Rasanya
macam baru semalam gua bermain gelongsor dekat tadika. Macam baru semalam gua
menangis masa mula-mula nak masuk tadika. Habis satu taman dengar gua melalak
first time nak masuk tadika. Bile pikir balek buat malu gua je dekat golongan
makwe-makwe sebab menangis kalah gaya Uda dan Dara. Ahh, bebudak lagi masa tu,
ape nak piker ye dak? Dan
gua jugak rasa macam baru semalam masuk tahun satu sekolah rendah. Belajar
gosok gigi dengan nurse dekat sekolah. Gigih bawak berus gigi dengan cawan
gambar kartun dragon ball pergi sekolah. Rasanya
jugak macam baru semalam gua amek peperiksaan UPSR. Baru semalam gua rasa gua
dapat 5A dalam UPSR. Berlari satu sekolah gua time tu. Mane taknya, sepupu dah
janji satu A RM10, so kalau 5A dah dapat RM50. Itu la first dan last time
sepupu gua nak buat janji macam tu, lepas tu tak berani nak buat dah. Seperti
baru semalam rasanye daftar masuk SEMESTA dekat Raub. Belajar duduk dekat
asrama. Pejam celik pejam celik, 5 tahun dekat sekolah dah habes rupanya. Macam-macam
hal berlaku sepanjang masa tu. PMR dan SPM pun dah habes. Masa
berlalu begitu pantas. Teringat lagi masa mula-mula daftar masuk diploma kat
KUIS. Tup tup, dah habes diploma, dah selamat bergraduasi dan sekarang sambung
pulak degree. Dan
sekarang, sedar tak sedar rupanya sudah berusia 22 tahun sudah diri ini. Baru
tetibe terase diri ini tua. Tapi tak mengapa, masih ramai yang mengatakan gua
bagai remaja yang baru berusia 16 tahun. Hihi. Gua terima itu sebagai satu
pujian dengan penuh kembang kuncup. Menginjak
usia 22 tahun, banyak lagi sebenarnya yang masih belum dapat direalisasikan. Dalam
hati banyak lagi benda yang ingin dicapai. Banyak lagi harapan dan impian yang
ingin dikejar. Walau tak semua harapan dan impian itu dapat dicapai. Mungkin akan
ada impian yang tak mungkin untuk saya capai. Cita-cita
gua dari kecik nak jadi seorang peguam. Tapi sebab encik ayah tak bagi gua
sambung dalam bidang undang-undang atas sebab-sebab yang sukar nak dijelaskan
di sini, maka nak tak nak gua terpaksa sambung dalam bidang kewangan. Mula-mula
gua cuak jugak. Mana taknya, sekolah dulu asyik G9 aje matematik dan add math. Kalau
engkorang jadi gua mesti cuak jugak gua rasa. Tapi
betul kata seorang teman, kadang-kadang Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi
Allah beri apa yang kita perlu. Dan mungkin jugak berkat ikut pilihan mak ayah,
setiap semester gua berjaya dapat dekan, sesuatu yang mungkin sampai sekarang
kadang-kadang diri ini susah nak percaya sebab masa jaman sekolah dulu, gua
antara muka tetap kelas-kelas tambahan dan pemulihan sebab selalu dapat markah
rendah. Tapi
walau apapun, di usia 22 tahun, gua mengharapkan mungkin akan jatuh dari langit
sebuah telefon bimbit pintar atau skrin sentuh sebagai sebuah hadiah. Tapi,
mungkin itu satu mimpi dan angan-angan yang mungkin hanya tercapai lagi 2
tahun. Mungkin. Kecuali kalau ada yang nak belanja. Ok,
cukup mengarut sampai di sini. Chalo. Assalamualaikum.
Dulu saya pernah terfikir, mungkin satu hari nanti saya akan mula cari jalan untuk kenal apa objektif saya hidup di dunia. mungkin satu hari nanti saya akan mula berasa penat dengan apa yang ada di sekeliling ruang hidup saya ini. mungkin ketika itu, menulis bukan satu lagi keghairahan, menonton tibi bukan lagi sesuatu yang mengujakan. Malah, mungkin satu ketika itu, menonton perlawanan-perlawanan Man United dan Harimau Malaya bukan lagi menginzalkan. Baru-baru ini seorang sahabat menelefon. bercerita betapa dia benar-benar ingin berubah. Dalam erti kata yang laen hijrah. Dia bercerita kepada saya bagaimana tidak pernah sebelum ini dibuatnya solat di saf paling hadapan sekali di belakang imam. Dia bercerita bagaimana secara tiba-tiba sebaknya diri tatkala mendengar khutbah dari pak imam. Dia juga menceritakan bagaimana beliau teresak-esak menangis berdoa kepada Allah agar diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu. Bagaimana tatkala beliau sujud di dalam solat, bagaikan slide show, kisah-kisah lampaunya ditunjuk satu persatu. Betapa banyak dosa telah dilakukan kepada yang Maha pemberi nyawa dan nikmat. Dia insan paling bertuah aku kira. Diberi petunjuk dan hidayah dari Allah. Lebih manis, kesemua itu diberi pada penghulu segala hari. Benarlah kata-kata, "Hati itu Milik Allah. Hati kita, Hati saya, Hati awak, Hati kalian. Hati itu milik Allah". Sahabat itu juga memohon agar membantu dia untuk sama-sama cari jalan menuju Allah. Aku tersenyum. Dalam hati terpanjat rasa syukur dan gembira. Sahabat mana tidak gembira bila melihat sahabat yang rapat mahu berubah. Melihat akan dia, aku kembali melihat diri ini. persoalan itu kembali terlontar. Bila pula masanya untuk aku? Sejak dari mula membaca sebuah novel dari Hlovate, hati kadang-kadang bertanya kepada diri sendiri, bila masa itu akan tiba? Bila hati ini akan mula mencari jawapan untuk mencari hakikat sebenar hidup di atas muka bumi ini? Akan tiba masanya nanti, bila mana semua yang ada di sekeliling ini tidak lagi mengujakan. akan tiba. Akan tiba nanti di mana masa itu, kita semua akan mula cari jalan pulang semula mengenal hakikat diri. Akan tiba nanti masanya kita akan berkata kepada diri, cukup, sudah. Mungkin, masa menentukan. Moga Hidayah itu juga datang kepadaku.