Dulu saya pernah terfikir, mungkin satu hari nanti saya akan mula cari jalan untuk kenal apa objektif saya hidup di dunia. mungkin satu hari nanti saya akan mula berasa penat dengan apa yang ada di sekeliling ruang hidup saya ini. mungkin ketika itu, menulis bukan satu lagi keghairahan, menonton tibi bukan lagi sesuatu yang mengujakan. Malah, mungkin satu ketika itu, menonton perlawanan-perlawanan Man United dan Harimau Malaya bukan lagi menginzalkan.
Baru-baru ini seorang sahabat menelefon. bercerita betapa dia benar-benar ingin berubah. Dalam erti kata yang laen hijrah. Dia bercerita kepada saya bagaimana tidak pernah sebelum ini dibuatnya solat di saf paling hadapan sekali di belakang imam. Dia bercerita bagaimana secara tiba-tiba sebaknya diri tatkala mendengar khutbah dari pak imam.
Dia juga menceritakan bagaimana beliau teresak-esak menangis berdoa kepada Allah agar diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu. Bagaimana tatkala beliau sujud di dalam solat, bagaikan slide show, kisah-kisah lampaunya ditunjuk satu persatu. Betapa banyak dosa telah dilakukan kepada yang Maha pemberi nyawa dan nikmat.
Dia insan paling bertuah aku kira. Diberi petunjuk dan hidayah dari Allah. Lebih manis, kesemua itu diberi pada penghulu segala hari. Benarlah kata-kata, "Hati itu Milik Allah. Hati kita, Hati saya, Hati awak, Hati kalian. Hati itu milik Allah". Sahabat itu juga memohon agar membantu dia untuk sama-sama cari jalan menuju Allah. Aku tersenyum. Dalam hati terpanjat rasa syukur dan gembira. Sahabat mana tidak gembira bila melihat sahabat yang rapat mahu berubah.
Melihat akan dia, aku kembali melihat diri ini. persoalan itu kembali terlontar. Bila pula masanya untuk aku? Sejak dari mula membaca sebuah novel dari Hlovate, hati kadang-kadang bertanya kepada diri sendiri, bila masa itu akan tiba? Bila hati ini akan mula mencari jawapan untuk mencari hakikat sebenar hidup di atas muka bumi ini?
Akan tiba masanya nanti, bila mana semua yang ada di sekeliling ini tidak lagi mengujakan. akan tiba. Akan tiba nanti di mana masa itu, kita semua akan mula cari jalan pulang semula mengenal hakikat diri. Akan tiba nanti masanya kita akan berkata kepada diri, cukup, sudah.
Mungkin, masa menentukan. Moga Hidayah itu juga datang kepadaku.
No comments:
Post a Comment