Sunday, May 12, 2013
:: PeLiK ::
Sebenarnya hairan. Ya hairan. Suatu kepelikan yang mungkin tidaklah pelik kelihatan di mata orang lain, tapi cukup saja andai diri ini yang merasakan satu kepelikan. Dan mungkin anda sedang merasa jelik melihat saya sikit-sikit mengguna pakai perkataan pelik.
Sesuatu yang pelik kerana sejak dua tiga menjak ini, semakin sedikit penulisan yang dicurah. Ayatnya pula semakin meringkas. Hanya sekadar beberapa baris dan bahasa juga rasanya ada sedikit puitis. Rasanya lah. Mungkin sudah masuk fasa kematangan dalam berbicara? Sedikit bicara asal isi ada.
Dan mungkin jugak atas dasar pengaruh. Kebelakangan ini masa terhabis dengan menggeledah segala buku puisi dan blog yang ayat lebih ikhlas dan puitis. Yang pendek kata mereka menulis bukan kerana mahu terkenal semata-mata, tapi lebih terarah sebenarnya kepada kepuasan. Dan keikhlasan yang terzahir di atas kepingan kertas yang menghasil bait-bait cantuman aksara yang cukup indah menyentuh hati.
Sebenarnya, ada rasa sedikit sesal tidak membeli Kamus Dewan semasa di Pesta Buku tempoh hari. Ah, itu lagi pelik. Eh, pelik-pelik lah aku ni. Ringkasnya, mungkin kepelikan ini sementara. Atau mungkin jugak selamanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment