Mula perasan kebelakangan ini sangat sedikit
masa yang diperuntukkan untuk membaca buku-buku kategori separa ilmiah yang isi
bahasa tidak terlalu bermadah tetapi isi padu dan bahasa sempoi. Sebab saya
bukan jenis seorang yang boleh menangkap isi melalui buku yang disertakan
dengan gaya bahasa yang serius kerana saya ini bukan seorang yang serius.
Dan dengan kurangnya saya membaca buku-buku
akhir ini, saya dapati ada sedikit penurunan dari segi kosa kata dan tatabahasa
apatah lagi dari segi ilmu. Sebenarnya saya amat risau dengan keadaan ini sebab
ini memungkinkan saya semakin malas untuk mengupdate di belog yang dah lama
sangat usang ni.
Dengan secara tiba-tiba dilantik menjadi ahli
majlis perwakilan pelajar atau nama glamor yang lebih inzal didengar, MPP,
tanggungjawab yang harus dipikul membuatkan masa membaca lebih terbatas. Kenape
saya kate secara tiba-tiba? Ahah, sebab gua dilantik atas cadangan pensyarah,
bukan sebab gua gatal-gatal tangan isi borang pergi masuk bertanding.
Menjadi MPP tak pernah terlintas di fikiran
saya. Terus terang, saya tak pernah terbayang duduk di atas hierarki kepimpinan
mahasiswa di dalam kolej saya ini. Dan sejak dari awal semester ini, saya sudah
membayangkan untuk duduk bersenang-senang dan terus tumpu pada pelajaran lepas turun
sahaja jawatan selaku timbalan bendahari dan jugak pengerusi persatuan
perbankan dan kewangan Islam.
Dan secara tiba-tiba dilantik membuat saya
tertanya-tanya kadangkala. Sama seperti mula-mula dilantik menjadi pengerusi
persatuan melalui lantikan atas cadangan pensyarah, saya mula terfikir kenapa
saya? Kenapa mesti saya? Kenapa bukan si dia, si fulan mahupun si beliau?
Hati mula-mula berat untuk menerima. Sebab saya
tak berasa saya cukup bersedia untuk menjadi seorang ahli majlis MPP.
Tanggungjawab yang hendak digalas bukan macam jaman-jaman sekolah dulu jadi
ketua kelas, ketua keceriaan, ketua kebersihan mahupun ketua dorm. Dah bukan
macam tu. Dua tiga hari macam jasad tanpa roh. Melayang sampai Bangkahulu.
Tapi kata-kata seorang yang gua sudah anggap
macam seorang abang, lebih lagi seperti seorang saudara buat gua kembali
berpijak atas tanah. Dia kata, Allah telah merancang. Redhalah dengan
perancangan ini. Allah tak kan bebankan hambanya dengan sesuatu yang dia tidak
mampu. Dan ada sebab kenapa kau dipilih, bukan dia, bukan si fulan mahupun
beliau.
Atas dasar itu, gua kembali semangat. Hati yang
mulanya berat, kini sedikit demi sedikit mula berubah menjadi ikhlas. Tetiba
saje rase seronok menuai bakti untuk membantu dan bersama membantu mahasiswa di
sini. Mungkin agak lambat di permulaan, tapi saya yakin, masa yang berlalu,
pengalaman yang diraih akan membantu di kemudian hari.
Dan satu sahaja yang saya berharap. Semoga diri
ini terus tabah menggalas tanggungjawab yang kini dah seberat gunung Everest di
bahu ini.
Chalo. Assalamualaikum