Cuba kita lihat pada sehelai kertas putih. Ya, cuba. Kalau malas jangan
cuba. Tapi kalau kalian rajin sila cuba lihat pada sehelai kertas putih. Tak ade
kertas putih, pergi kedai printing atau Photostat beli sehelai kertas putih. Lagi
bagus kalau beli banyak-banyak. Untung sikit kompeni kertas.
Heh, karutan yang makin melalut. Baik, cuba kalian lihat pada kertas
putih itu. Warna apa yang anda-anda sekalian lihat? Warna putih bukan? Asal warna
kertas itu warna putih. Hanya ada satu warna sahaje. Kalau engkorang tenung kertas warna putih tu
lama-lama, tetap warna di situ putih jugak.
Lama-lama kita jadi bosan. Kita jadi bosan dengan corak yang sama sahaja
di atas kertas itu. Lantas kita ambil krayon, marker, pensel warna Faber Castle
dan terus kita warnakan kertas yang putih itu tadi kepada warna lain. Kali ini
warnanya bertukar. Tapi hanya satu warna sahaja memenuhi kertas putih itu. Kali
ini kita warnakannya menjadi hitam.
Kertas sudah bertukar warna. Maka kita tengok lagi lama-lama. Lagi sekali
kita bosan. Kita tukar jadi warna lain. Merah, seterusnya biru, hijau, kuning,
oren dan macam-macam lagi. Satu hari hati terdetik, dari terus letak satu
warna, kenapa tidak kalau kita pelbagaikan warna-warna di atas kertas. Kita
corakkan kertas dengan warna warni. Mesti lebih bertenaga kertas tersebut. Lebih
hidup.
Kehidupan jugak sepatutnya macam itu. Penuh dengan warna-warna. Kalau lah
hidup ni hanya ada pada satu warna, bayangkan seperti kertas putih yang kosong
tadi. Apa yang kita akan nampak cuma satu warna yang tidak merangsang adrenalin
untuk berjalan mencari kehidupan.
Hidup ini kena ada warna-warna. Mungkin kadang-kadang
warnanya hitam tidak bermaya, tapi jangan risau, warna yang cerah dan
meriangkan akan mengimbangkan yang tidak bermaya. Ibarat yin dan yang. Setiap dari
kita adalah pencorak kepada diri manusia yang lain. Setiap manusia membantu
mewarnakan hidup kita yang umpama kertas putih yang kosong.
Heh, puitis sangat ayat. Maaflah. Tapi harapnya
dapatlah engkorang yang disayangi sekalian paham apa gamaknya yang cuba aku sampaikan
di sini. Colours your life people. Sayangi diri sendiri. Bak kata Zint
dalam Under-18, kita warnai langit dengan tangan sendiri. Kalau bukan kita
sendiri yang warnakan hidup sendiri, mungkin ada orang lain yang akan warnakan
hidup kita. Tapi rasanya tak sama kalau kita sendiri yang warnakan.
Akhir kata, jemput masuk ke dalam dunia warna warni aku.
No comments:
Post a Comment