Monday, April 2, 2012

:: CerKon: MeNdaki Tangga Impian ::

Hembusan angin petang nyaman meniup ke pipi. Damai. Terasa angin seolah-olah mahu memberi ketenangan kepada jiwa. Menambah rasa tatkala sedang duduk-duduk bersahaja di atas rumput di taman sebelah KLCC ni.

Kelihatan budak-budak kecil seronok bermain di satu kawasan kolam permainan yang disediakan. Jangan kata budak kecil, dengan orang dewasa sekali pun ada je terselit mandi sekali dekat situ. Mungkin masa kecik-kecik dulu tak merasa. Hipotesis yang serkap jarang tapi ade unsur khusnus zhon dibuat di situ.

“Kau ada impian tak Karl?”. Huh? I’m what?. “ Aku tanya ni ko ade impian tak? Huh, menung sampai mane la kau ni. Krgyzstan ke ape dah?”.

Khairul Syafiq atau member-member lebih suka panggil dia Karl tersenyum. Di pandang balik sahabat-baik-saudara-sehidup-semati-lain-mak-lain-bapak sejak dari kecil. Mirul a.k.a Amirul Solehin. “mestilah ada Mirul. Kenapa?”

“Tell me your dream”. Karl senyum nipis lagi. Ni dah kenapa la pulak sahabat terbaik aku ni mode ala-ala macam ahli falsafah jaman renaissance ni?. “Aku nak jadi peguam”.

“Kenapa kau nak jadi peguam?”. Datar Mirul bertanya.

“Sebab aku nak tegakkan kebenaran. Aku nak jadi peguam yang meletakkan kebenaran di tempat yang betul. Aku nak bela orang-orang yang teraniaya. Aku tak nak undang-undang tu bukan hanya termaktub dalam buku atau atas kertas. Hanya setakat tersimpan dalam arkib. Undang-undang perlu diimplementasi. Ke atas semua, tak kira la kau homeless sekalipun, atau kau Perdana Menteri sekalipun. Kau langgar undang-undang, kau tetap kena.”

 Mirul senyum nipis dengar cita-cita Karl.

“Kau nak tau Karl apa cita-cita aku?”. Tanpa menoleh Karl senyum memandang ke hadapan. “Kau nak jadi apa?”. Mirul diam sejenak. Esh, nak bagitau ke taknak ni? Agak-agak kalau dia cakap Karl boleh nak percaye ke? Eh peduli lah, Karl gelak aku humban dia masuk dalam kolam KLCC ni. Hahaha.

“ Aku nak jadi penulis. Yang boleh mengubah dunia dengan tulisan. Yang bagi semangat dekat siape-siape yang baca hasil tulisan aku. Yang membakar jiwa-jiwa anak muda yang dah lesu. Aku nak jadi penulis.”

Karl memandang muka Mirul. Jarang Mirul nak bercakap pasal benda-benda yang macam ni. Pasal impian dan cita-cita. Pasal masa depan.

“Tapi.. kau tak rasa macam aku terlampau sarkastik ke? Impian tinggi sangat nak ubah dunia hanya melalui penulisan. Kadang-kadang aku tergelak dengan diri aku sendiri. Cita-cita nak tinggi je. Nak yang bintang-bintang je pergi. Haha” tutur Mirul.

Eh? Ah sudah, ni la masalah Mirul ni. Semangat dah ade tapi fikir tak boleh. Haishh, tak boleh, tak boleh. Selaku teman merangkap motivator tak bertauliah, aku kene tiup semangat kat dia. Eh okay ape jadi penulis. Tak semua orang mampu menulis. Cuba tengok Allahyarham Pak Sako, A.Samad Said, Adibah Amin, arwah Rejabhad, tu tak kira lagi yang penulis-penulis bebas.

“ Aku tak rasa macam tu. Sekurang-kurangya kau ada impian. Kau ada cita-cita. Kau tau tak, orang yang tak ada impian dan cita-cita umpama jasad tanpa roh. Kata orang, hidup ni berhantu kalau tak ade cita-cita. Sebab kau hidup tanpa matlamat, tanpa hala tuju. Cuba kau tengok KLCC ni sendiri, asalnya dari sebuah impian jugak. Masa Tun Mahathir bagi cadangan nak buat, ramai kata mustahil, lagi-lagi status Malaysia sebuah negara Membangun masa tu, yang jauh ketinggalan dari segi teknologi. Tapi dia tak mengalah, dia teruskan jugak. Kau tengok sekarang, dari sebuah impian, jadi realiti. Dah terbina pun KLCC.”

Karl diam sejenak. Mengumpul kata-kata yang mampu untuk menaikkan semangat. Sayang kalau tak ada yang nak bagi dorongan kat Mirul ni. Dia ada potensi. Bakat dia besar. Tulisan dia, unik. Tulisan dari jiwa. Tulisan dari hati. Tulisan dari rasa yang dalam. Hidup. Penuh falsafah.

“ Kau tau Mirul, even dalam islam sendiri pun menggalakkan umat dia untuk bercita-cita tinggi. Dari riwayat sahih Imam Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda: jika kalian meminta kepada Allah, maka mintalah syurga firdaus, sebab ia syurga paling tertinggi.”

Hening sekejap. Mata Mirul jauh melontar ke depan. Memerhati kanak-kanak yang riang bermain sambil minda mencerna apa yang di katakana oleh Karl. Karl ni jangan buat main-main, nampak je macam budak grunge dressup dia, tapi hadis-hadis, doa dan panduan banyak yang dia tau. Sungguhlah orang kata, jangan tengok buku tu dari luar. Jangan nilai orang dari penampilan.

Dia ingat lagi masa mula-mula dia baca secara serius buku Karim Raslan, Ceritalah. Buku yang buat dia bercita-cita nak jadi penulis. Masa tu satu word yang terlintas dalam diri, Inspiring. Sungguh. Dia rasa macam ada satu semangat lain lepas baca buku tu. Padahal buku tu kalau nak ikut cuma cerita tentang isu-isu semasa dan jugak pasal masalah masyarakat.

Tapi dia tertarik pada satu tajuk dalam buku tu yang menyentuh pasal pendidikan, dan macam mana hormatnya orang zaman dulu dengan cikgu diorang. Kalau ikot skema dia lah, Karim Raslan dah boleh menang Pullitzer punye award dah.

 Tapi masyarakat hari ini memandang mudah tugas seorang penulis. Pada diorang menulis ni senang je. Tulis je apa yang ada. Hish. Betul lah payah kalau orang-orang yang jenis sastera ni nak hidup kat Malaysia ni. Padahal kalau nak ikut ramai je penulis yang dah berjaya buat sebuah negara merdeka, yang membangkitkan semangat juang anak muda.
 
“Karl, aku nak jadi penulis. Aku janji hari ini dengan kau, aku akan jadi penulis. Aku akan bermimpi dan bercita-cita. Menara KLCC jadi saksi satu hari nanti seorang penulis yang bernama Amirul Solehin akan menggegar dunia dengan tulisan dia.Tulisan aku adalah tulisan yang akan ubah dunia.Wait till that time come bro.”

“ I will. Insyaallah.” Syukurlah. Karl memandang dada langit. Moga langit mendengar. Moga sinar petang ini akan terus membakar jiwa teman baiknya tu. Moga segala yang mereka impikan, akan dapat dicapai.

Hidup Tanpa Cita-Cita Ni Berhantu, Ibarat Sebuah Kehidupan Tanpa Arah Tuju

No comments:

Post a Comment