Sejak dari zaman sekolah lagi, sejak aku sudah mula pasti akan hala tuju dan cita-cita aku, aku dah tanamkan di dalam diri aku, betapa bile aku masok sahaja university nanti, aku akan mendalami ilmu berkaitan dengan perundangan.ye undang-undang.telah aku bulatkan tekad pada masa itu, aku nak jadi seorang peguam.
Ade banyak sebab yang musabab dan kukuh untuk aku bercita-cita menjadi seorang peguam.sebab yang terutama ialah bile belajar tentang undang-undang, secara tak langsung gua akan belajar tentang hak yang ada untuk gua sebagai seorang warganegara.lagi satu hal, bile mendalami undang-undang ni, aku akan tahu kenapa ade akta itu, kenapa ade kurungan, macam mane hukuman ditentukan, alibi tu ape dan bla bla bla.
Dan satu lagi sebab kenapa aku suka akan undang-undang ini adalah kerana pada aku undang-undang adalah sesuatu yang membentuk manusia.ibaratkan dunia tanpa undang-undang, maka huru hara.malah islam sendiri ade syariat dari Allah serta panduan dari hadis yang diguna pakai dalam membentuk kehidupan seharian manusia.
Hihi, maka sudah terbayang-bayang diri gua akan memakai baju berwarna putih, blazer hitam sambil berhujah di depan barisan pendakwa raya dan hakim mempertahankan hujah-hujah yang relevan dalam memenangi sesuatu kes.
impian asal gua.mungkin gua pon botak macam ni hapal banyak sangat akta dan ordinan.hihi
Tapi, bak kata-kata yang selalu kita dengar, manusia merancang, Allah yang menentukan. Siapa sangka encek Abah tak membenarkan aku untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang undang-undang.itu meranapkan sedikit harapan aku.malah tatkala aku mengisi permohonan UPU, encek Abah tengok betol2, memang ape saja berkaitan undang-undang aku tak boleh isi.satu pon tak boleh.
Dan entah macam mana, encek Abah mengesyorkan aku untuk mengambil diploma perancangan kewangan Islam.owh, gile.Math bro.Math bro.kan aku dah bagitau how sucks aku dalam subjek matematik ni.sampai aku syak aku ade arithmophobia, takot kepada apa saja yang berkaitan dengan math.hihi.
Oleh itu bermula lah pengajian aku dalam bidang yang berkaitan kewangan.dalam kepale otak aku mase tu hanya berfikir, boleh ke aku survive dalam bidang kewangan ni? Memang tak ade jawapan.hanya bertawakal je lah yang aku mampu lakukan.
Dan bidang ini pada dasarnya adalah bidang yang aku takot, yang aku tak terpikir langsong akan keterlibatan aku dalam bidang-bidang macam ni.aku pernah ckap, cukuplah sekolah je aq menghadap kalkulator.dan siapa sangka in the end hidup aku akhirnya akan bergelumang dan bermanja dengan kalkulator.
ade masanya hati akan berikan jawapan kepada persoalan dan pilihan
Dan pertalian itu yang dinamakan sebagai intuisi.gerak hati.rasa.dan terima kasih abah, atas gerak rasa yang abah berikan untuk aku tu, sekarang tak disangka-sangka aku sebenarnya sudah jatuh cinta dalam bidang ni.hey, Finance tak lah terok.menarik kau tau.belajar buat penaakulan, analisis, sumpah menarik.
Perkara-perkara macam tu yang kadangkala kita terlepas pandang.kita sepatotnya mencari keberkatan.itu yang membuatkan aku terpikir.maka untuk kesekian kalinya, satu sahaja pesanan, kadang-kadang tak semestinya ape yang kita rase kita suka itu yang terbaek buat kita.mungkin hanya sekadar suka, bukan ade rase sanggup untuk mendalami sesuatu bidang.mungkin suka hanya sekadar luaran, tidak pada dalaman.
Sekian.Chalo.Assalamualaikom
suke bace entry nie bro...cita2 kte sme...
ReplyDeletenk jd peguam....tp sebaliknye...bro, ayah bro pilh utk jd perancang kewangan islam...dan sye juga xkesampaian jd peguam.....ikt kehendak ayah jugak..smpi skrg, sye keje ape yg ayah sye nak...hehe
good entry..kalau gerak hati encek abah tau encek puan ibu plakk kate.. jangan kawen dgn perempuan ni..kawen dgn perempuan tu..ikut la ye,,mne tau nnt awak bahagie plakkn !!
ReplyDelete