Tuesday, May 15, 2012

:: Tak Pasti ::

Masa saya mula-mula lahir ke dunia, saya sendiri tidak pasti bagaimana nasib saya untuk beberapa tahun mendatang. Di dahi saya tidak terus bertanda untuk 10 tahun akan datang saya akan menjadi seorang ketua kelas. Tidak juga di cop di kepala dan lengan saya yang saya akan menjadi seorang pelajar sekolah sains 13 tahun lepas saya lahir.

Masa depan. Kata orang masa depan adalah satu perkara hitam putih. Kelabu-kelabu warna. Tak ada yang terang macam pesen-pesen orang sekarang rim tayar kereta kaler hijau, merah, kuning, cokelat dan macam-macam lagi. Masa depan adalah sesuatu yang sangat misteri. Tak ada yang tetap tentang masa depan.

Awak, awak dan awak mungkin pelajar paling cemerlang di jaman sekolah dulu. Tapi di jaman universiti, belom pasti lagi awak, awak dan awak jadi pelajar paling cemerlang di universiti macam di jaman sekolah. Silap haribulan Kordi budak kelas akhir yang muka tetap kelas-kelas pemulihan lebih ekselen dari awak, awak dan awak di universiti nanti.

Seseorang yang kaya raya hari ini, belum tentu lagi esok lusa dia akan kaya seperti mana dia kaya hari ini. Mane tau silap-silap hari bulan masok surat khabar bank isytihar muflis. Masa tu mungkin dia boleh kenal siape kawan siape lawan. Orang tak akan cari kita masa kita susah. Masa senang saje ramai-ramai pakat lekat tepi badan. Masa susah ramai-ramai jugak mengundi cabut lari.

Saya membebel banyak-banyak macam  Mak Jemah ni sebenarnya nak kasi tau dekat engkorang semua tidak ada satu benda yang pasti dalam hidup kita ni. Sesaat yang lepas, mungkin kita sedang bergelak tawa. Tapi mungkin sesaat kemudian kita menangis hiba.

Sama macam cita-cita. Sejak dari jaman sekolah, saya bercita-cita tinggi untuk jadi seorang peguam. Sebab saya pasti saya boleh berjaya dalam bidang undang-undang. Tapi akhirnya saya belajar dalam bidang Kewangan. Saya tak pernah terpikir untuk masuk bidang Kewangan disebabkan saya amat tidak suka akan nombor-nombor.


Dan yang paling saya takuti ialah kematian. Ini kita paling tidak pasti. Cuba engkorang bagitau bila tarikh luput hayat korang? Kalau roti gardenier beli hari rabu kita dah boleh agak hari sabtu dah expired dah. Jadi boleh agak-agak bila nak balun semua sampai habis. Tapi kematian kita tidak boleh nak agak. Tak Pasti. Kita tak boleh kata dah tua nanti. Masa muda-muda pon boleh. Allah nak tarik nyawa kita ni bila-bila masa saje.

Jadi apa yang kita boleh buat tentang tidak pasti ni? Apa saya boleh cakap bersedia. Anda tak pasti kalau esok lusa anda jadi miskin, jadi masa ada banyak duit pergilah tabung sikit-sikit. Labur sikit dekar Tabung Haji, Amanah Saham. Anda tak pasti bila anda akan mati, maka siap sedialah dengan amalan moga diterima oleh yang Maha Esa.

Sesaat yang dah berlalu memang telah berlalu. Lupakan. Paling boleh buat pun muhasabah. Tetapi sesaat yang akan datang ada di depan.bersiap sedialah. Pilih yang terbaik

No comments:

Post a Comment