Sunday, August 21, 2011

:: KaLa HeNiNg PaGi iTu ::


Tiba-tiba mataku terbuka tanpa disuruh. Secara separa sedar, aku terjaga dari tidur. Badan aku tanpa dipaksa bangun dengan sendirinya. Dah rase macam seekers pulak.

Bangun sahaja badan, aku terpinga. Dah rase macam orang baru lepas bebas dari penjara Alcatraz. Kabur, tak tau ape-ape. Aku lihat di sekeliling aku. Gelap sahaja. Cume sedikit berbalam-balam. Naseb baek. Ade jugak petunjuk di dalam kegelapan ni. 

Dalam kebalaman itu, aku cuba perhati keadaan sekeliling. Di mana aku ni? Rasanya tempat ini memang sangat tidak asing lagi pada aku. Susun atur dan darjah kekemasan tempat ini memang dah jadi kebiasaan pada aku. Lama aku amati. Owh, bilik aku sendiri rupanya.

Aku melangkah keluar dari bilik. Haus. Tekak aku meminta diisi. Di atas meja ade air mangga lebihan dari bukak pause tadi. Boleh lah. Janji tekak aku tak haus. Secawan aku teguk. Sungguh nikmat.

Usai minum, aku duduk sebentar. Jam di dinding aku tenung. Ah, baru pukul 3.30 pagi. Ini bukan kali pertama. Sudah berkali-kali jugak aku terjaga di kala waktu-waktu yang penuh dengan keheningan begini. Gangguan biologi. Mungkin lah. Itu sahaja yang aku mampu agak berdasarkan dari keadaan aku sering terjaga di masa-masa macam ni.

Sudah 5 minit. 5 minit aku duduk di situ. Entah kenapa, secara tiba-tiba fikiran aku memikir. Perlahan-perlahan aku imbas sedikit segala dosa-dosa lampau yang telah terlaku. Banyak sekali. Tak terkira

Beautiful landscape

Tapi aku kira, Yang Maha Esa masih lagi Maha Mengasihani. Aku masih lagi bernafas, masih lagi bernyawa, masih lagi mampu tersenyum gembira. Walhal assignment yang diberi, kefardhuan yang disuruhi aku masih lagi tak mampu laksana. Ni kalau dekat kolej, dah konfem kene barred teros. No mercy pals.

Teringat aku satu rangkap ayat “ Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia” . ayat itu, diulang-ulang dalam kotak fikiran.

3.40 sudah 10 minit aku duduk terlanga. Dah macam orang gile di bawah jambatan di pinggir Sungai Kelang. Hidup dalam dunia ciptaan sendiri. Tapi aku bukan sebegitu.

3.45 aku lihat jam di dinding. Aku toleh sekeliling. Terlihat naskhah alquran resam uthmani tersusun rapi di atas rak di tepi dinding. Bagai ade tarikan, aku bangun lalu aku ambil al quran itu. Tidak kubaca, tapi tafsir diaamati.

Ah, ape aku tunggu lagi. Segera aku berlari. Pintu bilik air ku tolak. Pili air kupulas. Mengikut rukun segera aku ambil wuduk. Usai itu, sejadah yang elok terlipat aku bentangkan. Tangan diangkat. Takbir diucap.

Pulanglah. Kembali kepada fitrah Tuhanmu. Yang Maha mengasihani, maha pemurah lagi Maha Penyayang. 10 malam terakhir, 1000 bulan cuba aku genggami.

Dan tidaklah aku menciptakan Jin Dan Manusia melainkan supaya mereka mengabdi (menyembah) kepada-Ku “ (51:56)


No comments:

Post a Comment