Sunday, January 27, 2013

:: Espresiasi ::

Mula perasan kebelakangan ini sangat sedikit masa yang diperuntukkan untuk membaca buku-buku kategori separa ilmiah yang isi bahasa tidak terlalu bermadah tetapi isi padu dan bahasa sempoi. Sebab saya bukan jenis seorang yang boleh menangkap isi melalui buku yang disertakan dengan gaya bahasa yang serius kerana saya ini bukan seorang yang serius.

Dan dengan kurangnya saya membaca buku-buku akhir ini, saya dapati ada sedikit penurunan dari segi kosa kata dan tatabahasa apatah lagi dari segi ilmu. Sebenarnya saya amat risau dengan keadaan ini sebab ini memungkinkan saya semakin malas untuk mengupdate di belog yang dah lama sangat usang ni.

Dengan secara tiba-tiba dilantik menjadi ahli majlis perwakilan pelajar atau nama glamor yang lebih inzal didengar, MPP, tanggungjawab yang harus dipikul membuatkan masa membaca lebih terbatas. Kenape saya kate secara tiba-tiba? Ahah, sebab gua dilantik atas cadangan pensyarah, bukan sebab gua gatal-gatal tangan isi borang pergi masuk bertanding.

Menjadi MPP tak pernah terlintas di fikiran saya. Terus terang, saya tak pernah terbayang duduk di atas hierarki kepimpinan mahasiswa di dalam kolej saya ini. Dan sejak dari awal semester ini, saya sudah membayangkan untuk duduk bersenang-senang dan terus tumpu pada pelajaran lepas turun sahaja jawatan selaku timbalan bendahari dan jugak pengerusi persatuan perbankan dan kewangan Islam.

Dan secara tiba-tiba dilantik membuat saya tertanya-tanya kadangkala. Sama seperti mula-mula dilantik menjadi pengerusi persatuan melalui lantikan atas cadangan pensyarah, saya mula terfikir kenapa saya? Kenapa mesti saya? Kenapa bukan si dia, si fulan mahupun si beliau?

Hati mula-mula berat untuk menerima. Sebab saya tak berasa saya cukup bersedia untuk menjadi seorang ahli majlis MPP. Tanggungjawab yang hendak digalas bukan macam jaman-jaman sekolah dulu jadi ketua kelas, ketua keceriaan, ketua kebersihan mahupun ketua dorm. Dah bukan macam tu. Dua tiga hari macam jasad tanpa roh. Melayang sampai Bangkahulu.

Tapi kata-kata seorang yang gua sudah anggap macam seorang abang, lebih lagi seperti seorang saudara buat gua kembali berpijak atas tanah. Dia kata, Allah telah merancang. Redhalah dengan perancangan ini. Allah tak kan bebankan hambanya dengan sesuatu yang dia tidak mampu. Dan ada sebab kenapa kau dipilih, bukan dia, bukan si fulan mahupun beliau.

Atas dasar itu, gua kembali semangat. Hati yang mulanya berat, kini sedikit demi sedikit mula berubah menjadi ikhlas. Tetiba saje rase seronok menuai bakti untuk membantu dan bersama membantu mahasiswa di sini. Mungkin agak lambat di permulaan, tapi saya yakin, masa yang berlalu, pengalaman yang diraih akan membantu di kemudian hari.

Dan satu sahaja yang saya berharap. Semoga diri ini terus tabah menggalas tanggungjawab yang kini dah seberat gunung Everest di bahu ini.

Chalo. Assalamualaikum