Friday, September 23, 2011

:: UnTuK YaNg Ke 21 ::

umor 21 signifikan dengan kematangan kate orang

Putaran masa memang pantas.sungguh la kata orang andai duit berkepuk, berjuta berbilion trillion macam Carlos Slim sekalipon, mase tu takkan boleh dibeli.hakikat.memang kenyataan yang kene diterima.

Dan begitu jugak aku.sedar tak sedar rupanya dah 21 tahun Allah bagi aku peluang untuk bernafas dan hidup di atas muka bumi ni.cepat tak cepat. Dalam mase 21 tahun ni, banyak bende dah terjadi. Manchester United menang 19 kali EPL, World Trade Centre kene langgar, krisis matawang dan sebagainya. Macam-macam sungguh.

Jadi sempena maulud ke 21 aku ni, kalau diikutkan banyak yang aku nak. Dah boleh buat wishlist lah kate orang. Ni gua senarai bende yang jadi impian gua dalam mase setahun due ni
  •  Handphone: bukan takde handphone.hajat di hati mahu jugak rase at least handphone yang ade function mp3 dan kamera.selama ni handphone gua tak ade
  • Kenderaan: sape tak nak ade kenderaan sendiri kan?
  • External: okeyh, gua ni sayang nak buang assignment yang dah buat.sebab itu ilmu.penat lelah gua beb. Maka kalau ade hard disk ni selamat sikit nak simpan.kalau kene virus kan bahaye?
  • Kamera: gua sebenarnye camwhore jugak.cume dah tak ade kamera.kalau ade fesbuk tu setiap kali log in ade je profile picture baru.kah kah
Secara kesimpulan itu wishlist yang aku nak ade kalau boleh.ye lah, contoh macam kenderaan. Member2 aku yang same-same sambong degree semua dah ade kenderaan sendiri sekurang-kurangya motor. Aku je takde.jadi kadang-kadang agak segan sebab asyik menumpang orang aje nak pegi makan ape semua.kalau engkorang jadi aku korang akan paham macam mane segannye.terase macam menyusahkan pulak.

Tapi nak buat macam mane.aku sendiri kurang mampu lagi nak beli kenderaan sendiri.sebab tu kadang-kadang aku decide pegi jalan kaki beli makanan sendiri sorang-sorang sebab segan nak menyusahkan membe2 aku.takde hal lah jalan penat sikit.

Yang penting kene bersyukur.kadang-kadang aku rase macam tak bersyukur.sikit-sikit rase tak cukup.tapi semenjak berpraktikal di Lembaga Zakat Selangor jaman-jaman diploma dulu, baru terase syukur.sekurang-kurangnya kalau handphone takde mp3 dan lagu sekalipon, masih lagi ade handphone walaupon function limited.

Walaupon takde kenderaan, masih lagi dikurnia kudrat sepasang kaki untuk berjalan. Kadang-kadang hakikat manusia bende yang ade tak nak dihargai.bile dah tak de baru menyesal. Syukur lah ape yang ade.

Sambil itu, tak lupe juga kepada kedua ibu bapa aku yang dah banyak curahkan segala ilmu, kasih sayang, nasihat, wang ringgit dan segalenya.terime kaseh untuk jagaan yang cukup rapi selama hayat 21 tahun ni.jasa dan sokongan abah dan ibu memang Naim tak kan mampu terbalas.

Buat keluarga, sepupu sepapat jugak jutaan terimas kaseh atas segala sokongan, ikatan kekeluargaan dan persaudaraan yang terjalin selama ni. Kalian jugak pencetus warna warni dalam kehidupan diri ini.

Sahabat dan teman.terima kasih untuk corak-corak yang terlakar sepanjang perjalanan hidup aku ni. Kadang-kadang mase susah dan senang engkorang sentiase ade. Walaupon untuk bende-bende yang agak remeh sekalipon.terima kasih.

Buat cinta hati, semoga kasih dan sayang kite berpanjangan selamanya. Mungkin i’m not perfect but everyday i learn to be perfect for you. Semoga segala dugaan dan rintangan dapat dihadapi dengan baik.

Pergh, dah macam perutusan raye panjangnye.maap la untuk yang membaca.setahun sekali sahaje aku sambut ulang tahun kelahiran.doa kan lah yang terbaik untuk aku.amin.perjalanan hidup aku baru sahaje nak bermula.perjalanan masih panjang.ape pon, aku harap kan yang terbaik untuk diri aku.same-same kita berdoa



Selamat =)

Saturday, September 17, 2011

:: DeFiNiSi SemPuRnA ::



Ade sesetengah orang cakap kalau ade rumah besar, kereta besar, harta dan pangkat hidup sudah sempurna. Ade yang setengah lagi umat cakap cukuplah kalau ade kereta sebijik, rumah yang kecil.janji ade tempat berteduh, ade pengangkutan untuk pergi mane-mane tempat nak tuju.


Ade orang cakap, kalau dapat lelaki yang berharta, kacak macam Nick Carter BSB, romantic hidupnye sudah cukup sempurna. Tapi ade pulak setengah wanita cakap kalau baik budi bahasenye, tak perlu kaya, harta berkepuk-kepuk itu tak perlu, padenye sudah cukup sempurna.


Well, kite lihat di atas. Tiada definisi tepat nak lambangkan sempurna itu sendiri. Setiap manusia menilai sempurna itu berbeza. Macam para ahlul ekonomi mendefinisikan duit itu ape.begitu jugak sempurna.


Tapi apa ade dengan kesempurnaan? Perlu ke menjadi seorang yang sempurna? Kalau korang tanye dekat aku, aku akan jawab tak perlu. Sebab pade aku, bile korang nak jadi seorang yang sempurna, di masa itu lah korang akan seseorang yang sangat annoying. Maksud aku disini, mengejar kesempurnaan sebagai matlamat.


“manusia semua kejar harta,kejar pangkat dan harta.manusia semua kejar impian.nak dakap bintang katenye.tapi hakikatnya kaki di bumi lagi”


Statement sinis dari seorang blogger.aku amat adore dekat die ni. Dan kenyataannya itu pade aku amat betol.dijaman di mane harta dan pangkat dah macam kiblat bagi manusia, dalam mencari kesempurnaan, sempurna diri sahaja yang dicari


Kau nak sempurna hidup bukan? Kau kaut harta sebanyak yang boleh sebab pade kau definisi sempurna pade harta yang banyak.tapi sedang leka mengaut harta nak capai kesempurnaan itu, sedar tak di sekeliling maseh ade lagi yang merempat.homeless.nak makan sesuap nasi pon sehari kalau dapat cukup bersyukur.


Sebab tu pade aku jangan nak jadi sempurna sangat. Mungkin lah kalau kau bagi sikit kekayaan ko tu bantu mereka yang memerlukan matlamat sempurna tak tercapai. Tapi dari sisi mereka yang kau bantu, mereka rase kau sempurna sebab mampu tolong mereka.


Nampak kan? Sebab itu aku cakap jangan terlalu dicari sempurna itu. Hakikat kehidupan memang selamanya takkan cukup.takkan sempurna. Tapi kalau belajar untuk menjadi sempurna itu tak salah.sebab sampai ke mati kehidupan manusia sentiasa belajar menjadi sempurna.perbaik diri.perbaik akhlak.


Di penghujungnya ade kesempurnaan. Di saat mata telah tertutup, mulut telah terkatup, roh keluar dari badan, maka pade hakikat itulah hidup kau dah sempurna. Sempurna di dunia. Ape yang kau lakukan ade ganjarannya di alam seterusnya. Alam yang penuh dengan kesempurnaan.



Ingat, kesempurnaan tak akan pernah dicapai. Hiduplah dengan penuh kesederhanaan. Tak perlu nak jadi seorang yang haloba hanya untuk kepentingan diri sendiri.tak perlu.hidup ini bukan kite seorang sahaja.kite berkongsi bumi yang satu ni dengan berbilion lagi umat. Bantu membantu.bukan kah itu lebih baik?


Chalo.assalamualaikomm



p/s: nak lagi inzal hayati lagu simple plan.perfect

Friday, September 16, 2011

:: SkePtiKAL DaN PeNGhuKuM ::

Pandangan-pandangan skeptikal masyarakat mungkin jugak komuniti

Bile tengok orang pakai baju pagoda, seluar slack lusuh berseliper jepun

Mesti orang susah ni.kesian

Membe lain bawak swift, neo, jazz. Dia hanya mampu pandu kancil.

Mesti keje kerani saje ni.belaja malas.sebab tu pakai kereta biase-biase.murah.

Aku kire ini adalah satu pandangan skeptikal dalam kebanyakan masyarakat.mungkin.barangkali. sekadar satu pandangan terus sahaja hipotesis dan inferens dikeluarkan.

Kate omputeh. Judgemental look. Pandangan tafsiran kalau kate meleis. Sepanjang hampir 21 tahun aku diberi peluang bernafas di atas planet bumi ni. Sudah banyak mereka yang pade aku bersifat menghukum ni aku dah jumpe.

Ini penyakit bahaya. Atas dasar ape kite menghukum seseorang hanya berdasarkan dari pandangan mata kasar? Kau tukang tilik paling hebat dan teragung kah? Atau mungkin kau ini yang telah menuliskan qada’ dan qadar mereka ini tadi?

Kadang-kadang aku jadi jelak dengan mereka yang berpandangan begini. Lagi-lagi yang menilai ni nak-nak kalau mereka yang berpendidikan tinggi. Degree kononnya.tapi mentaliti macam sekadar lulusan UPSR.sia-sia macam tu belajar kalau mentaliti masih menghukum seseorang dari pandangan pertama.

Jangan jadi begini.kau menghukum orang. Tapi kau mungkin tak sedar dalam kau menghukum orang, mungkin ade orang lain yang menghukum kau jugak. Ini nama die hukum karma.

Macam situasi di atas. Mamat tu hanya mampu bawak kereta kancil. Tapi ade kau tau, di saat die hanya bawak kereta kancil, die sudah mampu punya rumah sendiri. Membe-membe yang lain Nampak gah bawak kereta trendy, style kate orang. Tapi tengok-tengok masih duduk dengan mak bapak.dah keje pon kadang-kadang mintak lagi duit dengan mak bapak.nak kaver bayar bulan-bulan duit kereta.

Iyelah, malu katenye. Membe semua pakai kereta laju-laju. Nak jugak satu.tapi lupe gaji bulan-bulan tu cukup-cukup je nak bayar hutang belajar.kot-kot nak bayar masok tandas pon tak lepas kalau dah hujung-hujung bulan.

Sebab itu omputeh ade cakap don’t judge a book by its cover. Buku kalau kaver lawa salut emas sekalipon, kalau tak ade isi, ilmiahnya, tetap merugikan.

Dah kalau begitu, berhentilah dari kite terus menghukum seseorang hanya dengan pandangan. Tak ade faedahnya. Ini agenda-agenda nasional banyak lagi nak kene dicapai. 9 tahun lagi dah nak 2020. Wawasannye 2020 ni negara maju. Mentaliti orang negara maju ni berpandangan positif.

Baek jadi orang berpandangan positif kan?

Chalo.assalamualaikomm