Semenjak berakhirnya
musim EPL yang penuh dramatik dengan menyaksikan MCity berjaya menjadi juara
liga dengan kemenangan minit-minit akhir dari Kun Aguero, peminat dan
penganalisis bola sepak professional mula menumpukan kepada transfer window
yang menyaksikan beberapa nama menjadi tumpuan dan sebutan.
Salah satu nama yang
begitu menarik perhatian dalam beberapa minggu ini tak lain tak bukan bintang
pasukan Lille, Eden Hazard. Menjadi buruan dua kelab gergasi dari bandar
Manchester, ramai yang tertanya-tanya yang mana satu bakal menjadi pilihan
Hazard.
Ketika ramai peminat
Manchester United berusaha berdoa bersungguh-sungguh agar Eden Hazard menjadi
sebahagian dari Red Devils, gua mengambil langkah yang sebaliknya dengan
mengatakan bahawa Eden Hazard tidak akan sesuai untuk ke Manchester United.
Mesti ramai yang akan kata gua gila sebab tidak mengalukan Hazard untuk
menyarung jersi Manchester United.
Ada beberapa sebab
yang menyebabkan gua mengatakan Hazard tidak sesuai ke MU. Jikalau kita lihat
pada musim kali ini, ternyata bahagian yang paling bermasalah kepada MU
merupakan bahagian tengah. Sangat bermasalah sehinggakan Paul Scholes yang
sudah bersara terpaksa dipanggil kembali untuk menguatkan kembali bahagian
tengah MU.
Jikalau anda rajin
membaca analisis professional dari soccernet, BBC sport, Telegraph,
Football365, Goal.com dan lain-lain lagi, kebanyakan dari mereka mengatakan
hazard lebih efektif jika bermain sebagai sayap kiri. Manchester United tidak
memerlukan lagi pemain sayap. Nani, Valencia, Young boleh bermain di mana-mana
bahagian sayap dan Alex Ferguson boleh menukar salah seorang dari mereka setiap
minggu untuk memberikan rehat secukupnya.
Apa yang kurang pada
bahagian tengah Manchester United adalah seorang midfield yang boleh hold
bola, creative serta mampu menukar corak permainan dengan berkesan.
Dalam hal ini, keputusan Alex Ferguson untuk cuba membeli Erikksen dan Gaitan
adalahlebih berbaloi dari cuba mendapatkan Hazard. Kehebatan Erikksen yang
merupakan perancang utama Ajax musim 2011/12 terbukti apabila berjaya membantu
gergasi Amsterdam tersebut memenangi Liga Belanda.
Khabar angin juga
mengatakan Shinji Kagawa hampir pasti menyarung jersi Manchester United. Shinji
Kagawa merupakan seorang pemain tengah menyerang dan lemah dalam bertahan. Ini
merupakan satu percaturan bahaya buat SAF yang gemar menggunakan system 4-4-2.
Namun begitu, Alex
Ferguson masih boleh menggunakan sistem 4-4-2 yang diubah menjadi 4-4-2
(Diamond). Dalam sistem ini, Kagawa menjadi attacking midfielder yang bersifat
menyokong serta melorongkan through ball dari kawasan tengah ke dalam
kotak penalti. Sementara Gaitan boleh dimainkan sebagai playmaker tengah
bertahan dan memainkan peranan utama peralihan dan pergerakan bola dari kawasan
pertahanan ke penyerang.
Secara keseluruhan,
tidak ada apa yang perlu dipanikkan oleh SAF. Pembelian musim lalu seperti
Jones, De Gea, Smalling adalah satu percaturan jangka masa panjang. Selain itu,
dalam masa satu atau dua season dari sekarang, jika kelas yang ada sekarang
sudah matang, seperti Evans, Cleverly, Rafael, Hernandez, tidak mustahil
Manchester akan kembali ke kemuncaknya.
Harus diingatkan, MU
menempuh musim terburuk kali ini dengan hampir keseluruhan kesebelasan utama
cedera seperti Vidic, Ferdinand, dan memasuki separuh kedua musim dengan Nani,
Young, Smalling, Cleverly, Anderson serta kadangkala Evans, Wellbeck dan juga
Jones yang kadang-kadang cedera, mampu untuk mencapai 89 mata sambil nyaris
menjadi juara harus diberi perhatian.
Dengan analisis
separa serius yang digodek hasil dari pembacaan beratus bahan dari soccernet,
The Sun, BBC sport, Football 365, Goal.com, Bleach Report, Guardian dan
lain-lain lagi, dapat dirumuskan Eden Hazard tidak sesuai ke Manchester United.
Terus terang, gua lebih berminat jika pemain seperti Nicolas Gaitan, Javi Martinez, Iker
Muniain dan Christian Eriksen yang masuk menjadi pemain di Theatre of Dream. Dan
mungkin seorang Striker tinggi dan tegap yang boleh menjadi target man
kepada hantaran silang Valencia, Nani, Giggs dan Young.
Ini hanya pendapat dari gua. Kalau engkorang ada
pendapat yang lain boleh berkongsi. Chalo, assalamualaikom.