Saturday, April 27, 2013

:: Jumaat. Prebet dan Secebis Kemanusiaan ::


Pagi jumaat itu, gua bangon sikit awal dari kebiasaan. Itupun bangun lepas buat aktiviti kebiasaan lepas solat subuh. Tidor selepas solat subuh. Tapi gua taknak highlight sikap buruk gua tidor lepas subuh, gua nak semua nampak itu pagi gua bangun awal walaupun gua tidor lepas solat subuh.

Jadi usai bersiap-siap, makanya gua harus menuju ke stesen KTM dengan memohon ihsan ibunda untuk menghantar gara-gara ketidakmampuan gua untuk memiliki kereta sendiri. Sedih, tapi gua lagi sedih sebab negara Malaysia punye pengangkutan awam yang sungguh menyedihkan bagi golongan yang belum mampu milik untuk ada pengangkutan sendiri.

Gua malas nak ulas pasal pengangkutan awam di Malaysia. Nanti gua buat satu kertas kerja dan cadangan yang akan di hantar ke kementerian kerja raya untuk memperkasa dan merevolusi pengangkutan awam di Malaysia.

Untuk pendek cerita, maka gua berjaya menaiki keretapi untuk ke Bangi. Destinasi, kolej. Nampak padu betul komitmen dekat kolej sejak terpilih jadi ahli majlis pelajar.

Sampai saja di stesen Bangi, itu jam gua tak nampak ada bas kolej depan stesen keretapi. Yang ada cuma pasukan prebet atau lebih lejen dengan nama prebet sapu. Tahap lejen pasukan prebet ni sampai gua pernah dengar khabar yang diorang siap ada union sendiri. Itu jam, tak tahu berdaftar atau tak union diorang ni.

Maka, gua naik jugak dengan prebet. Sekali dengan gua ada seorang mamat yang destinasi dia bukan ke kolej. Malas nak ambil tahu mana dia nak pergi.

Masa dalam perjalanan, gua dengar pakcik prebet bercerita kepada mamat yang sekali jalan dengan gua. Dia cerita pasal masalah budak-budak kolej gua kalau nak pergi ke stesen. Cerita tentang permit teksi yang mahal. Cerita pasal masalah minyak. Dan cerita pasal caj tambang yang dikenakan.

Pakcik tu cakap, kalau budak-budak kolej gua amik teksi yang halal, caj mahal. Sekali jalan satu kepala 6,7 ringgit. Jadi persatuan prebet ni rasa kesian. Nak caj mahal-mahal depa faham pelajar, apalah ada duit . sangat. Depa pun manusia, ada rasa peri-kemanusiaan. Cukuplah caj 3,4 ringgit kalau nak pergi ke stesen.

Kereta meluncur laju menuju ke kolej. Sampai di depan kolej, gua tanya dengan penuh sopan. “Berapa pakcik?”.

“5 ringgit”

Itu jam, gua rasa macam dah hilang peri-kemanusiaan.

Thursday, April 25, 2013

:: Perit & PeDih ::



Dan perit itu biar saya rasa sorang sorang
Sebab hanya saya tau siapa saya yang sebenar
Bak kata pepatah
Hanya jauhari kenal manikam
Dan dia tidak kenal siapa maniam
Okey. Kita sedikir tersasar dari perbincangan


Dan pedih itu biar saya tanggung seorang diri
Sebab hanya saya tahu macam mana untuk rawat diri
Bukan awak dan bukan kalian yang berdiri
Yang hanya tahu mengeji dan mencaci
Tanpa mahu diselidiki
Benar atau dongeng kisah yang di dengari

#Pandang langit di angkasa tinggi


Dan luka itu biar saya sapu sendiri
Guna kapas selembut merpati
Usap perlahan agar luka tidak menyakiti
Dan bila sakit itu berbunyi
Ingatkan diri akan kata-kata ini,

Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Dan berkata diri kepada hati
Sudah-sudah membawa diri. Hidup dengan maruah dan percaya diri

Friday, April 19, 2013

:: NokTah ::


Satu, terima kasihku
Dua, jagalah dirimu
Tiga, hapuskan diriku
Moga bahagia selalu

Dosa oh aku akui lemah
Aku tak pernah menduga
Ini kan terjadi
Moga di sinilah titik noktah


Dua tiga menjak ini jujur kalau kata saya ada rasa yang mungkin ada kemungkinan untuk perasaan itu bertaut kembali. Dan saya mula mengikut kata hati saya. Dan bila saya ikut kata hati dari fikiran logik, itu adalah sesuatu yang saya anggap serius.

Tapi, saya melihat dengan tanda-tanda yang awak berikan sebagai satu signifikasi yang mungkin rasa itu cuma sekadar bayang-bayang sahaja. Pada mula tafsiran itu cuba ditepis dan peluang cuba untuk diberi. Tapi, hakikatnya, saya akur yang mungkin benar yang awak sudah tidak peduli lagi.

Dan, untuk itu, saya kira di sinilah titik noktah. Berpaling semula mungkin tidak lagi. Cukup sudah dengan hidup dengan harapan. Dan moga awak jalani hidup dengan gembira dan gapai cita-cita setinggi awan di langit.

Tuesday, April 16, 2013

:: Rasa ::


Terkadang kita rasa,
Semua orang macam tak ambil peduli.
Semua orang hanya fikir diri sendiri
Semua orang buat buat tuli
Kalau pandai mahu pandai sendiri
Yang bebal terkebil-kebil tidak mengerti.


Terkadang kita rasa,
Dunia sudah tidak mengerti.
Dan kita sudah tidak penting lagi.


Tapi ada masa kita lupa,
Kadang-kadang kita rasa kita sahaja betul
Cakap orang semua tidak betul.


#senyum sinis

Mungkin masanya sudah tiba.
Untuk kita cari satu rasa
Yang rasanya bawa kita lebih dekat kepada Maha Pencipta
Supaya kita semua tahu hanya dia punya Kuasa
Kepada Maha Esa kita serahkan Segala.

Sunday, April 7, 2013

:: Stesen Terakhir ::





Hidup kita ini ibarat sebuah perhentian.
Dan kita akan bergerak dari sebuah perhentian ke sebuah perhentian.
Dari satu perjalanan ke satu perjalanan.
Seperti menaiki sebuah keretapi.
Penumpang turun dan naik.
Sahabat silih berganti.

Hakikat kepada sebuah kehidupan.
Di setiap permulaan ada pengakhiran.
Di setiap pertemuan ada perpisahan.
Andai ini Stesen Terakhir dalam hidup.
Moga Stesen ini berhentinya di Syurga.
Hambamu berharap.
Hambamu Bermohon.



:: Monolog. Hakikat Bahagia. ::

“Kau serius tolak tawaran tu?”. Muka Andi ditenung lama-lama. Rasa macam dah boleh nampak sel-sel otak dalam kepala si Andi tu dengan segala saraf, saluran dan entah apa lagi masa dia belajar sains zaman sekolah menengah dulu bila tenung macam tu.

“ Biar betul kau ni Andi? Universiti Malaya tu. Undang-undang lagi. Orang semua berebut nak masuk UM, kau dengan suka-suki tolak macam tu je offer sambung belajar kat situ”. Ijat geleng kepala. Kadang-kadang dia sendiri susah nak tafsir fikiran kawan dia sorang ni yang dia dah kenal sejak dari sama-sama masuk TASKA Kemas kat kawasan taman perumahan diorang.

Andi diam. Pandangan dilontar pada air tasik di hadapan. Nampak kelibat bangau entah dari mana datang menyambar ikan dalam tasik. Rezeki bangau tu haritu.

Dia sendiri tak tahu kenapa. Saat dua pucuk surat datang tawar sambung belajar, satu dari UM pasal undang-undang dan satu lagi dari Unisel tawar Seni kreatif, dia lebih tertarik nak buat Seni Kreatif dekat Unisel. Mak jangan cerita, membebel habis. Kata mak, nak carik makan ape dengan belajar seni? Ayah pulak diam. Ayah kata, dia dah besar, tau baik buruk hidup dia nanti.

Andi mengeluh. Kenapa selalu orang bagi stigma kalau ambik bidang sastera dan seni ni hidup tak kemana. Tak senang. Tak berduit. Rezeki tu kalau Allah nak bagi dekat mana-mana je. Tak ke? Orang ukur berjaya tu dengan duit banyak, kereta mewah, rumah macam istana, baju branded cekak polo dan macam-macam lagi.

Orang ukur ada duit banyak, kereta besar, pangkat besar, makan sedap tu bahagia.

Ruang yang senyap antara mereka diisi dengan desir angin yang meniup. Dipandang Indra yang sedang berbaring sambil tengok langit petang. Merah berjingga rona kaki langit petang itu.

“ Kau rasa betul ke tak Indra apa aku buat?” tanya Andi.

“Kau rasa apa?” mudah Indra bertanya.

“Aku rasa happy. Rasa gembira. Rasa puas” senada Andi menutur.

“ Kau Happy? Itu dah cukup” ringkas Indra membalas. Dengan Indra ni tak payah nak pikir lama-lama. Jenis orang cakap terus tak kias-kias. Andi dan Ijat sama-sama tersenyum.

Hidup bahagia tu bukan ditentukan dengan ada duit berjuta, ada gaji yang setahun tak akan habis. Hidup gembira tu bukan ditentu dengan kerja yang glamour, pangkat yang ternama.

Tapi hidup bahagia bila kita sendiri gembira dengan diri kita. Rezeki? Allah yang bagi. Bukan manusia.