Monday, March 19, 2012

:: MaNuSia SiStEm ::

Tatkala entri ini ditaip, aku baru memulakan cuti semester yang agak panjang pada kali ini. 2 bulan setengah. Jadi, di masa-masa yang masih lagi segar dengan maklumat-maklumat terkini sebelom otak menjadi malas untuk berfikir, jadi eloklah rasenye untuk aku mencoret sedikit karutan di dalam blog yang dah sepurnama kene tinggal.

Esok hampir beratus ribu pelajar akan menerima keputusan SPM. Untuk negara seperti Malaysia yang cenderung kea rah exam-oriented, maka yang akan ditonjolkan esok adalah mereka yang Berjaya menggapai keputusan yang paling cemerlang. Itu lumrah. Mereka yang Berjaya di sanjung, yang kurang berjaya sedikit dilupai.


Aku dulu mengakulah yang aku ni antara manusia yang lebih memandang kepada pencapaian akademik dalam menilai kehebatan seseorang. Tapi, bila masa berlalu, dan setelah banyak benda yang aku pelajari dan perhati, maka aku terfikir, adakah semua yang pencapaian akademik yang hebat menentukan cemerlang atau gelap mase depannya?
Kita menghafal buku-buku, formula dan sebagainya untuk kita dapat menjawab segala soalan yang termaktub di dalam kertas periksa. Kita dituntut untuk cemerlang dalam akademik. Mendapatkan markah yang bagos, markah yang tinggi. Ibubapa menekan anak-anak untuk mendapat result yang bagos. Kalau tak bagos nanti malu dengan saudara-saudara lain yang anak diorang keputusan bagos-bagos.

Guru menekan murid-murid untuk berjaya dalam peperiksaan. Kalau tak, mereka akan ditekan oleh pihak atasan, mintak tunjuk sebab kenapa keputusan yang tidak cemerlang tidak terhasil.

Dan hasilnya, hari ini kita dapat menyaksikan kelahiran generasi yang berjaya dari akademik tetapi dari segi skil, komunikasi, pengurusan dan sebagainya entah ke mana. Kita tidak berkeyakinan untuk menyampaikan apa yang terbuku di dalam hati, persoalan yang berlegar di minda. Ruang ilmu kita hanya terbatas dari apa yang kita dapat dalam buku.


Kita sebenarnya melahirkan manusia sistem. Sesuatu yang ditakuti di Malaysia ialah pada suatu hari nanti, kita akan melahirkan generasi yang rakus dalam mengejar kejayaan tanpa menghiraukan aspek sosial kehidupan.

Kita memuja mereka yang berjaya. Kita melupakan mereka yang kurang berjaya. Kita pinggirkan mereka. Mereka yang dianggap tak berjaya sebab tak dapat keputusan yang cemerlang dalam sistem ni akan terus terpinggir. Di akhirnya, jangan salahkan mereka kalau mereka ada membuat silap. Sebab kita jugak bersalah sebenarnya dalam menilai mereka.

Eh, aku pun dah tak tahu ape aku karotkan ni.chalo.assalamualaikom.renung-renungkan



 

No comments:

Post a Comment