Semasa
saya belom lagi memulakan cuti semester, saya sering memikirkan mungkin semasa
cuti nanti saya akan berpeluang untuk menulis kembali perkara-perkara yang saya
suka di dalam blog. Kerana ketika itu saya berfikir, faktor utama terencatnya
penulisan di blog adalah di sebabkan faktor masa dan jugak kekangan dari segi
beban tugas yang agak berat sebagai seorang pelajar universiti.
Dan
cuti juga telah bermula. Dan saya mula untuk cuba mencari kembali mood menulis
dengan membuka beberapa blog yang sememangnya saya suka akan gaya penulisan dan
jugak cara pemikiran yang orang selalu kata di luar kotak atau bahasa yang
lebih internasionalenya adalah “think out of the box”.
Tapi
sebaliknya yang berlaku. Kalau dulu sekurang-kurangnya sehari sekali akan ada
sedikit coretan dalam blog, tapi kali ini sebulan sekali pon belom tentu lagi
blog ini akan tertulis. Jadi saya cuba mencari jawapan di sebalik apa yang
menyebabkan blog saya ini telah bersawang.
Saya
cuba menyelami diri sendiri. Tapi bukan dengan cara menyelam di dasar Sungai
Kelang yang sampai sekarang saya tidak tahu bilakah mampu untuk dilihat di
dasarnya. Projek penjernihan Sungai Klang yang begitu heboh dulu pun sudah
hilang. Mungkin tiada peruntukan dari kerajaan atau penaja merasakan
menjernihkan sungai Klang adalah satu pelaburan yang sia-sia dengan mengambil
kira sikap orang Malaysia yang masih seperti Dunia ketiga.
Berbalik
kepada persoalan. Okay, saya merasakan semakin lama saya sudah semakin kurang
untuk berfikir. Atau dalam erti kata lain, saya tidak mampu untuk mengecas
pemikiran yang bersifat kritis dan kreatif ke dalam otak. Pemikiran kritis adalah
satu element yang sangat penting dalam dunia penulisan kreatif.
Kalau
engkorang perasan, contoh penulisan kreatif dan kritis adalah seperti yang
terdapat di dalam buku-buku novel keluaran Fixi dan Lejen press, yang mana
melanggar mungkin bukan sedikit tetapi tidak terlalu banyak tatabahasa yang
tradisional di mata ahli akademik sampai terkeluar kenyataan buku fixi perosak
bahasa yang mana aku cakapini adalah kenyataan paling pelik dekad ini.
Dan
disebabkan kurangnya otak saya untuk berfungsi pasal pemikiran kritis dan
kreatif ini, maka saya kehilangan mood untuk menulis kerana tidak mampu untuk
menghasilkan sebuah penulisan yang mungkin boleh “catch the eye” sesiapa yang dating
jalan-jalan singgah blog saya yang tidak sehebat mana.
Jadi
sekarang ini, saya telah membulatkan tekad untuk kembali mendapatkan balek
pemikiran kritis dan kreatif yang telah hilang. Perkara paling penting akan
saya lakukan adalah dengan melepak di MPH dan kinokuniya sambil membaca
buku-buku yang mungkin agak sarat dengan idea seperti thinking like da vincci. Okay,
sekarang baru nampak pentingnya kemahiran KBKK jaman sekolah dulu. Dulu ingat
sekadar pelengkap system. Hiks
Chalo.assalamualaikom.