Friday, March 22, 2013

:: Mereka. Pelangi ::

Sejujur. Kita sendiri tak tahu bila masanya kita semua jadi rapat. Bina satu ikatan yang lebih kukuh dari tembok besar cina. Lebih padu dari tembok Berlin.

Kalian tanpa sedar telah jadi satu perkara yang cukup teristimewa dalam hidup saya. Mungkin kita tak sedar, tapi dalam diam persahabatan kita telah mendevelope menjadi lebih dari sebuah ikatan yang takat anggap sahabat. Dalam tak sedar, kita umpama adik beradik, yang kalau cubit peha kiri, peha kanan rasa.

Wonderwall.

Senyum sekejap. Kalau ikut definisi wonderwall dari oasis, wonderwall satu tembok yang tercipta untuk bagi kebahagian dekat orang-orang yang duduk dalam tembok tu. Bagi sebuah rasa perlindungan. Selamat.

Perasan atau tak, kita saling jadi wonderwall untuk satu sama lain kan? Kongsi ketawa saat suka. Teman menangis di kala duka. Bercerita kisah rahsia. Bagi semangat di kala hiba. Kita saling jadi satu bahu yang sedia untuk disandar antara satu sama lain. Jadi tangan yang mengusap memberi semangat di kala perlu.

Dan jujur lagi, saya jadi kuat bila ada kalian di sisi saya. Sebab saya tahu, kalau ada Taufan Andrew atau Tsunami yang sekuat 10.0 skala richter sekalipun datang membadai saya, saya tahu, kalian akan sentiasa ada di sekeliling. Sebab kita semua wonderwall untuk satu sama lain kan?

Kalau emas, permata dan berlian paling mahal sekalipun masih ada harganya, tapi kalian tidak ternilai. Sahabat seperti anda berdua tidak ternilai dengan emas yang paling mahal di dunia, berlian yang paling bersinar mahupun permata yang paling berkilau di dunia. Sebab sahabat seperti kalian adalah satu anugerah dari Dia yang paling bermakna pernah saya ada dalam hidup.

Tuhan. Jagakan mereka buat saya. Mereka wonderwall saya. =)


Friday, March 15, 2013

:: Simpang ::


Dulu saya merasakan bahawa saya telah jumpa jalan yang saya akan tempuh untuk sepanjang hidup ni. Dulu. Was. Dan cerita dulu itu telah berlalu.

Awak semua pernah jumpa simpang? Mesti dalam hidup awak semua pernah jumpa simpang kan? Tak kira lah simpang tu simpang tiga, empat, lima, bersimpang siur sekalipun, mesti pernah jumpa. Cuba bayangkan dalam satu perjalanan. Katakan kita mahu pergi ke Larkin. Kenapa Larkin? Kampong saya, saje nak bagitau.

Okey. Dan awak semua tiba di satu simpang empat. Kalau ke kanan awak ke Larkin. Terus pergi ke Singapura. Kiri awak akan ke Kota Tinggi. Dan ke belakang awak akan berpatah pulang ke destinasi. Jadi mana satu yang awak akan pilih untuk ke Larkin? Mesti ke kanan bukan? Dan awak dengan yakin belok ke kanan.

Tapi andai tak ade papan tanda di situ. Dan awak pilih untuk terus. Mesti awak akan ke Singapura. Itupun kalau dapat lepas dengan imgresen dan kastam.

Semester depan adalah semester terakhir saya bergelar pelajar sarjana muda. Dan kalau dulu lepas diploma, saya cukup yakin bidang yang saya pilih ini bakal saya bawak dan teruskan sampai menempuh ke alam pekerjaan hatta ke peringkat doktor falsafah.

Tapi sejak dua menjak, saya mula rasa tidak pasti. Ragu. Tak yakin. Sebab dari mula lagi, bidang ini bukan satu bidang yang saya minat sebenarnya. Hati lebih memberontak mahu belajar undang-undang. Sebab saya bukan pelajar yang ahlul dalam bidang nombor-nombor sebenarnya.

Ibarat berada di sebuah simpang. Itu yang saya rasa sekarang. Tapi kali ini bukan simpang tiga atau empat. Simpang ini berselirat. Bersimpang siur. Dan saya mula tidak pasti ke mana mahu melangkah. Sebab saya takut, saya akan buat satu pilihan jalan yang mungkin akan saya kesal sampai bila-bila.

Dan kadang-kadang, tatkala ini hati berbisik:

bahagia jadi kanak-kanak. Tak perlu fikir pasal tanggungjawab pilihan bagai. Hidup senang walau tak ade duit. Hati gembira walau main depan rumah

Tuhan. Mudahkan jalan yang akan saya pilih.