“Kau
serius tolak tawaran tu?”. Muka Andi ditenung lama-lama. Rasa macam dah boleh
nampak sel-sel otak dalam kepala si Andi tu dengan segala saraf, saluran dan
entah apa lagi masa dia belajar sains zaman sekolah menengah dulu bila tenung
macam tu.
“
Biar betul kau ni Andi? Universiti Malaya tu. Undang-undang lagi. Orang semua
berebut nak masuk UM, kau dengan suka-suki
tolak macam tu je offer sambung
belajar kat situ”. Ijat geleng kepala. Kadang-kadang dia sendiri susah nak
tafsir fikiran kawan dia sorang ni yang dia dah kenal sejak dari sama-sama
masuk TASKA Kemas kat kawasan taman perumahan diorang.
Andi
diam. Pandangan dilontar pada air tasik di hadapan. Nampak kelibat bangau entah
dari mana datang menyambar ikan dalam tasik. Rezeki bangau tu haritu.
Dia
sendiri tak tahu kenapa. Saat dua pucuk surat datang tawar sambung belajar,
satu dari UM pasal undang-undang dan satu lagi dari Unisel tawar Seni kreatif,
dia lebih tertarik nak buat Seni Kreatif dekat Unisel. Mak jangan cerita,
membebel habis. Kata mak, nak carik makan ape dengan belajar seni? Ayah pulak
diam. Ayah kata, dia dah besar, tau baik buruk hidup dia nanti.
Andi
mengeluh. Kenapa selalu orang bagi stigma kalau ambik bidang sastera dan seni
ni hidup tak kemana. Tak senang. Tak berduit. Rezeki tu kalau Allah nak bagi
dekat mana-mana je. Tak ke? Orang ukur berjaya tu dengan duit banyak, kereta
mewah, rumah macam istana, baju branded cekak polo dan macam-macam lagi.
Orang
ukur ada duit banyak, kereta besar, pangkat besar, makan sedap tu bahagia.
Ruang
yang senyap antara mereka diisi dengan desir angin yang meniup. Dipandang Indra
yang sedang berbaring sambil tengok langit petang. Merah berjingga rona kaki
langit petang itu.
“
Kau rasa betul ke tak Indra apa aku buat?” tanya Andi.
“Kau
rasa apa?” mudah Indra bertanya.
“Aku
rasa happy. Rasa gembira. Rasa puas”
senada Andi menutur.
“
Kau Happy? Itu dah cukup” ringkas Indra
membalas. Dengan Indra ni tak payah nak pikir lama-lama. Jenis orang cakap terus
tak kias-kias. Andi dan Ijat sama-sama tersenyum.
Hidup
bahagia tu bukan ditentukan dengan ada duit berjuta, ada gaji yang setahun tak
akan habis. Hidup gembira tu bukan ditentu dengan kerja yang glamour, pangkat yang ternama.
Tapi
hidup bahagia bila kita sendiri gembira dengan diri kita. Rezeki? Allah yang
bagi. Bukan manusia.
No comments:
Post a Comment