Friday, July 1, 2011

:: MAap, MaAp, MaAp ::

Ouh, sudah lame rasenye tidak mencoretkan sebarang kata-kata mahupun bait-bait ayat ke dalam blog nih.hihi.mintak maap la encik blog, berlakunya beberapa faktor yang membuatkan aku dilanda virus kemalasan di dalam diri dalam menghapdate blog.nampak busy kan aku? Haha.bak kate member aku, kebizian aku mengalahkan PM Lesotho.kiki

Baeklah, yang pertamanya, gua baru sahaje menyambung atau lebih molek lagi untuk disebutkan sebagai melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda atau lebih dikenali sebagai bachelor.tak kurang jugak yang kate degree.so pilih lah nak cakap mane2 term.sume maksud same.

Oleh disebabkan itu, terdapat berbagai-bagai perkara yang perlu untuk disetelkan.seperti pengecualian kredit, nak kene susun jadual, add drop subjek dan ape lagi kerja-kerja yang perlu di awal-awal semester ini.makanya, kadangkala sehari suntuk aku akan menjadi penunggu di Fakulti mengejar tandatangan para pensyarah untuk mendapatkan pengecualian kredit selain terpaksa meneliti semua jadual untuk disesuaikan dengan subjek yang ditambah pada semester 1 ini.

keh keh, busy la sangat

Yang kedua, kelembapan line intenet di kolej memang betol-betol telah membunuh niat dan keinginan aku untuk menghapdate blog.biasenye kalau dekat rumah, baru niat je memang dah terbukak dah website yang aku nak bukak tu, tapi kalau dekat kolej, pergh, siap boleh masak megi, makan, duduk baring-baring lepas tu lepas hajat pulak baru boleh habis satu web bukak.hihi (Nampak beno nipunye).tapi aku agak korang dapat maksudnye, line intenet lembap.

Yang ketiga, haa, ni faktor pemusnah sebenarnya.apekah? apekah?

Virus malas telah melanda di dalam diri ini.sejujurnya, bukan tak ade idea mahupun bijik-bijik pikiran untuk dilontarkan dan dimuntahkan ke dalam penulisan, tetapi virus kemalasan ataupun dalam bahase omputehnye adalah laziness disease menyerang diri ini.kadangkala idea itu ade datang dengan sendirinya, tapi tangan dan otak memberikan reaksi dengan berkata “rilekslah dulu, jap-jap lagi lah update, tido dulu lagi bes”

Tak dinafikan, duduk di asrama banyak godaan dan cabaran dalam menghapdate blog.godaan datang dalam berbagai-bagai bentuk.paling hebat bile member datang ajak maen PES.okeyh sumpah, gua tak akan menolak.teros laju je terima cabaran PES dari member-member.berlawan taktikal dan teknik.ape ade hal Valencia diterajui Juan Manuel Mata boleh beat Tiki Taka Barca yang diterajui Messi.silap haribulan Malaysia pon boleh beat Spain.

Eh, rase dah mule mengarot sudah.itulah akibatnya bile sekali lagi jari mule mengetok papan kekunci.makanya melalot-lalot entri yang aku buat.eh, jangan melalot lalot, nanti tak pasal-pasal ade orang tegor kang blogger, sile buat entri yang ade isi.kah kah kah.ceit

Ouh, itu sajelah mukadimah atau boleh jugak aku nak cakap sebagai salam Julai untuk semua.owh, Ramadan jugak semakin menghampiri.yang tak berganti-ganti lagi tu, silelah ye.aku rase maseh sempat lagi nih.hihi

Chalo, assalamualaikom

No comments:

Post a Comment