Friday, June 10, 2011

:: SEKaDAr SeBUaH CoRETaN DaN MuhAsABaH DaLam Dunia BLoG ::

Ledakan bertali arus teknologi telah menjadikan dunia hari ini seperti apa yang diperkatakan, maklumat di hujung jari.teknologi yang tercipta juga semakin mesra pengguna.maka tidak hairanlah semakin lama semakin ramai yang terjebak kea rah dunia maya berteknologi tinggi. Pelantar wordpress, livejournal, blogger dan ape lagi domain dan hosting semakin menjadi popular seperti penjualan tudung shawl yang semakin menjadi trend masakini.

Aku juga sebahagian dari mereka yang terjebak menjadi pemain dan pencorak dunia maya ni. Aku masih ingat lagi, pada ketika sekitar bulan Februari 2010, aku membuat keputusan membuat satu blog demi melampiaskan rasa yang membuak-membuak untuk menulis.aku masih ingat lagi di masa itu dunia blog masih lagi sebuah dunia yang kudus lagi suci.dan blog pertama yang aku buat adalah blog kolaborasi bersama dengan member aku Amal yang sekarang sudah faymes dengan group Sahabat Blogger di fesbuk.syabas gua ucapkan.

Tapi blog itu mati sendiri.pasword pon aku dah lupa.kesibukan dengan dunia pelajaran dan peperiksaan ketika itu membuatkan aku malas untuk update.tibe-tibe sahaja aku rasa malas untuk update walau idea sedang terbuku begitu banyak untuk dimuntahkan ke dalam penulisan.

Oh ya, yang sebenarnya mempengaruhi aku untuk berblog adalah sahabat-baik-sampai-mati aku, iqtiyani basher.gadis pemikiran gila-gila di luar kotak ini sering membuatkan aku terlopong dengan penulisan beliau.sahihlah di masa itu cita-cita aku untuk membuat blog adalah demi melontarkan segala pendapat, falsafah mahupun firasat aku selain mengasah bakat penulisan yang ada dalam diri aku.

Teros terang gua cakap, walau pon aku latar belakang sekolah sains, aku bukan pemikir sains yang hebat seperti Galileo Galilei, pakar arithmetic dan mathematik seperti Al-khawarizmi dan pakar pijik terkemuka si Einstein.bukan sekali.seringkali aku akan temui kebahagiaan aku di dalam peperiksaan adalah di dalam subjek Bahasa Melayu dan sejarah sebab aku bole menulis dan mengarang ape2 sahaja berkaitan dengan fakta, falsafah, pemikiran mahupun teori yang pelik-pelik.

  i'm in love with writing yo peeps

Dan oleh sebab itu setelah berfikir  dengan mendalam, aku rasa aku patot menulis semula.lantas sekitar September 2010, aku mengambil keputusan untuk kembali menulis di dalam blog.ye lah, kau bayangkan lah, tak kan kau nak jadikan status fesbuk ko untuk tempat kau melontarkan segala permasalahan, pertanyaan dan apa juga persoalan.kang dikata poyo, poser apa lagi semua.

Tetapi ternyata pada ketika itu aku seperti hilang arah.ye betol, apa sebenarnya yang berlaku ialah entri aku ternyata bukan atas apa yang aku suka.aku buat sebab secara tiba-tiba muncul perasaan untuk menjadi seorang yang faymes, terkenal dan dikenali ramai sebagai seorang blogger.lantas entri yang aku tulis juga rasanya lebih kepada intipati untuk menjadi popular dan faymes.

Ketika itu apa sahaja tips dan PERINGATAN KEPADA BLOGGER BARU aku ikot.entri kene buat seperti itu dan ini, update sebanyak yang mungkin, join itu join ini kalau nak dikenali, kalau nak jadi blogger yang faymes dan KALAU NAK RAMAI FOLLOWER.sumpah bila aku scroll2 balek entri aku sehingga Januari 2011, aku dapat rasakan tiada jiwa dan kenikmatan dalam penulisan aku.semua yang aku buat adalah atas tiket mengejar populariti.

Sehinggalah akhirnya pada suatu hari aku secara tidak sengaja terjumpa sebuah blog yang bernama Lensarosak.aku terpukul dengan kata-kata sinis oleh penulis berkaitan dengan etika dan cara Blogger di masa kini.serius aku memang terasa dengan kata-kata penulisan di dalam blog tersebut.tapi sedikit pon aku tak marah, sebab memang betol sebahagian kata-kata sinis, sindiran dan teguran memang ade yang tepat terkena ke kepala aku sendiri.

Seterusnya aku terjumpa blog terfaktab yang mana membawa aku mengenali kepada blog tehtarikgelasbesar dan bidadari besi.dan setelah aku membaca segala cara-cara penulisan mereka, baru aku sedar, selama ini apa yang aku hilang adalah jiwa dan keghairahan di dalam penulisan aku.sebab itu aku rase penulisan aku lesu dan tidak bermaya.

penulisan satu seni yang perlu dipelajari dan dijiwai.tulisan tanpa jiwa ibarat jasad tanpa hati dan perasaan.kosong, tak bermakna

Memang kalau nak diikotkan jauh sekali lah aku akan dapat menandingi gaya bahasa mereka yang sinis lagi kreatif.memang jauh panggang dari api.tapi penulisan boleh ditingkatkan dengan pembacaan.mungkin inilah die ape yang dikatakan mengenai Lensarosak berkaitan dengan penitipan ilmiah kedalam penulisan blog.Ilmu pengetahuan hanya boleh dijana dengan pembacaan yang meluas.sekarang ini aku sudah mula membaca sedikit-sedikit buku karya Tony Buzen, Prof Sidek Baba, biografi-biografi Roman Abramovich, Tunku Abdul Rahman.dan hey, Malay Dilemma pon aku boleh pergi layan siket-siket.

Dan untuk kesekian kalinya, aku nak ucapkan terima kasih kembali kepada korang-korang semua.anda semua telah membantu untuk aku temui balek jiwa, keghairahan dan kenikmatan di dalam penulisan.dan sekarang, apa yang ingin aku lakukan ialah menulis dengan bebas.aku akan tulis apa yang aku rasa dari hati tetapi digabungkan dengan fakta dan ilmu yang betol.kalau tak betol tak pasal-pasal dah fitnah orang la plak.orang jaman sekarang itu sikit saman, isu ni sikit saman.gua nak makan pon nasi set lagi, kalau kene saman gua nak bayar peguam macam mane? Belanje nasi set? Hihi.

Wassalam.adios