Sunday, August 21, 2011

:: LaGu HaRi iNi ::


tak kira siapa kita, di mana kita berada, apa yang kita lakukan, untuk apa kita melakukan itu
tapi yang gua tau, yang gua agak, yang gua rasa
semua nak mencari sebuah penghidupan yang baik
GOOD LIFE
tak salah, malah itu patut dijadikan impian. kehidupan yang baik untuk semua

Chalo. have a Good, Good, Good Life

:: KaLa HeNiNg PaGi iTu ::


Tiba-tiba mataku terbuka tanpa disuruh. Secara separa sedar, aku terjaga dari tidur. Badan aku tanpa dipaksa bangun dengan sendirinya. Dah rase macam seekers pulak.

Bangun sahaja badan, aku terpinga. Dah rase macam orang baru lepas bebas dari penjara Alcatraz. Kabur, tak tau ape-ape. Aku lihat di sekeliling aku. Gelap sahaja. Cume sedikit berbalam-balam. Naseb baek. Ade jugak petunjuk di dalam kegelapan ni. 

Dalam kebalaman itu, aku cuba perhati keadaan sekeliling. Di mana aku ni? Rasanya tempat ini memang sangat tidak asing lagi pada aku. Susun atur dan darjah kekemasan tempat ini memang dah jadi kebiasaan pada aku. Lama aku amati. Owh, bilik aku sendiri rupanya.

Aku melangkah keluar dari bilik. Haus. Tekak aku meminta diisi. Di atas meja ade air mangga lebihan dari bukak pause tadi. Boleh lah. Janji tekak aku tak haus. Secawan aku teguk. Sungguh nikmat.

Usai minum, aku duduk sebentar. Jam di dinding aku tenung. Ah, baru pukul 3.30 pagi. Ini bukan kali pertama. Sudah berkali-kali jugak aku terjaga di kala waktu-waktu yang penuh dengan keheningan begini. Gangguan biologi. Mungkin lah. Itu sahaja yang aku mampu agak berdasarkan dari keadaan aku sering terjaga di masa-masa macam ni.

Sudah 5 minit. 5 minit aku duduk di situ. Entah kenapa, secara tiba-tiba fikiran aku memikir. Perlahan-perlahan aku imbas sedikit segala dosa-dosa lampau yang telah terlaku. Banyak sekali. Tak terkira

Beautiful landscape

Tapi aku kira, Yang Maha Esa masih lagi Maha Mengasihani. Aku masih lagi bernafas, masih lagi bernyawa, masih lagi mampu tersenyum gembira. Walhal assignment yang diberi, kefardhuan yang disuruhi aku masih lagi tak mampu laksana. Ni kalau dekat kolej, dah konfem kene barred teros. No mercy pals.

Teringat aku satu rangkap ayat “ Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia” . ayat itu, diulang-ulang dalam kotak fikiran.

3.40 sudah 10 minit aku duduk terlanga. Dah macam orang gile di bawah jambatan di pinggir Sungai Kelang. Hidup dalam dunia ciptaan sendiri. Tapi aku bukan sebegitu.

3.45 aku lihat jam di dinding. Aku toleh sekeliling. Terlihat naskhah alquran resam uthmani tersusun rapi di atas rak di tepi dinding. Bagai ade tarikan, aku bangun lalu aku ambil al quran itu. Tidak kubaca, tapi tafsir diaamati.

Ah, ape aku tunggu lagi. Segera aku berlari. Pintu bilik air ku tolak. Pili air kupulas. Mengikut rukun segera aku ambil wuduk. Usai itu, sejadah yang elok terlipat aku bentangkan. Tangan diangkat. Takbir diucap.

Pulanglah. Kembali kepada fitrah Tuhanmu. Yang Maha mengasihani, maha pemurah lagi Maha Penyayang. 10 malam terakhir, 1000 bulan cuba aku genggami.

Dan tidaklah aku menciptakan Jin Dan Manusia melainkan supaya mereka mengabdi (menyembah) kepada-Ku “ (51:56)


Saturday, August 20, 2011

:: UcApAn TeRiMa KaSiH uNtUk 500 ::

500. aku ingat lagi, mase mule-mule Sahabat Blogger diasaskan, angka 500 ahli dicapai di dalam masa tak sampai 2 bulan. Masa tu untuk mencapai permulaan ke arah 500 pada mulanya agak mustahil. Gua ingat lagi, pengasas bersama Sahabat Blogger, Acap ngan Amal, mule-mule sekali diorang due ni cakap kalau boleh dapat 200 orang dalam setahun pon dah kire tervaek.



Tak sangke dalam mase 3 bulan angka keahlian meningkat mendadak menjadi 1000. Sebagai sahabat, gua bangge dengan membe2 gua. Sekarang sudah lebis 12 ribu ahli, antara grup blogger terfemes di Malaysia.

500. kalau dikira, aku agak same banyaknye dengan jumlah soalan latihan dalam buku undang-undang keselamatan jalan raya yang korang sume distandardkan untuk mencube menjawab semua 500 soalan berkaitan undang-undang dan etika di jalan raya.

500, itu jumlah Beruang Gizzly yang diancam kepupusan. Korang boleh imajin betapa terancam sepsis beruang ni bile populasi untuk seluruh dunia cume 500 ekor aje. Aku syak penduduk Kampung Pisang jauh lebih ramai dari ni.

Aku agak mesti korang berfikir-fikir ape yang aku cuba sampaikan. Ape kaitan angka 500 pertama keahlian Sahabat Blogger, 500 soalan JPJ dan jugak 500 ekor beruang Gizzly di serata dunia.

untuk semua, ini, angka ini, buat aku terharu. terima kaseh, itu sahaje aku mampu lafazkan

Aku pon malas nak pusing-pusing. Terima kaseh. Untuk follower aku. Ye, untuk mereka yang sudi untuk follow aku. Tak aku sangka, tak aku duga, sudah 500 orang. Satu angka yang tak terduga. Sementelah blog ini juga belom cukup haulnya. Belom setahun lagi. Kalau ikut kitaran manusia, belom tentu mampu berjalan lagi.sekadar merangkak-rangkak.

Dan aku kira juga, mungkin nilai 500 ini hanya biase-biase. Di kala mereka-mereka yang seangkatan dengan aku sudah pon ade yang lebih dari 1000. Kalau tak sampai seribu pun kire dah lame lepas 500 ni.

Tapi itu rejeki masing-masing. Dan gua bersyukur. Even aku malas-malas untuk update, nak kate sebulan sekali boleh update pon dah cukup bermakna. Faktor kemalasan dan jugak keghairahan sedikit sebanyak mempengaruhi. Itu tak dinafikan.

Tapi percayalah, bukan kuantiti yang aku kejar. Tapi kualiti yang aku sasar. Tak ade gune kalau aku update tetapi isi tiada, penyampaian tak bermakna dan paling aku takut, menimbulkan fitnah dan jugak umpatan. Tidak, aku tak nak menjadi seperti itu.


Biarlah sedikit, biarlah tidak selalu update. Tapi ini azam aku. Sedaya upaya setiap kali aku update, entri-entri berkualiti akan aku sajikan. Akan aku limpahkan buat para pembaca.

Untuk si empunye pemilik blog ini merangkap follower ke 500, terima kaseh aku ucapkan. Maaf, aku tak mampu untuk memberikan hadiah mahupun ape-ape ganjaran seperti yang lazim dilakukan oleh blogger lain untuk follower yang mencapai angka yang disasarkan. Maaf, hanya ucapan terima kaseh dan berbesar hati mampu aku berikan.

Untuk ini, aku rasa cukup dulu sampai di sini. Dengan ini aku menggulung ucapan terima kaseh untuk 500 ini. Terima kaseh kepada mereka yang sudi untuk follow blog picisan ni. Terima kaseh tidak terhingga. Kerana korang, semangat ini teros membara. Terima kaseh sekali lagi

Arigato.chalo.assalamualaikum


:: PeRaSaaN iNi ::


Setiap kali aku meneliti skrin komputer aku yang berukuran 14 inci, dalam ingatan aku akan teros ke blog-blog yang menjadi perhatian diriku. Menanti setiap perkara-perkara yang baru diceritakan, menunggu setiap permasalahan yang diperkatakan, meniti setiap buah fikiran yang dilontarkan dan mengamati setiap bait-bait kata yang diungkapkan.


Hakikatnya, aku harus akui, ayat-ayat yang depa semua yang aku tunggu-tunggu setiap kali laptop dell inspiron gua ini diONkan dan di ONLINEkan, memang tervaek, terganas dan terhebat sekali. Ini bukan ayat kasi kipas.ini memang tulisan tulus dari hati.



Ape lagi aku boleh cakap? Penulisan diorang-diorang ni ibarat Leonardo da vincci sedang menumpu seluruh jiwa ke atas lukisan, ibarat Shakespeare menyawakan Sonnet2 yang dikarang serta ibarat Red Baron menjarah ruang angkasa bagi memberikan Jerman cengkaman kukuh di dalam WW1.


Dan setiap kali itu juga, hadirnya perasaan-perasaan yang berbagai.perasaan ini kalau gua nak cerita macam suara bisikan halus yang mengarah aku untuk mengupdate blog dengan menggunakan idea-idea dan ayat-ayat yang striking lagi klitoris. Dah rase macam aq ade satu lagi diri yang lain, macam dr Jekyl dan Mr Hyde.satu sisi aku ni setiap hari akan memaksa aku untuk update blog.



Tapi satu sisi yang lain pulak akan cakap, ko nak update ayat nak kene power.tapi kalau dah tak dapat nak create ayat yang hebat-hebat buat tak tau je lah.jangan update.nanti ko jugak yang rase tak best bile nak bace balek entri-entri ko sendiri.


Perasaan ini, bisikan-bisikan ini yang sebenarnya membunuh diri aku. Nak kate tak ade mase, assignment sume sudah setel, ape lagi gua mahu buat? Baca buku? Rasenye dah naek tepu asik nak membaca buku-buku pasal ekonomi. Well, kalau kau orang sume nak tau, untuk semester kali ni hanya satu sahaja subjek pengiraan, yang laen sume pasal ekonomi.baek dari ekonomi islam mahupun yang bersifat kapitalis, komunis dan sosial apatah lagi campuran.



Akibat dari terlalu mengharap mencapai tahap seperti lensarosak dan tehtarikgelasbesar, itu lah yang terjadi. Perasaan ini, rasa terlalu ingin mencapai sifat kesempurnaan, perasaan ini yang membunuh diri aku.


Bile mane aku tak dapat untuk memberikan yang SEMPURNA itu, sudahnya aku sendiri yang membunuh niat untuk berblog. Aku sendiri yang menguburkan blog aku sendiri. Padahal aku lupa, tagline blog aku, ruangku.hidupku.nyawaku.ceritaku.


jalan menuju kesempurnaan tak akan pernah tamat



Sepatotnya aku hadirkan ruang untuk diri aku sendiri. Blog ini sudah menjadi seperti sebahagian dari hidup aku sendiri.cerita yang berkisarkan ape yang aku alami dalam hidup ini, pengalaman dan pelajaran dari hidup ini yang patot aku ceritakan. Sebab cerita-cerita aku itu sendiri adalah ibarat sebahagian daripada nyawa diri aku.

Tapi aku lupe. Aku alpa.aku sendiri yang mereka garis panduan, kata-kata panduan itu.tapi aku sendiri yang mengingkarinya.

Perasaan ini.ya perasaan ini. Pergilah kau menjauh dari hidupku.semangat, datang lah kepada aku. Tiupkan kembali perasaan ini. Kepada blog, maaf. Di atas sikap aku yang terlalu ingin kepada kesempurnaan, kau terabai. Map, mari kite buka semula cerita baru.

Chalo.assalamualaikum!