Sunday, November 17, 2013

:: Bebal ::



“Terkadang yang bebal susah nak tampal”

Kata bait lirik lagu penglipurlara. Memang akan ada satu masa, kita akan jumpa perihal manusia yang rasa dia punya pendapat paling bernas dan tidak perlu disangkal. Kalau ditegur salah melenting keluar segala amarah.

Jadi nanti, kalau engkau jumpa tabiat manusia yang begini, pesan aku senang sahaja; Kau cakap apa yang kau rasa betul, terkadang dia bukan tidak mahu mengaku engkau betul, cuma ego menidak untuk mengia apa yang dia percaya selama itu salah.
 
Nanti-nanti dia akan berfikir.

Sunday, October 20, 2013

:: P/S ::


Ini bukan P/S: I Love You



p/s: Untuk beberapa minggu ini, gua sangat sibuk yang mana sibuk gua tu boleh kita istilahkan sebagai kalah Perdana Menteri punye sibuk.

p/s: Gua sedang mengalami kebejatan idea. Gua tak tau nak tulis cerita apa, nak bersajak tentang hikayat apa.
 
p/s: gua mahu berhibernasi dulu. Nanti gua kembali.

Saturday, August 24, 2013

:: There She Goes ::



Selepas beberapa ketika.
Gua baru tahu rupenye lagu ni.
Cerita pasal dadah dan ketagihan.

Ceh.

Saturday, August 3, 2013

:: SanG PeMiMPi ::


Awak dan saya.
Juga kalian dan mereka.
Kita ini semua pasti ada sebuah cerita.
Yang mahu dipersembahkan buat semua.

Seperti mana.

Wright bersaudara mahu manusia terbang di angkasa.
Thomas Alva Edison mahu terangi malam gelita.

Dan mereka.

Di sebalik cerita mereka yang menjadi sejarah dunia.
Mulanya dengan mimpi, harapan, impian dan cita-cita.

Dengar sahaja pesan saya.
Berimpianlah. Bermimpilah.
Biar dicanang umpama si Jenin yang gila.
Mana tau impian kita menggegar semesta.
Dengan izin Yang Maha Berkuasa.

Saturday, July 20, 2013

:: Pengalah ::

Ada satu hakikat yang perlu kita terima. Untuk setiap permulaan, yang pertama kali, memang akan susah. Tapi jangan cepat mengalah. Andai yang pertama kali jatuh lelah, kau bangkit sampai tidak lagi terkalah.

Mungkin bukan di percubaan satu. Mungkin juga di bukan di percubaan dua. Malah, ada yang sampai beratus kali mencuba masih belum lagi mampu untuk bermula. Cuma, di mana kau letak semangat untuk terus sahaja melangkah tanpa pernah terdetik untuk mengalah, hakikatnya, kita sebenarnya telah pun bermula.

Kita mula belajar untuk tidak mahu mengalah.

Sunday, June 30, 2013

:: KuRaNg ::


Mungkin.
Kita perlu mula kurang berkata
Dan mula melaksana.
Dan mungkin.
Dalam melaksana
Kita cuba kurangkan drama.

Eh?

Dan mungkin.
Penting untuk kita
Kurangkan juga mengata
Tapi menambah zikir untuk Maha Esa.
Kurangkan dosa.
Tambahkan pahala.
Rumus global buat dunia.

Sunday, June 16, 2013

MengkriTik FAM siri 2 : Liga Bolasepak


Artikel ini ditulis selepas menonton piala Frenz yang berkesudahan Frenz B menang ke atas Brunei 3-1. Sambungan kepada mengkritik FAMsiri 1.

Untuk mempunyai sebuah pasukan bola yang kuat, sesebuah Negara itu haruslah mempunyai pemain yang baik. Untuk menghasilkan pemain yang baik, kita ada beberapa pilihan. Satu dengan menghantar pemain beraksi di luar negara. Satu lagi, dengan mempunyai liga yang berkualiti.

Pilihan yang pertama mungkin akan membabitkan kos yang tinggi. Dengan urusan visa, passport, tempat tinggal dan sebagainya. Kalau kita memilih pilihan yang kedua, ia boleh sahaja dilaksanakan dalam satu jangka masa yang singkat.

Mempunyai liga yang berkualiti mampu menjamin prestasi mantap pasukan bola negara. Sebagai contoh, ambil sahaja pasukan Juara Dunia 2010. Hampir kesemua pemain yang memenangi Piala Dunia di dalam pasukan Sepanyol merupakan pemain dari pasukan Barcelona dan Real Madrid yang bermain di dalam Liga Primera Sepanyol.

Iker Casillas, Sergio Ramos, Xabi Alonso, Iniesta, Xavi dan beberapa nama diambil dari liga negara mereka sendiri. Ini membuktikan betapa tidak semestinya menghantar pemain ke luar negara mampu membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang kuat. Dengan sistem liga yang kemas dan teratur, di samping uruscara yang professional tanpa terlalu banyak campur tangan politik, tidak mustahil Liga Malaysia mampu menghasilkan pemain yang boleh membantu Malaysia untuk menjulang Piala Dunia.


Namun begitu, yang menjadi masalah, sistem liga kita lebih berpandukan kepada negeri dan wilayah persekutuan di samping beberapa kelab yang kadang-kadang ada kadang-kadang hilang begitu sahaja. Jika mengambil kira jumlah pasukan yang ada sekarang, percayalah, kita tidak akan kemana.

Ini kerana, kita tidak akan mempunyai sebuah kolam sumber yang besar. Pasukan liga super contohya hanya ada sebanyak 14 pasukan. Jika dikalikan dengan 25 orang setiap pasukan, kita akan hanya ada 350 pemain di peringkat tertinggi. Ini jauh berbeza jika kita mempunyai 18 pasukan atau 20 pasukan di dalam liga super.

Di Malaysia, jika dilakukan kajian, terdapat sekurang-kurangya 50 buah daerah yang mempunyai populasi penduduk melebihi  150,000 orang. Itu belum diambil kira sebagai contoh daerah Petaling yang mempunyai populasi melebihi 2 juta orang dengan terdapat 4 bandar besar di dalam daerah. Jadi, di daerah Petaling sahaja kita boleh mendapatkan 4 pasukan dengan prospek mempunyai kehadiran sekurang-kurangya 20,000 kehadiran penonton untuk setiap perlawanan.

Sekurang-kurangnya, paling tidak, dengan 50 pasukan kalau diambil kira pasukan bola sepak berasaskan Bandar dan daerah, kita paling tidak boleh mempunyai sistem liga 3 peringkat dengan 20 pasukan di liga utama dan baki 16/15 pasukan di liga peringkat dua dan tiga dan potensi bilangan pemain professional seramai 1250 orang berbanding sekarang ini.

Seperti yang boleh kita lihat sekarang, sistem liga berasaskan negeri tidak begitu menguntungkan bola sepak Malaysia untuk jangka masa panjang. Dan saya percaya, antara sebab yang menghalang untuk penubuhan pasukan bola sepak berasaskan daerah atau Bandar berkait rapat dengan faktor tajaan dan kewangan.

Tak mengapa. Kita sambung di siri akan datang. Kita akan cerita pasal pemain import dan kewangan. Untuk hari ini, sampai di sini dulu. Chalo.