Monday, July 4, 2011

:: SeBuAh PeRuBAhAn, PeRALiHaN ::

Keh keh.sumpah hari ni aku tak tau nak buat ape.maka terdetiklah di hati ini untuk mengetuk-ngetuk papan kekunci a.k.a keyboard laptop ni lantas mencurahkan segala idea yang sedang sarat membusung di sanubari.amacam? puitis dan bermadah tak ayat mukadimah aku?


Orang cakap, lepas subuh jangan tido.kalau tido rezeki tak masok.orang cakap lagi, pagi-pagi waktu yang paling segar, kalau nak stadi sile lah stadi time-time macam ni.konfem dan dijamin memang melekat dan mudah faham ape yang dibace.


Ouh ye, pagi-pagi lepas subuh biasenye gua akan buat diskusi ilmiah bersame-same rakan dan jugak rumate.kadang-kadang bukan berilmiah pon, cume kutuk mengutuk, pangkah memangkah antara satu sama lain.cume tak tau lah, ape angin di satu pagi yang hening secara tibe-tibe kami berborak dengan isu dan cara yang matang.

Aku cakap dekat member aku, sejak due menjak ni, aku perasan aku dah tak banyak buat aktiviti-aktiviti di kala jaman-jaman diploma dulu. 



Aku nak review dulu.Di jaman-jaman aku diploma dulu, asal hujung minggu aje bosan siket, dressup siket, rambut style-style siket, sarung kasut vahn’s slip on, ok siap, mari kita berjimba-jimba di kota raya.boleh dikatakan selang 2 minggu sekali aku akan buat macam tu.

Satu lagi aktiviti yang akan aku buat ialah, keluar overnite bersama-sama member yang memang kepale otak gile-gile dan masok air bersama-sama.duit takde hal, sebab masing-masing student, sewa keta, minyak dan tol dikongsi bersama.sungguh indah segalanya dikongsi bersama.maka berjalan lah kami di malam hari pusing ibu kota, lepak dataran, klcc, dan macam-macam tempat lagi dari pukul 10 malam smpai boleh masok pagar balek pukul 5.30 pagi.smpai hostel sume tido dah tak ingat dunia.hihi



Ouh memang sungguh indah sekali momen-momen sebegitu.rasenye kalau gua imbas-imbas kembali kalau dah bercucu pinak nanti memang sahihlah akan senyum dan gelak sorang-sorang.jangan nanti kalau anak cucu gua tengok nanti dipikirnye aku gile anta aku pegi hospital tampoi.haishh.

hidup tanpa perubahan adalah sia-sia

Tapi seperti apa yang member aku cakap, ade pada satu ketika kita akan merasakan sudahlah, atau cukuplah.hanya sekadar itu sahaja.Seperti yang kita belajar dalam pasaran, kehendak dan kemahuan pengguna akan sampai ke satu tahap di mana mereka akan merasakan sudah-sudahlah.


Seperti mana terdapat satu kajian yang dijalankan di Britain baru-baru ni, sudah ramai pengguna facebook yang menutup akaun masing-masing.pakar-pakar mengatakan pengguna sudah sampai ke kitaran yang mana mereka rasakan sudah malas atau bosan lagi untuk ghairah dengan aktiviti-aktiviti tersebut.tidak seperti di jaman-jaman awal kemunculan facebook yang menjadi satu fenomena sampaikan boleh lah dikatakan menjadi budaya hidup hingga membawa kepada ketagihan.



Itu jugaklah yang aku rase.sekarang ini rasenye focus aku hanyalah untuk mase depan.bukan sebelum ni aku tak pernah piker mase depan, cume rasenye untuk kesekian kalinya, perubahan perlu dilakukan.pada aku yang selalu aku buat tu dah cukup-cukuplah.asyik buat mende yang sama muak jugak.hari-hari makan ayam, sesekali nak jugak makan ikan kan?

Zaman-zaman yang lama tu tak mungkin aku akan lupakan.sebab sebenarnya pengalaman itu yang mengajar aku banyak perkara yang tak mungkin aku akan dapat kalau kerja aku dok menghadap buku saje.kadangkala ilmu itu di luar dari buku.hihi

It’s time for a change.zaman berbulan madu sudah lama berlalu.sekarang zaman untuk aku serius mencorakkan mase depan.lagi-lagi di alaf yang mane manusia lebih memandang akan pencapaian yang lebih bersifat zahiriah dari lahiriah.hihi

Dan sebagai penutupnya, untuk menandakan bermula satu detik perubahan dalam diri aku ini, dan aku harapnya aku istiqamah lah dengan perubahan ini, jom kita hayati lirik lagu ni.



Chalo.Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment