Friday, May 18, 2012

:: Entri Bola Separa Serius:Eden Hazard Tidak Sesuai Ke Manchester United ::

Semenjak berakhirnya musim EPL yang penuh dramatik dengan menyaksikan MCity berjaya menjadi juara liga dengan kemenangan minit-minit akhir dari Kun Aguero, peminat dan penganalisis bola sepak professional mula menumpukan kepada transfer window yang menyaksikan beberapa nama menjadi tumpuan dan sebutan.

Salah satu nama yang begitu menarik perhatian dalam beberapa minggu ini tak lain tak bukan bintang pasukan Lille, Eden Hazard. Menjadi buruan dua kelab gergasi dari bandar Manchester, ramai yang tertanya-tanya yang mana satu bakal menjadi pilihan Hazard.

Ketika ramai peminat Manchester United berusaha berdoa bersungguh-sungguh agar Eden Hazard menjadi sebahagian dari Red Devils, gua mengambil langkah yang sebaliknya dengan mengatakan bahawa Eden Hazard tidak akan sesuai untuk ke Manchester United. Mesti ramai yang akan kata gua gila sebab tidak mengalukan Hazard untuk menyarung jersi Manchester United.

Ada beberapa sebab yang menyebabkan gua mengatakan Hazard tidak sesuai ke MU. Jikalau kita lihat pada musim kali ini, ternyata bahagian yang paling bermasalah kepada MU merupakan bahagian tengah. Sangat bermasalah sehinggakan Paul Scholes yang sudah bersara terpaksa dipanggil kembali untuk menguatkan kembali bahagian tengah MU.

Jikalau anda rajin membaca analisis professional dari soccernet, BBC sport, Telegraph, Football365, Goal.com dan lain-lain lagi, kebanyakan dari mereka mengatakan hazard lebih efektif jika bermain sebagai sayap kiri. Manchester United tidak memerlukan lagi pemain sayap. Nani, Valencia, Young boleh bermain di mana-mana bahagian sayap dan Alex Ferguson boleh menukar salah seorang dari mereka setiap minggu untuk memberikan rehat secukupnya.

Apa yang kurang pada bahagian tengah Manchester United adalah seorang midfield yang boleh hold bola, creative serta mampu menukar corak permainan dengan berkesan. Dalam hal ini, keputusan Alex Ferguson untuk cuba membeli Erikksen dan Gaitan adalahlebih berbaloi dari cuba mendapatkan Hazard. Kehebatan Erikksen yang merupakan perancang utama Ajax musim 2011/12 terbukti apabila berjaya membantu gergasi Amsterdam tersebut memenangi Liga Belanda.

Khabar angin juga mengatakan Shinji Kagawa hampir pasti menyarung jersi Manchester United. Shinji Kagawa merupakan seorang pemain tengah menyerang dan lemah dalam bertahan. Ini merupakan satu percaturan bahaya buat SAF yang gemar menggunakan system 4-4-2.

Namun begitu, Alex Ferguson masih boleh menggunakan sistem 4-4-2 yang diubah menjadi 4-4-2 (Diamond). Dalam sistem ini, Kagawa menjadi attacking midfielder yang bersifat menyokong serta melorongkan through ball dari kawasan tengah ke dalam kotak penalti. Sementara Gaitan boleh dimainkan sebagai playmaker tengah bertahan dan memainkan peranan utama peralihan dan pergerakan bola dari kawasan pertahanan ke penyerang.

Secara keseluruhan, tidak ada apa yang perlu dipanikkan oleh SAF. Pembelian musim lalu seperti Jones, De Gea, Smalling adalah satu percaturan jangka masa panjang. Selain itu, dalam masa satu atau dua season dari sekarang, jika kelas yang ada sekarang sudah matang, seperti Evans, Cleverly, Rafael, Hernandez, tidak mustahil Manchester akan kembali ke kemuncaknya.

Harus diingatkan, MU menempuh musim terburuk kali ini dengan hampir keseluruhan kesebelasan utama cedera seperti Vidic, Ferdinand, dan memasuki separuh kedua musim dengan Nani, Young, Smalling, Cleverly, Anderson serta kadangkala Evans, Wellbeck dan juga Jones yang kadang-kadang cedera, mampu untuk mencapai 89 mata sambil nyaris menjadi juara harus diberi perhatian.

Dengan analisis separa serius yang digodek hasil dari pembacaan beratus bahan dari soccernet, The Sun, BBC sport, Football 365, Goal.com, Bleach Report, Guardian dan lain-lain lagi, dapat dirumuskan Eden Hazard tidak sesuai ke Manchester United. Terus terang, gua lebih berminat jika pemain seperti Nicolas Gaitan, Javi Martinez, Iker Muniain dan Christian Eriksen yang masuk menjadi pemain di Theatre of Dream. Dan mungkin seorang Striker tinggi dan tegap yang boleh menjadi target man kepada hantaran silang Valencia, Nani, Giggs dan Young.


Ini hanya pendapat dari gua. Kalau engkorang ada pendapat yang lain boleh berkongsi. Chalo, assalamualaikom.

1 comment: