Saturday, September 17, 2011

:: DeFiNiSi SemPuRnA ::



Ade sesetengah orang cakap kalau ade rumah besar, kereta besar, harta dan pangkat hidup sudah sempurna. Ade yang setengah lagi umat cakap cukuplah kalau ade kereta sebijik, rumah yang kecil.janji ade tempat berteduh, ade pengangkutan untuk pergi mane-mane tempat nak tuju.


Ade orang cakap, kalau dapat lelaki yang berharta, kacak macam Nick Carter BSB, romantic hidupnye sudah cukup sempurna. Tapi ade pulak setengah wanita cakap kalau baik budi bahasenye, tak perlu kaya, harta berkepuk-kepuk itu tak perlu, padenye sudah cukup sempurna.


Well, kite lihat di atas. Tiada definisi tepat nak lambangkan sempurna itu sendiri. Setiap manusia menilai sempurna itu berbeza. Macam para ahlul ekonomi mendefinisikan duit itu ape.begitu jugak sempurna.


Tapi apa ade dengan kesempurnaan? Perlu ke menjadi seorang yang sempurna? Kalau korang tanye dekat aku, aku akan jawab tak perlu. Sebab pade aku, bile korang nak jadi seorang yang sempurna, di masa itu lah korang akan seseorang yang sangat annoying. Maksud aku disini, mengejar kesempurnaan sebagai matlamat.


“manusia semua kejar harta,kejar pangkat dan harta.manusia semua kejar impian.nak dakap bintang katenye.tapi hakikatnya kaki di bumi lagi”


Statement sinis dari seorang blogger.aku amat adore dekat die ni. Dan kenyataannya itu pade aku amat betol.dijaman di mane harta dan pangkat dah macam kiblat bagi manusia, dalam mencari kesempurnaan, sempurna diri sahaja yang dicari


Kau nak sempurna hidup bukan? Kau kaut harta sebanyak yang boleh sebab pade kau definisi sempurna pade harta yang banyak.tapi sedang leka mengaut harta nak capai kesempurnaan itu, sedar tak di sekeliling maseh ade lagi yang merempat.homeless.nak makan sesuap nasi pon sehari kalau dapat cukup bersyukur.


Sebab tu pade aku jangan nak jadi sempurna sangat. Mungkin lah kalau kau bagi sikit kekayaan ko tu bantu mereka yang memerlukan matlamat sempurna tak tercapai. Tapi dari sisi mereka yang kau bantu, mereka rase kau sempurna sebab mampu tolong mereka.


Nampak kan? Sebab itu aku cakap jangan terlalu dicari sempurna itu. Hakikat kehidupan memang selamanya takkan cukup.takkan sempurna. Tapi kalau belajar untuk menjadi sempurna itu tak salah.sebab sampai ke mati kehidupan manusia sentiasa belajar menjadi sempurna.perbaik diri.perbaik akhlak.


Di penghujungnya ade kesempurnaan. Di saat mata telah tertutup, mulut telah terkatup, roh keluar dari badan, maka pade hakikat itulah hidup kau dah sempurna. Sempurna di dunia. Ape yang kau lakukan ade ganjarannya di alam seterusnya. Alam yang penuh dengan kesempurnaan.



Ingat, kesempurnaan tak akan pernah dicapai. Hiduplah dengan penuh kesederhanaan. Tak perlu nak jadi seorang yang haloba hanya untuk kepentingan diri sendiri.tak perlu.hidup ini bukan kite seorang sahaja.kite berkongsi bumi yang satu ni dengan berbilion lagi umat. Bantu membantu.bukan kah itu lebih baik?


Chalo.assalamualaikomm



p/s: nak lagi inzal hayati lagu simple plan.perfect

3 comments:

  1. balancing dunia ngan akhirat..mudahan diberkati..

    ReplyDelete
  2. salam

    mekasih sebab berkongsi yer...(^_^)

    tiada "kesempurnaan" yang paling sempurna didunia ni. makin dikejar "kesempurnaan"...makin kita rase "kekurangan". jalan mudah untuk rasa diri kita sempurna..terima apa jua kelebihan dan kekurangan diri..."kekurangan" tu yang membezakan kita dari orang lain...bukan nya "kesempurnaan"... (^_^)

    ReplyDelete