelik dekad ini.

Dan disebabkan kurangnya otak saya untuk berfungsi pasal pemikiran kritis dan kreatif ini, maka saya kehilangan mood untuk menulis kerana tidak mampu untuk menghasilkan sebuah penulisan yang mungkin boleh “catch the eye” sesiapa yang dating jalan-jalan singgah blog saya yang tidak sehebat mana.

Jadi sekarang ini, saya telah membulatkan tekad untuk kembali mendapatkan balek pemikiran kritis dan kreatif yang telah hilang. Perkara paling penting akan saya lakukan adalah dengan melepak di MPH dan kinokuniya sambil membaca buku-buku yang mungkin agak sarat dengan idea seperti thinking like da vincci. Okay, sekarang baru nampak pentingnya kemahiran KBKK jaman sekolah dulu. Dulu ingat sekadar pelengkap system. Hiks

Chalo.assalamualaikom.

Friday, October 19, 2012

:: WhAtEveR~ ::



Sarah The Official is so cute in this clip
hihi. can i have a girlfriend like her?
haha. Whateverrrrrrrrr~

Thursday, September 27, 2012

22. Harapan. Impian.

Rasanya macam baru semalam gua bermain gelongsor dekat tadika. Macam baru semalam gua menangis masa mula-mula nak masuk tadika. Habis satu taman dengar gua melalak first time nak masuk tadika. Bile pikir balek buat malu gua je dekat golongan makwe-makwe sebab menangis kalah gaya Uda dan Dara. Ahh, bebudak lagi masa tu, ape nak piker ye dak?

Dan gua jugak rasa macam baru semalam masuk tahun satu sekolah rendah. Belajar gosok gigi dengan nurse dekat sekolah. Gigih bawak berus gigi dengan cawan gambar kartun dragon ball pergi sekolah.

Rasanya jugak macam baru semalam gua amek peperiksaan UPSR. Baru semalam gua rasa gua dapat 5A dalam UPSR. Berlari satu sekolah gua time tu. Mane taknya, sepupu dah janji satu A RM10, so kalau 5A dah dapat RM50. Itu la first dan last time sepupu gua nak buat janji macam tu, lepas tu tak berani nak buat dah.

Seperti baru semalam rasanye daftar masuk SEMESTA dekat Raub. Belajar duduk dekat asrama. Pejam celik pejam celik, 5 tahun dekat sekolah dah habes rupanya. Macam-macam hal berlaku sepanjang masa tu. PMR dan SPM pun dah habes.

Masa berlalu begitu pantas. Teringat lagi masa mula-mula daftar masuk diploma kat KUIS. Tup tup, dah habes diploma, dah selamat bergraduasi dan sekarang sambung pulak degree.

Dan sekarang, sedar tak sedar rupanya sudah berusia 22 tahun sudah diri ini. Baru tetibe terase diri ini tua. Tapi tak mengapa, masih ramai yang mengatakan gua bagai remaja yang baru berusia 16 tahun. Hihi. Gua terima itu sebagai satu pujian dengan penuh kembang kuncup.

Menginjak usia 22 tahun, banyak lagi sebenarnya yang masih belum dapat direalisasikan. Dalam hati banyak lagi benda yang ingin dicapai. Banyak lagi harapan dan impian yang ingin dikejar. Walau tak semua harapan dan impian itu dapat dicapai. Mungkin akan ada impian yang tak mungkin untuk saya capai.

Cita-cita gua dari kecik nak jadi seorang peguam. Tapi sebab encik ayah tak bagi gua sambung dalam bidang undang-undang atas sebab-sebab yang sukar nak dijelaskan di sini, maka nak tak nak gua terpaksa sambung dalam bidang kewangan. Mula-mula gua cuak jugak. Mana taknya, sekolah dulu asyik G9 aje matematik dan add math. Kalau engkorang jadi gua mesti cuak jugak gua rasa.

Tapi betul kata seorang teman, kadang-kadang Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi Allah beri apa yang kita perlu. Dan mungkin jugak berkat ikut pilihan mak ayah, setiap semester gua berjaya dapat dekan, sesuatu yang mungkin sampai sekarang kadang-kadang diri ini susah nak percaya sebab masa jaman sekolah dulu, gua antara muka tetap kelas-kelas tambahan dan pemulihan sebab selalu dapat markah rendah.

Tapi walau apapun, di usia 22 tahun, gua mengharapkan mungkin akan jatuh dari langit sebuah telefon bimbit pintar atau skrin sentuh sebagai sebuah hadiah. Tapi, mungkin itu satu mimpi dan angan-angan yang mungkin hanya tercapai lagi 2 tahun. Mungkin. Kecuali kalau ada yang nak belanja.

Ok, cukup mengarut sampai di sini. Chalo. Assalamualaikum.


Sunday, September 16, 2012

:: Satu Masa ::

Dulu saya pernah terfikir, mungkin satu hari nanti saya akan mula cari jalan untuk kenal apa objektif saya hidup di dunia. mungkin satu hari nanti saya akan mula berasa penat dengan apa yang ada di sekeliling ruang hidup saya ini. mungkin ketika itu, menulis bukan satu lagi keghairahan, menonton tibi bukan lagi sesuatu yang mengujakan. Malah, mungkin satu ketika itu, menonton perlawanan-perlawanan Man United dan Harimau Malaya bukan lagi menginzalkan.

Baru-baru ini seorang sahabat menelefon. bercerita betapa dia benar-benar ingin berubah. Dalam erti kata yang laen hijrah. Dia bercerita kepada saya bagaimana tidak pernah sebelum ini dibuatnya solat di saf paling hadapan sekali di belakang imam. Dia bercerita bagaimana secara tiba-tiba sebaknya diri tatkala mendengar khutbah dari pak imam.

Dia juga menceritakan bagaimana beliau teresak-esak menangis berdoa kepada Allah agar diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu. Bagaimana tatkala beliau sujud di dalam solat, bagaikan slide show, kisah-kisah lampaunya ditunjuk satu persatu. Betapa banyak dosa telah dilakukan kepada yang Maha pemberi nyawa dan nikmat.

Dia insan paling bertuah aku kira. Diberi petunjuk dan hidayah dari Allah. Lebih manis, kesemua itu diberi pada penghulu segala hari. Benarlah kata-kata, "Hati itu Milik Allah. Hati kita, Hati saya, Hati awak, Hati kalian. Hati itu milik Allah". Sahabat itu juga memohon agar membantu dia untuk sama-sama cari jalan menuju Allah. Aku tersenyum. Dalam hati terpanjat rasa syukur dan gembira. Sahabat mana tidak gembira bila melihat sahabat yang rapat mahu berubah.

Melihat akan dia, aku kembali melihat diri ini. persoalan itu kembali terlontar. Bila pula masanya untuk aku? Sejak dari mula membaca sebuah novel dari Hlovate, hati kadang-kadang bertanya kepada diri sendiri, bila masa itu akan tiba? Bila hati ini akan mula mencari jawapan untuk mencari hakikat sebenar hidup di atas muka bumi ini? 

Akan tiba masanya nanti, bila mana semua yang ada di sekeliling ini tidak lagi mengujakan. akan tiba. Akan tiba nanti di mana masa itu, kita semua akan mula cari jalan pulang semula mengenal hakikat diri. Akan tiba nanti masanya kita akan berkata kepada diri, cukup, sudah.

Mungkin, masa menentukan. Moga Hidayah itu juga datang kepadaku.