Makanya, nak bagitau saje dekat sini, mulai 15 September sampai ke 30 September, aku dengan ini secara rasminya akan menghadapi peperiksaan akhir untuk semester ni.
Mintak maap kalau bahasa sukar difahami. Sejak seminggu ni gua asyik dok stadi pasal money supply, central bank, deficit, financial crises dan jugak central bank. Banyak lagi pasal kejatuhan matawang dan jugak inflasi. Boleh kate sekarang tengah jadi pakar ekonomi segera. Kire kalau nak suruh gua gubal balek polisi fiscal dan jugak monetary negara ni boleh lah jemput.gua takde hal.hihi
Makanya, buat sementara blog ini terpaksa diketepikan dahulu untuk bagi ruang nak stadi walaupun hakikatnya blog memang dah selalu diketepikan. Yelah, blog-blog jugak, takkan gua nak angkot laptop sekali masok dewan periksa. Asal otak tak boleh pikir update blog live teros dari dewan peperiksaan.
exam, silelah berhati baek kepada daku
Kepada sesiapa yang ade terbaca entri ni, sile lah tolong-tolong doa kan aku kejayaan dalam peperiksaan akhir ni. Risau jugak. Feel sarjana muda ni sumpah lain rase dengan feel diploma. Lagi-lagi semester ni 3 paper banyak melibatkan teori ekonomi dan 1 kira-kira. Memang rase nak meletop dah kepale nak cube serap semua maklumat. Bayangkan buku Money and Capital Market saje dah setebal 664 muke. Itu baru satu subjek. Ade 2 subjek lagi pasal ekonomi islam nak kene ingat.
Eh, tadi kate nak berhenti menulis.eh, sudahlah, kali ni serius. Pesanan terakhir, doakan kejayaaan aku dalam peperiksaan kali ni. Insyaallah, sempat aku curik-curik mase hapdate blog yang dah memang jarang terhapdate ni.
gud luck!!!
ReplyDeleteoh, blog ni diketepikan, maka komen akan dibaca lepas habes examination week (jadik italic tak tulisan tu?) hahhah..
doakan aku jugak yg masih dalam taufan el diploma..haih