Sunday, July 15, 2012

:: TenTAng SahaBat ::

Melalui minggu-mingu yang agak mencabar dan sangat sibuk sejak kebelakangan ini, membuatkan gua sendiri tidak perasan bahawa kita sebenarnya telahpun melepasi setengah tahun di tahun 2012 ini. Dan nampaknya, ramalan kalendar kaum Mayan yang mengatakan bumi akan kiamat pada tahun ini makin dilupakan oleh umat manusia seantero dunia.


Tolak ketepi pasal hari kiamat. Kerana Hari Kiamat adalah hak ekslusif yang hanya diketahui oleh Allah yang Maha Agung. Sebagai umat islam, apa yang mampu kita buat hanyalah berdoa semoga hati-hati kita ini ditetapkan untuk terus beriman dan beramal hanya kepada Allah yang Maha Esa.


Sepertinya hari ini, gua terasa mahu membebel sikit dalam blog gua yang sudah agak berhabuk ditinggalkan. Beberapa minggu yang berlalu kebelakangan ini, gua banyak memikirkan tentang kawan-kawan yang berada di sekeliling hidup gua sekarang. Seperkara yang terdetik di akal fikiran gua tatkala ini adalah, macam mana gua nak kenal pasti ini sahabat atau kawan?


Kalau engkorang tahu fesbuk gua, engkorang akan dapati, ade seribu lebih friends gua dekat fesbuk. Tapi mohon jangan tertipu. Bilangan friends yang ramai itu bukan bermakna gua kenal semuanya. Ade yang pesen-pesen add, borak 2,3 hari, pastu bertahun senyap. Ade yang pesen sekejap ade sekejap takde. Ade jugak yang pesen-pesen cube mengorat gua. Kah kah. Dan ada jugak yang setiapkali gua online akan terus berborak dan bercerita dengan gua sampai gua terpaksa offline buat-buat ade hal sebab dah tak larat nak berborak.


Namun begitu, dalam dunia realiti, member-member gua boleh dikategorikan banyak jugak. Tapi, tak semua yang jadi member gua itu akan sentiasa berada di sisi setiap kali gua amat memerlukan. Tak semua. Sebab itu, beberapa menjak ni gua banyak memikir, siape sebenarnya mereka yang betul-betul berada di sisi diri ini, menyokong dan memberi semangat tak kira taufan monsoon timur laut Afrika datang sekalipun, dia tetap di sisi.


Dan mereka ada tatkala gua memerlukan. Mereka ada tidak hanya ketika gua berhati ceria, tapi jugak di masa-masa gua memerlukan bahu dan tisu untuk bercerita. Dan sepertinya, orang-orang ini bukanlah layak untuk gua letakkan title sebagai kawan-kawan atau member-member. Tak layak. Sebab mereka sebenarnya layak untuk mendapat title yang lebih hebat. SAHABAT.


Tepat. Mereka adalah sahabat. Yang sanggup berdiri, duduk, bersila, menangis, ketawa, berlari, berjalan, dan memimpin tatkala gua amat-amat memerlukan. Yang akan duduk dan berkata “rileks ok? Aku tau kau boleh. Ko kan power” sambil tersenyum memberikan kekuatan. Mereka ini adalah harta yang paling tidak ternilai. Kata orang, hilang harta, kekayaan, pangkat sekalipun tak mengapa. Jangan kita hilang sahabat dan keluarga.


Dan untuk mereka-mereka yang terhebat, terima kasih sebab terus dan terus berada di sisi diri ini sehingga sekarang. Engkorang tak ternilai. Buat Zulhelmi, Apiz Mujib, Adilla, Iqtiyani, Acap nizam, Paan Zukri, Ajai, Husaini, Ikhwan, terima kasih sangat-sangat. Anda telah mewarnai hidup saya. Maaf untuk teman-teman lain, sebab tatkala entri ini tertulis, hanya nama-nama ini yang muncul. 


Tapi, untuk yang lain, jangan risau. tak bermakna kalau nama anda tiada anda bukan sahabat. Bukan. Kita semua tetap sahabat. Tetap. Sekali kita bersahabat, walau sekali kita bertegur, kita tetap sahabat. Sampai ke syurga. Insyaallah =)



4 comments:

  1. Hmm, friends dekat FB beribu tp yg betul2 Ee rasa betul-betul kawan cuma sorang T___T

    http://thenurulee.blogspot.com/2012/07/day-night-in-village.html

    ReplyDelete
  2. thanks sahabat ats mention my name 4 ur petikan blog ni..sungguh terharu ble bace ayt ko...smoga persahabatan kita kekal hingga ke syurga bersama wak apis mujib tu ye..hehee..tanpa korg,spe la aku hari ni..tanpa korg,tah ape jd kt aku...huhu

    ReplyDelete
  3. ya, anda pandai bezakan kawan dengan sahabat.jauh bezanya tu.

    ReplyDelete