Dalam usaha ini, berbagai cara telah dibuat. Ada secara terang-terangan. Sebagai contoh Ultras yang dengan padunya menghadiahkan sebuah lagu FAM Bangsat buat FAM bagi menzahirkan ketidakpuashatian terhadap FAM yang gagal dalam membangunkan bola sepak Malaysia supaya menjadi sebuah Negara yang digeruni seperti di zaman emas akhir 60-an hingga awal 80-an.
Tetapi
yang lebih menarik, kehadiran yang sebuah buku yang mungkin aku boleh katakan tidak
salah kalau FAM mahu jadikan sebagai sebuah ‘blueprint’ dalam merangka kembali
perjalanan bola sepak Malaysia yang secara jujur lagi berterus terang seperti
budak-budak bermain polis sentri atau sukaneka yang peraturan boleh
sewenang-wenang ditukar.
Dalam hal ini, syabas buat Lucius Maximus yang menulis buku
‘Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia’ yang mana pada pandangan aku satu
tumbukan K.O terus kepada FAM mengenai cadangan dan idea dikemukakan di akhir
buku tersebut.
Seperti
contoh, jumlah pasukan dalam liga yang sering bertukar-tukar. Tahun ini,
mungkin di liga super pasukan ditetapkan kepada 15. Tetapi tahun depan pasukan
dikurangkan menjadi 13 dan ada mungkin ditambah semula kepada 14. Ini agak
memeningkan terutama kepada perancangan pasukan yang bertanding dan juga kesan
kepada pendedahan perlawanan bersifat kompetitif yang perlu dihadapi oleh
pemain dalam usaha untuk meningkat skill dan juga kecergasan.
Jarang sekali kita mendengar liga-liga utama di dunia
seperti di England, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Belanda yang akan mengubah
jumlah pasukan yang bertanding di liga utama setiap kali musim baru akan
bermula. Hanya di Malaysia.
Kedegilan
FAM yang tidak mahu mendengar pandangan ikhlas dari peminat merumitkan lagi.
Mendabik dada dengan angkuh seolah hanya mereka yang tahu bagaimana pasukan
bola boleh diuruskan menambah rasa jengkel penyokong yang telah lama meluat
dengan FAM. FAM seolah-olah telah terlupa peranan utama mereka dalam aspek
pembangunan, penyelidikan dan pemantapan pasukan bola sepak negara.
Artikel
88 yang kontroversi tidak akan membantu
langsung di dalam pembangunan bola sepak Negara. Sekadar pandangan peribadi, Artikel
88 FAM sekadar membuktikan betapa FAM sebuah persatuan yang bersifat bodoh
sombong yang tidak boleh menerima kritikan langsung dari mana-mana pihak walau
dari Ahli Majlis tertinggi mereka sekalipun.
Buat
sementara ini, kajian masih lagi aku buat tentang bagaimana pasukan bola sepak
Malaysia boleh dimajukan. Siri-siri cadangan dan kritikan akan menyusul lagi. Jauh
di sudut hati, mengharap mungkin tanpa sengaja FAM terbaca pandangan-pandangan
dan kritikan yang dilempar.
Selamanya Sokong Malaysia.
No comments:
Post a Comment