Ada satu hakikat yang
perlu kita terima. Untuk setiap permulaan, yang pertama kali, memang akan
susah. Tapi jangan cepat mengalah. Andai yang pertama kali jatuh lelah, kau
bangkit sampai tidak lagi terkalah.
Mungkin bukan di
percubaan satu. Mungkin juga di bukan di percubaan dua. Malah, ada yang sampai beratus
kali mencuba masih belum lagi mampu untuk bermula. Cuma, di mana kau letak
semangat untuk terus sahaja melangkah tanpa pernah terdetik untuk mengalah,
hakikatnya, kita sebenarnya telah pun bermula.
Kita mula belajar untuk tidak mahu mengalah.
No comments:
Post a Comment