Saturday, April 27, 2013

:: Jumaat. Prebet dan Secebis Kemanusiaan ::


Pagi jumaat itu, gua bangon sikit awal dari kebiasaan. Itupun bangun lepas buat aktiviti kebiasaan lepas solat subuh. Tidor selepas solat subuh. Tapi gua taknak highlight sikap buruk gua tidor lepas subuh, gua nak semua nampak itu pagi gua bangun awal walaupun gua tidor lepas solat subuh.

Jadi usai bersiap-siap, makanya gua harus menuju ke stesen KTM dengan memohon ihsan ibunda untuk menghantar gara-gara ketidakmampuan gua untuk memiliki kereta sendiri. Sedih, tapi gua lagi sedih sebab negara Malaysia punye pengangkutan awam yang sungguh menyedihkan bagi golongan yang belum mampu milik untuk ada pengangkutan sendiri.

Gua malas nak ulas pasal pengangkutan awam di Malaysia. Nanti gua buat satu kertas kerja dan cadangan yang akan di hantar ke kementerian kerja raya untuk memperkasa dan merevolusi pengangkutan awam di Malaysia.

Untuk pendek cerita, maka gua berjaya menaiki keretapi untuk ke Bangi. Destinasi, kolej. Nampak padu betul komitmen dekat kolej sejak terpilih jadi ahli majlis pelajar.

Sampai saja di stesen Bangi, itu jam gua tak nampak ada bas kolej depan stesen keretapi. Yang ada cuma pasukan prebet atau lebih lejen dengan nama prebet sapu. Tahap lejen pasukan prebet ni sampai gua pernah dengar khabar yang diorang siap ada union sendiri. Itu jam, tak tahu berdaftar atau tak union diorang ni.

Maka, gua naik jugak dengan prebet. Sekali dengan gua ada seorang mamat yang destinasi dia bukan ke kolej. Malas nak ambil tahu mana dia nak pergi.

Masa dalam perjalanan, gua dengar pakcik prebet bercerita kepada mamat yang sekali jalan dengan gua. Dia cerita pasal masalah budak-budak kolej gua kalau nak pergi ke stesen. Cerita tentang permit teksi yang mahal. Cerita pasal masalah minyak. Dan cerita pasal caj tambang yang dikenakan.

Pakcik tu cakap, kalau budak-budak kolej gua amik teksi yang halal, caj mahal. Sekali jalan satu kepala 6,7 ringgit. Jadi persatuan prebet ni rasa kesian. Nak caj mahal-mahal depa faham pelajar, apalah ada duit . sangat. Depa pun manusia, ada rasa peri-kemanusiaan. Cukuplah caj 3,4 ringgit kalau nak pergi ke stesen.

Kereta meluncur laju menuju ke kolej. Sampai di depan kolej, gua tanya dengan penuh sopan. “Berapa pakcik?”.

“5 ringgit”

Itu jam, gua rasa macam dah hilang peri-kemanusiaan.

2 comments:

  1. aha..aku lagi parah..ktm ke kolej: "berape ye pakcik?" "rm7 dik, beselah bawah sorang kan"..bayar, sedang keluar keta nak tutup pintu "mahal cam haram tambang" & blah masuk gate utama..

    ReplyDelete
  2. haha. aku bukan ape paan. cerita kemain kesian lah bagai. 3,4 ringgit je. sekali 5. haha. cakap tak serupa bikin

    ReplyDelete