Sunday, April 1, 2012

:: Kosong ::

Kata orang tulisan lebih terasa kalau ditulis dari jiwa. Kate orang lagi, tulisan dari hati adalah tulisan yang paling berisi. Kata orang lagi, tulisan dari rasa memberi seribu makna untuk yang membaca. Kata orang lagi, tulisan dengan jiwa mampu mengetuk diri yang membaca.


Itu kata orang. Tapi ada satu benda yang nak kena tau. Tak setiap masa idea itu akan datang macam air sungai yang terus dan setia mengalir setiap hari. Tak macam ombak yang saban masa tetap jugak akan menghempas pantai. Idea tu sesuatu yang subjektif. Datang tanpa dipaksa.

Idea tu umpama buah mangga yang masak di pokok. Mangga yang dipetik sebelum masanya akan jadi masam. Idea bila terdetik dan mencurah, memang terasa nikmatnya kalau nak menulis. Hatta, nikmatnya tu kalau ibu dok masak sambal goreng daging yang lengkap dengan rempah tumis sampai bau boleh dihidu satu kilometer pun tak kan boleh mengganggu bila datangnya idea nak menulis tu.

Untuk mendapatkan tulisan yang baik itu perlukan banyak kesabaran. Kesabaran menunggu idea untuk datang. Idea tu pulak boleh datang tanpa diduga. Kadang-kadang masa tengah bawak kereta, tengah lepak tengok bola dekat kedai mamak, jalan kaki nak beli makanan kucing atau tengah mandi dalam bilik air pun idea boleh datang.

Aku cerita pasal idea ni sebab sekarang ni aku tengah mengalami satu situasi di mana aku tak mampu nak melahirkan sedikit tentang penulisan. Jadi, dalam masa beberapa hari ni habis segala buku yang ada kat dalam rumah yang elok terletak dekat rak aku selongkar baca. Nak cari idea, nak carik ilham.tak jumpa-jumpa jugak.

 Haihh.

Mungkin lepas ni aku kena bawak sebuah buku catatan kecik macam buku 555 kat mane-mane aku pergi hatta masuk jamban sekalipun. Mane tau idea masuk, terus aku boleh tulis.

6 comments:

  1. tak yah bawa buku, t jatuh lubang tandas ! rakam lah perbualan anda .. haha ** erkk !

    ReplyDelete
  2. hahaha. sama lah dgn aku. idea tak dtg2. tp rasa mcm byk sgt cerita nk dikongsi. nak je kongsi cerita mcm2..tp bila dah bukak blogger.com. click 'new post' patu blurrrrr.. haha

    ReplyDelete
  3. kih kih.standed r tu mirul.weyh, blog ko lame x berupdate.cer ko update sket design2 baru.mane tau ade yang berminat

    ReplyDelete
  4. So jangan berputus asa , banyak lagi buku kat perpustakaan . Banyak belom di baca hehehe bace je semua yang ada .

    ReplyDelete
  5. haha.buku kat rumah ni pun tak habes terbace lagi

    ReplyDelete