Friday, September 16, 2011

:: SkePtiKAL DaN PeNGhuKuM ::

Pandangan-pandangan skeptikal masyarakat mungkin jugak komuniti

Bile tengok orang pakai baju pagoda, seluar slack lusuh berseliper jepun

Mesti orang susah ni.kesian

Membe lain bawak swift, neo, jazz. Dia hanya mampu pandu kancil.

Mesti keje kerani saje ni.belaja malas.sebab tu pakai kereta biase-biase.murah.

Aku kire ini adalah satu pandangan skeptikal dalam kebanyakan masyarakat.mungkin.barangkali. sekadar satu pandangan terus sahaja hipotesis dan inferens dikeluarkan.

Kate omputeh. Judgemental look. Pandangan tafsiran kalau kate meleis. Sepanjang hampir 21 tahun aku diberi peluang bernafas di atas planet bumi ni. Sudah banyak mereka yang pade aku bersifat menghukum ni aku dah jumpe.

Ini penyakit bahaya. Atas dasar ape kite menghukum seseorang hanya berdasarkan dari pandangan mata kasar? Kau tukang tilik paling hebat dan teragung kah? Atau mungkin kau ini yang telah menuliskan qada’ dan qadar mereka ini tadi?

Kadang-kadang aku jadi jelak dengan mereka yang berpandangan begini. Lagi-lagi yang menilai ni nak-nak kalau mereka yang berpendidikan tinggi. Degree kononnya.tapi mentaliti macam sekadar lulusan UPSR.sia-sia macam tu belajar kalau mentaliti masih menghukum seseorang dari pandangan pertama.

Jangan jadi begini.kau menghukum orang. Tapi kau mungkin tak sedar dalam kau menghukum orang, mungkin ade orang lain yang menghukum kau jugak. Ini nama die hukum karma.

Macam situasi di atas. Mamat tu hanya mampu bawak kereta kancil. Tapi ade kau tau, di saat die hanya bawak kereta kancil, die sudah mampu punya rumah sendiri. Membe-membe yang lain Nampak gah bawak kereta trendy, style kate orang. Tapi tengok-tengok masih duduk dengan mak bapak.dah keje pon kadang-kadang mintak lagi duit dengan mak bapak.nak kaver bayar bulan-bulan duit kereta.

Iyelah, malu katenye. Membe semua pakai kereta laju-laju. Nak jugak satu.tapi lupe gaji bulan-bulan tu cukup-cukup je nak bayar hutang belajar.kot-kot nak bayar masok tandas pon tak lepas kalau dah hujung-hujung bulan.

Sebab itu omputeh ade cakap don’t judge a book by its cover. Buku kalau kaver lawa salut emas sekalipon, kalau tak ade isi, ilmiahnya, tetap merugikan.

Dah kalau begitu, berhentilah dari kite terus menghukum seseorang hanya dengan pandangan. Tak ade faedahnya. Ini agenda-agenda nasional banyak lagi nak kene dicapai. 9 tahun lagi dah nak 2020. Wawasannye 2020 ni negara maju. Mentaliti orang negara maju ni berpandangan positif.

Baek jadi orang berpandangan positif kan?

Chalo.assalamualaikomm

5 comments:

  1. nice entry..
    mmg ramai manusia yg mcm nie suka skeptikal dan mentaliti suka menghukum..pdahal kesalah sendiri tak na pula dinilai & dperbaiki..

    Btw, nak ucapkan slamat hari Malaysia..(^___^)

    ReplyDelete
  2. terbaik.. mmg betul.. korang tgk apek2.. pkai biase2 jer.. tp ade korang tau diorang tu sangat berjaya dlm idup.. huhu.. so, xyah lah nak judge sgt..

    ReplyDelete
  3. @Terbang Bersamaku: satu jari tuding kat orang, 4 jari balek ke diri sendiri.fikirkan =)

    @Ara Nadea: yup.kite takkan pernah tau macam mane orang tu hanya dengan satu pmerhatian.even sains pon kene buat ujikaji nak sah kan hipotesis

    ReplyDelete