Untuk malam ini, andaikan sahaja ada satu angin nyaman yang
mengetuk hati untuk merenung langit ke angkasa tinggi. Memaksa mata untuk
melihat gugusan bintang dan planet di galaksi bima sakti.
Malam ini malam muhasabah diri. Malam untuk merenung
kembali detik-detik perjalanan diri. Sedar atau tidak, sudah hampir 23 tahun
Yang Maha Esa beri ruang dan peluang untuk diri terus bernafas menabur bakti
mencari bekalan untuk sebuah kehidupan kekal abadi.
Dan aku.
Kalau dilihat untuk hampir 23 tahun perjalanan ini, sudah
beribu kisah diri yang tercoret. Ada coret yang manis untuk diingati. Ada coret
yang pahit yang terkadang rasa mahu ditangisi. Ada momen indah yang mencuit
hati. Ada juga momen suram yang mengguris sanubari.
Pengalaman.
Kata orang, jauh berjalan luas pemandangan. Dan aku mula
mengerti kata-kata keramat itu. Dan makin jauh aku berjalan, makin banyak yang
aku perlu tahu sebenarnya. Semua silap salah yang pernah terjadi, itu aku kira
khilaf diri yang tidak sempurna. Perlahan-lahan, berpandukan salah yang pernah
terlukis, aku cari jalan betul untuk bentuk diri jadi manusia berguna.
Terima Kasih Ya Allah. Untuk rahmat. Untuk nikmat. Untuk segala kasih sayang.
p/s: Tajuk macam tak kena.
No comments:
Post a Comment