This is what i called
Nostalgic.
Truly said
Nothing can beat the 90's
Where the music is made up from beautiful voice and lyrics.
Ah, wish there is a rewind button where i can go back to the 90's.
Someday.
Semenjak
kebelakangan ini, kritikan semakin meningkat yang ditunjukkan oleh penyokong
bola sepak Malaysia membuktikan betapa revolusi juga perlu berlaku terhadap
bola sepak Malaysia. Mungkin semangat #inikalilah atau #tukar boleh di guna
pakai dalam usaha untuk bola sepak Malaysia kembali duduk sama rendah berdiri
sama tinggi kalau pun tidak untuk ke Piala Dunia, mungkin ke arena Piala Asia
atau Sukan Asia. Dalam
usaha ini, berbagai cara telah dibuat. Ada secara terang-terangan. Sebagai contoh
Ultras yang dengan padunya menghadiahkan sebuah lagu FAM Bangsat buat FAM bagi
menzahirkan ketidakpuashatian terhadap FAM yang gagal dalam membangunkan bola
sepak Malaysia supaya menjadi sebuah Negara yang digeruni seperti di zaman emas
akhir 60-an hingga awal 80-an.
Tetapi
yang lebih menarik, kehadiran yang sebuah buku yang mungkin aku boleh katakan tidak
salah kalau FAM mahu jadikan sebagai sebuah ‘blueprint’ dalam merangka kembali
perjalanan bola sepak Malaysia yang secara jujur lagi berterus terang seperti
budak-budak bermain polis sentri atau sukaneka yang peraturan boleh
sewenang-wenang ditukar.
Dalam hal ini, syabas buat Lucius Maximus yang menulis buku
‘Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia’ yang mana pada pandangan aku satu
tumbukan K.O terus kepada FAM mengenai cadangan dan idea dikemukakan di akhir
buku tersebut.
Seperti
contoh, jumlah pasukan dalam liga yang sering bertukar-tukar. Tahun ini,
mungkin di liga super pasukan ditetapkan kepada 15. Tetapi tahun depan pasukan
dikurangkan menjadi 13 dan ada mungkin ditambah semula kepada 14. Ini agak
memeningkan terutama kepada perancangan pasukan yang bertanding dan juga kesan
kepada pendedahan perlawanan bersifat kompetitif yang perlu dihadapi oleh
pemain dalam usaha untuk meningkat skill dan juga kecergasan.
Jarang sekali kita mendengar liga-liga utama di dunia
seperti di England, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Belanda yang akan mengubah
jumlah pasukan yang bertanding di liga utama setiap kali musim baru akan
bermula. Hanya di Malaysia.
Kedegilan
FAM yang tidak mahu mendengar pandangan ikhlas dari peminat merumitkan lagi.
Mendabik dada dengan angkuh seolah hanya mereka yang tahu bagaimana pasukan
bola boleh diuruskan menambah rasa jengkel penyokong yang telah lama meluat
dengan FAM. FAM seolah-olah telah terlupa peranan utama mereka dalam aspek
pembangunan, penyelidikan dan pemantapan pasukan bola sepak negara.
Artikel
88 yang kontroversi tidak akan membantu
langsung di dalam pembangunan bola sepak Negara. Sekadar pandangan peribadi, Artikel
88 FAM sekadar membuktikan betapa FAM sebuah persatuan yang bersifat bodoh
sombong yang tidak boleh menerima kritikan langsung dari mana-mana pihak walau
dari Ahli Majlis tertinggi mereka sekalipun.
Buat
sementara ini, kajian masih lagi aku buat tentang bagaimana pasukan bola sepak
Malaysia boleh dimajukan. Siri-siri cadangan dan kritikan akan menyusul lagi. Jauh
di sudut hati, mengharap mungkin tanpa sengaja FAM terbaca pandangan-pandangan
dan kritikan yang dilempar.
Tolong jadi Seseorang yang aku boleh banggakan. Seseorang yang boleh aku kisahkan. Seseorang yang boleh aku ceritakan. Tolong jadi. Seseorang yang aku hormatkan Seseorang yang aku sayangkan Seseorang yang aku senang. Sebab Hati aku sudah mula untuk berhenti Untuk mengimpi Untuk bermimpi Kau jadi seseorang yang aku mahu jadi. Tapi Hati sabar memahami. Mungkin kau tidak mengerti. Cuma diri Cuba belajar untuk tidak membenci. Sebab Aku cuba yakinkan diri. Satu hari nanti Kau kembali Jadi seseorang yang aku mahu jadi.
Sebenarnya hairan. Ya hairan. Suatu kepelikan yang mungkin tidaklah pelik kelihatan di mata orang lain, tapi cukup saja andai diri ini yang merasakan satu kepelikan. Dan mungkin anda sedang merasa jelik melihat saya sikit-sikit mengguna pakai perkataan pelik. Sesuatu yang pelik kerana sejak dua tiga menjak ini, semakin sedikit penulisan yang dicurah. Ayatnya pula semakin meringkas. Hanya sekadar beberapa baris dan bahasa juga rasanya ada sedikit puitis. Rasanya lah. Mungkin sudah masuk fasa kematangan dalam berbicara? Sedikit bicara asal isi ada. Dan mungkin jugak atas dasar pengaruh. Kebelakangan ini masa terhabis dengan menggeledah segala buku puisi dan blog yang ayat lebih ikhlas dan puitis. Yang pendek kata mereka menulis bukan kerana mahu terkenal semata-mata, tapi lebih terarah sebenarnya kepada kepuasan. Dan keikhlasan yang terzahir di atas kepingan kertas yang menghasil bait-bait cantuman aksara yang cukup indah menyentuh hati. Sebenarnya, ada rasa sedikit sesal tidak membeli Kamus Dewan semasa di Pesta Buku tempoh hari. Ah, itu lagi pelik. Eh, pelik-pelik lah aku ni. Ringkasnya, mungkin kepelikan ini sementara. Atau mungkin jugak selamanya.