Ade sebab kenapa aku sudah menjadi semakin malas untuk membaca surat khabar. Dan jugak bahan-bahan bacaan lain macam blog, online punye news and so on. Ini sebab di akhir-akhir ni aku tengok dari sudut pandangan aku, aktiviti salah menyalah semakin menjadi-jadi.
Atau ini memang budaya Malaysian? Bile sesuatu terjadi, dok tunjuk ni salah die, tu salah die sampai diorang terlupa bile satu jari menuding dekat orang lain, 4 jari akan berbalik kepada diri sendiri.
Selalunya atau kebiasaannya, aktiviti menyalahkan orang lain ni adalah untuk mengelak dari diri sendiri turut dipersalahkan. Kalau ikot kate Jerry Waxler, seorang pakar kesihatan mental, salah menyalah ni terjadi untuk mengurangkan rase bersalah atau tekanan akibat dari sesuatu yang berlaku.
Mungkin dah lama, contoh isu penerimaan bantuan gereja kepada seorang wanita islam. Bila isu tersebut dibangkitkan, pergh, mule lah. Tuduh zakat tak jalankan tugas, salahkan pihak-pihak yang berkenaan tak tunaikan tanggungjawab dan sebagainya.
Mudah kan bercakap? Memang lah. Tapi kenapa ea? aku amek contoh lah, jiran-jiran sekeliling. Tak kan lah tak amek tau perihal jiran tetangga? Mane pergi semangat kejiranan? Marahkan zakat? Dalam masyarakat ada komuniti. Masjid kan ade? Mungkin sebelum isu ni timbul mane-mane yang tau tu, takkan tak pergi berjumpa dengan imam masjid or surau berdekatan. Buat dulu perbincangan.ceritakan masalah wanita terbabit.
Ini tidak terus menerus hentam satu pihak sahaja. Pusat Zakat jadi mangsa. Badan-badan kebajikan yang tidak berkenaan pun tibe-tibe ade jugak pihak lain nak heret. Kenape tak bantu wanita terbabit.
Pengalaman aku pernah praktikal di pusat zakat (untuk elak sebarang masalah, gua tak bagitau dekat mane) jaman diploma dulu, bukan zakat tak pergi pantau. Tapi korang bayang lah, kadang-kadang zakat mintak tolong ketua kampong atau imam masjid bagi borang mane-mane fakir atau miskin dekat qaryah depa ni, tibe-tibe diorang sendiri datang ke pejabat zakat. Bile tanye nape tak jumpe dengan si polan mintak borang? Diorang cakap tak diberitahu. So ini salah pihak zakat jugak ke?
Pade aku lah, dari diorang dok bising-bising, takde masalah pon kalau pergi dekat wanita terbabit hulur sumbangan peribadi. Atau tolong bawak masalah terbabit kepada ketua taman ke, kampong ke, tok imam ke, tok bilal ke. Bercakap memang mudah.tapi melaksana memang payah.
Satu yang timbul dekat sini mane pergi semangat bantu membantu dan bermasyarakatnye kalau semua salah menyalah?
Baek, itu baru satu. Ade lagi banyak hal-hal salah menyalah yang berlaku sejak akhir-akhir ni. Jadi satu isu, pihak ni salahkan pihak lain. Pihak ni taknak mengaku cakap itu bukan tanggungjawab die, pihak satu lagi punye hal.
Sudahlah, memang sampai kiamat pon isu ni takkan selesai. Ade baeknya kalau aku duduk dalam bilik, pasang lagu, layan contengan jalanan. Banyak hikmah woo itu buku.
Eh, nanti tak bercampur dengan masyarakat. Jadi katak bawah tempurung. (=_=’)
Ah.sudahlah.mengarot sajer tulisan ni.assalamualaikom.
No comments:
Post a Comment