Wednesday, December 25, 2013

:: Mimpi ::



Malam ini aku mau mimpi.
Mimpi choka-choki.
Mimpi suka-suki.
Mimpi pelangi-pelangi.
Mimpi bidadari.
Mimpi yang enak sekali.

Bersama kamu.

Monday, December 2, 2013

:: Tak Kreatif ::



Aku tak arif.
Tulis satu huruf pun belum tentu habis.
Apa lagi nak habis patah sebaris.
Aku tengok kau menulis.
Penuh dakwat pen menitis.

Tolong.
Ajar aku jadi kreatif.
Lagi bonus kalau aku jadi kritis.

Sunday, December 1, 2013

:: Stesen Transit ::



Mata terpaku.
Hati tak menentu.
Keliling bisu.
Di saat kaki mahu maju.

“Chan Sow Lin”

Gema suara memberitahu
Terbuka pintu
Berlalu laju
Kau turun di stesen itu.

Aku termangu.

Saturday, November 23, 2013

:: Palat ::



Dalam hidup ini tak semua benda ibarat pancaran matahari selepas hujan.

Tak macam pelangi. Tapi boleh jadi macam pelangi. Yang getirnya banyak. Tapi manisnya tetap akan ada. Akan ada orang jaja aib engkau. Akan ada orang tikam belakang engkau. Boleh jadi akan ada orang yang akan tinggalkan engkau. Boleh jadi engkau naik pangkat jadi pengarah syarikat. Boleh jadi engkau jadi yang paling berjaya dalam satu negara.

Hari ini mungkin kelat. Esok palat. Tapi Tuah di hari lusa
 
Bersangka baiklah dengan Yang Maha Esa.

Wednesday, November 20, 2013

Manusia Tuhan.



Berlapik topeng dusta.
Kau tabur hikayat ceritera.
Seumpama kau paling sempurna.
Paling mulia dalam satu dunia.

Seyogia.
Raja Drama.

Sunday, November 17, 2013

:: Bebal ::



“Terkadang yang bebal susah nak tampal”

Kata bait lirik lagu penglipurlara. Memang akan ada satu masa, kita akan jumpa perihal manusia yang rasa dia punya pendapat paling bernas dan tidak perlu disangkal. Kalau ditegur salah melenting keluar segala amarah.

Jadi nanti, kalau engkau jumpa tabiat manusia yang begini, pesan aku senang sahaja; Kau cakap apa yang kau rasa betul, terkadang dia bukan tidak mahu mengaku engkau betul, cuma ego menidak untuk mengia apa yang dia percaya selama itu salah.
 
Nanti-nanti dia akan berfikir.