Tak sangke dalam mase 3 bulan angka keahlian meningkat mendadak menjadi 1000. Sebagai sahabat, gua bangge dengan membe2 gua. Sekarang sudah lebis 12 ribu ahli, antara grup blogger terfemes di Malaysia.
500. kalau dikira, aku agak same banyaknye dengan jumlah soalan latihan dalam buku undang-undang keselamatan jalan raya yang korang sume distandardkan untuk mencube menjawab semua 500 soalan berkaitan undang-undang dan etika di jalan raya.
500, itu jumlah Beruang Gizzly yang diancam kepupusan. Korang boleh imajin betapa terancam sepsis beruang ni bile populasi untuk seluruh dunia cume 500 ekor aje. Aku syak penduduk Kampung Pisang jauh lebih ramai dari ni.
untuk semua, ini, angka ini, buat aku terharu. terima kaseh, itu sahaje aku mampu lafazkan
Aku pon malas nak pusing-pusing. Terima kaseh. Untuk follower aku. Ye, untuk mereka yang sudi untuk follow aku. Tak aku sangka, tak aku duga, sudah 500 orang. Satu angka yang tak terduga. Sementelah blog ini juga belom cukup haulnya. Belom setahun lagi. Kalau ikut kitaran manusia, belom tentu mampu berjalan lagi.sekadar merangkak-rangkak.
Dan aku kira juga, mungkin nilai 500 ini hanya biase-biase. Di kala mereka-mereka yang seangkatan dengan aku sudah pon ade yang lebih dari 1000. Kalau tak sampai seribu pun kire dah lame lepas 500 ni.
Tapi itu rejeki masing-masing. Dan gua bersyukur. Even aku malas-malas untuk update, nak kate sebulan sekali boleh update pon dah cukup bermakna. Faktor kemalasan dan jugak keghairahan sedikit sebanyak mempengaruhi. Itu tak dinafikan.
Biarlah sedikit, biarlah tidak selalu update. Tapi ini azam aku. Sedaya upaya setiap kali aku update, entri-entri berkualiti akan aku sajikan. Akan aku limpahkan buat para pembaca.
Untuk si empunye pemilik blog ini merangkap follower ke 500, terima kaseh aku ucapkan. Maaf, aku tak mampu untuk memberikan hadiah mahupun ape-ape ganjaran seperti yang lazim dilakukan oleh blogger lain untuk follower yang mencapai angka yang disasarkan. Maaf, hanya ucapan terima kaseh dan berbesar hati mampu aku berikan.
Untuk ini, aku rasa cukup dulu sampai di sini. Dengan ini aku menggulung ucapan terima kaseh untuk 500 ini. Terima kaseh kepada mereka yang sudi untuk follow blog picisan ni. Terima kaseh tidak terhingga. Kerana korang, semangat ini teros membara. Terima kaseh sekali lagi
tahniah tahniah!! biar aku lak jadi follower kau yg ke 502 yer..hehe
ReplyDelete