Friday, March 15, 2013

:: Simpang ::


Dulu saya merasakan bahawa saya telah jumpa jalan yang saya akan tempuh untuk sepanjang hidup ni. Dulu. Was. Dan cerita dulu itu telah berlalu.

Awak semua pernah jumpa simpang? Mesti dalam hidup awak semua pernah jumpa simpang kan? Tak kira lah simpang tu simpang tiga, empat, lima, bersimpang siur sekalipun, mesti pernah jumpa. Cuba bayangkan dalam satu perjalanan. Katakan kita mahu pergi ke Larkin. Kenapa Larkin? Kampong saya, saje nak bagitau.

Okey. Dan awak semua tiba di satu simpang empat. Kalau ke kanan awak ke Larkin. Terus pergi ke Singapura. Kiri awak akan ke Kota Tinggi. Dan ke belakang awak akan berpatah pulang ke destinasi. Jadi mana satu yang awak akan pilih untuk ke Larkin? Mesti ke kanan bukan? Dan awak dengan yakin belok ke kanan.

Tapi andai tak ade papan tanda di situ. Dan awak pilih untuk terus. Mesti awak akan ke Singapura. Itupun kalau dapat lepas dengan imgresen dan kastam.

Semester depan adalah semester terakhir saya bergelar pelajar sarjana muda. Dan kalau dulu lepas diploma, saya cukup yakin bidang yang saya pilih ini bakal saya bawak dan teruskan sampai menempuh ke alam pekerjaan hatta ke peringkat doktor falsafah.

Tapi sejak dua menjak, saya mula rasa tidak pasti. Ragu. Tak yakin. Sebab dari mula lagi, bidang ini bukan satu bidang yang saya minat sebenarnya. Hati lebih memberontak mahu belajar undang-undang. Sebab saya bukan pelajar yang ahlul dalam bidang nombor-nombor sebenarnya.

Ibarat berada di sebuah simpang. Itu yang saya rasa sekarang. Tapi kali ini bukan simpang tiga atau empat. Simpang ini berselirat. Bersimpang siur. Dan saya mula tidak pasti ke mana mahu melangkah. Sebab saya takut, saya akan buat satu pilihan jalan yang mungkin akan saya kesal sampai bila-bila.

Dan kadang-kadang, tatkala ini hati berbisik:

bahagia jadi kanak-kanak. Tak perlu fikir pasal tanggungjawab pilihan bagai. Hidup senang walau tak ade duit. Hati gembira walau main depan rumah

Tuhan. Mudahkan jalan yang akan saya pilih.

2 comments:

  1. "Road Not Taken" by Robert Frost

    Two roads diverged in a yellow wood,
    And sorry I could not travel both
    And be one traveler, long I stood
    And looked down one as far as I could
    To where it bent in the undergrowth;

    Then took the other, as just as fair,
    And having perhaps the better claim
    Because it was grassy and wanted wear,
    Though as for that the passing there
    Had worn them really about the same,

    And both that morning equally lay
    In leaves no step had trodden black.
    Oh, I marked the first for another day!
    Yet knowing how way leads on to way
    I doubted if I should ever come back.

    I shall be telling this with a sigh
    Somewhere ages and ages hence:
    Two roads diverged in a wood, and I,
    I took the one less traveled by,
    And that has made all the difference.

    -it's ur pick naim..hehe..chills, walaupun dah abeh ni, ade je ruang untuk kau sambung law (kalau rajin) pjj mungkin?

    ReplyDelete
  2. hik hik. baru berkesempatan bace paan. don't know paan. but seems, i found satu semangat baru.
    why not aku jadikan blog aku medan untuk sambung cita-cita aku kan?
    haha. just write ape yang aku suka. hiihi. cipta dunia dengan undang-undang sendiri

    ReplyDelete