Thursday, September 27, 2012

22. Harapan. Impian.

Rasanya macam baru semalam gua bermain gelongsor dekat tadika. Macam baru semalam gua menangis masa mula-mula nak masuk tadika. Habis satu taman dengar gua melalak first time nak masuk tadika. Bile pikir balek buat malu gua je dekat golongan makwe-makwe sebab menangis kalah gaya Uda dan Dara. Ahh, bebudak lagi masa tu, ape nak piker ye dak?

Dan gua jugak rasa macam baru semalam masuk tahun satu sekolah rendah. Belajar gosok gigi dengan nurse dekat sekolah. Gigih bawak berus gigi dengan cawan gambar kartun dragon ball pergi sekolah.

Rasanya jugak macam baru semalam gua amek peperiksaan UPSR. Baru semalam gua rasa gua dapat 5A dalam UPSR. Berlari satu sekolah gua time tu. Mane taknya, sepupu dah janji satu A RM10, so kalau 5A dah dapat RM50. Itu la first dan last time sepupu gua nak buat janji macam tu, lepas tu tak berani nak buat dah.

Seperti baru semalam rasanye daftar masuk SEMESTA dekat Raub. Belajar duduk dekat asrama. Pejam celik pejam celik, 5 tahun dekat sekolah dah habes rupanya. Macam-macam hal berlaku sepanjang masa tu. PMR dan SPM pun dah habes.

Masa berlalu begitu pantas. Teringat lagi masa mula-mula daftar masuk diploma kat KUIS. Tup tup, dah habes diploma, dah selamat bergraduasi dan sekarang sambung pulak degree.

Dan sekarang, sedar tak sedar rupanya sudah berusia 22 tahun sudah diri ini. Baru tetibe terase diri ini tua. Tapi tak mengapa, masih ramai yang mengatakan gua bagai remaja yang baru berusia 16 tahun. Hihi. Gua terima itu sebagai satu pujian dengan penuh kembang kuncup.

Menginjak usia 22 tahun, banyak lagi sebenarnya yang masih belum dapat direalisasikan. Dalam hati banyak lagi benda yang ingin dicapai. Banyak lagi harapan dan impian yang ingin dikejar. Walau tak semua harapan dan impian itu dapat dicapai. Mungkin akan ada impian yang tak mungkin untuk saya capai.

Cita-cita gua dari kecik nak jadi seorang peguam. Tapi sebab encik ayah tak bagi gua sambung dalam bidang undang-undang atas sebab-sebab yang sukar nak dijelaskan di sini, maka nak tak nak gua terpaksa sambung dalam bidang kewangan. Mula-mula gua cuak jugak. Mana taknya, sekolah dulu asyik G9 aje matematik dan add math. Kalau engkorang jadi gua mesti cuak jugak gua rasa.

Tapi betul kata seorang teman, kadang-kadang Allah tak beri apa yang kita mahu, tapi Allah beri apa yang kita perlu. Dan mungkin jugak berkat ikut pilihan mak ayah, setiap semester gua berjaya dapat dekan, sesuatu yang mungkin sampai sekarang kadang-kadang diri ini susah nak percaya sebab masa jaman sekolah dulu, gua antara muka tetap kelas-kelas tambahan dan pemulihan sebab selalu dapat markah rendah.

Tapi walau apapun, di usia 22 tahun, gua mengharapkan mungkin akan jatuh dari langit sebuah telefon bimbit pintar atau skrin sentuh sebagai sebuah hadiah. Tapi, mungkin itu satu mimpi dan angan-angan yang mungkin hanya tercapai lagi 2 tahun. Mungkin. Kecuali kalau ada yang nak belanja.

Ok, cukup mengarut sampai di sini. Chalo. Assalamualaikum.


1 comment:

  1. harapan dan impian perlu dicapai dengan keinginan dan tindakan:)

    ReplyDelete