Monday, February 6, 2012

:: AssiGnmenT dan Masa KecEdeRaan ::

Rasenye dah lame aku tak menulis apa-apa dalam blog yang cukup picisan ni.bukan ape, sebulan kebelakangan ni dari bulan satu non-stop sampai bulan dua kerja bertalu-talu menyerang. Mungkin ada silap aku jugak menangguh-nangguhkan kerja. Tapi bak kata falsafah, assignment teragong adalah assignment yang terhasil pada minit-minit terakhir.


Manusia bila berada dalam satu masa di mana dia rase selesa or kelapangan, kadar kecenderungan otak dan akal dia untuk berfikir adalah di bawah kadar 50 peratus aku rasa. Ini berdasarkan kajian yang aku lakukan sendiri. Apa, lu ingat Meleis tak boleh buat kajian ke? Mungkin gua ada baka Newton tanpa sedar.kih kih


Dan itu yang terjadi. Di awal-awal sem dulu, masa aku banyak je. And everytime ada masa terluang memang kaki akan melangkah ke library. Tapi aku tak faham, masa-masa macam ni tiap kali aku cuba carik bahan je, memang semedang tak jumpa-jumpa. Makanya, setelah beberapa waktu, buku lain yang akan aku baca sambil mengatakan, takpe, esok ade lagi.


Dan seterusnya sampai ke saat-saat kecederaan sebelum assignment di hantar. Dan di saat-saat ini biasanya terhasil moment of miracle.


Ajaib bila mana buku-buku yang aku dok carik dari awal sem tiba-tiba ada di rak buku. Walhal setiap kali aku carik dekat rak yang sama mesti takde je buku. Mungkin bunian ambik pinjam baca kot?


Dan satu lagi, tiba-tiba otak gua akan jadi ligat untuk berfikir. Tanpa sedar, kalau sebelum ni yang menghasilkan sepatah perkataan, agak susah jugak. Duduk depan laptop setengah jam gua jamin belom tentu sepatah huruf pun mampu gua taipkan. Tapi tidak pulak untuk chat di fesbuk. Kih kih.


Dan sebab itu gua cakap di masa kecederaan ini otak berada di tahap maksimum. Ibarat pemain bola yang akan menggunakan pendekatan ‘pump the ball into the penalty area’, dengan keeper sekali join masok kotak penalty, macam tu jugak otak gua bergerak.


Ada je point-point penting yang akan dijumpai. Kalau search dekat google, terus tau nak taip keywords ape untuk carik bahan-bahan yang diperlukan. Ouh, btw, google is the best lecturer aku rase. Tak caya engkorang tanye para pelajar unibersiti, bahan mana paling digunakan dalam mencari sesuatu perkara. Konfem diorang jawab, GOOGLE JE.


Tapi bagaimanapun, kadang-kadang gua rase assignment di minit-minit akhir lebih lejen intipati kalau nak dibandingkan dengan assignment yang siap di awal waktu. Tahap lejen boleh diukur dengan tebalnya assgment hampir menyamai sebuah penghasilan thesis.


Eh dah lah, gua nak sambung buat assignment dulu.esok kene hantar woi! Chalo, assalamualaikum.

1 comment:

  1. assalamualaikum .

    saya SantaClown @ Founder D3SiG . sebagai yang baru di dunia blogging ini , saya ingin meminta tolong kepada anda untuk membantu kami dalam mempromosikan servis terbaru kami iaitu D3SiG . dalam catalan , desig membawa maksud wish (harapan) . di web kami , kami menerima perMINTAan yang diminta dan akan usaha untuk menunaikannya . setiap permintaan dicas serendah RM10.00 sahaja .

    datanglah lawat ke blog kami untuk maklumat yang lebih lanjut.

    http://d3sig-ing.blogspot.com/

    ikhlas,
    SantaClown .

    ReplyDelete